Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Dah Merajuk Ke?" - Rosyam Nor Akui Tiada Luck Buat Filem, Selalu Tak Laku

13-8-2019 05:48 PM| Komen: 46

Seakan merajuk, pelakon dan juga penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor berkata dia tidak mahu lagi menghasilkan filem di bawah syarikatnya, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. 

Apa yang terjadi sebenarnya?



Katanya, kebanyakan filem yang diterbitkan oleh syarikatnya sering menerima nasib kurang baik, iaitu kurang sambutan orang ramai. 

"Senang cerita saya tak ada luck. Buat filem je tak laku.

"Ramai tanya nak buat filem ke? Terus terang nak hasilkan filem ni jangka masanya lama dan kena fokus lebih.

"Jadi lebih baik saya fokus drama dan perniagaan runcit yang lebih menguntungkan," katanya seperti yang dilaporkan Astro Gempak. 

Pun begitu, Rosyam masih mahu kekal dalam industri sebagai pelakon jika menerima watak yang bersesuaian. 


"Soal lakonan pula saya masih aktif. Tidak lama lagi saya akan muncul dalam filem JRetribusi dan Motif," katanya lagi.

Oklah begitu, lega sedikit para peminat mendengarkannya. Jika mahu berhenti terus dalam bidang ini, satu kerugian besar bagi industri seni negara. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 46
Komen

Previous : Zizi Kirana Mahu Kahwin Lelaki Kelakar, Tidak Kira Tua Muda

Next       : "Isteri Pun Tak Tutup Aurat, Ada Hati Ahya Rosli Nak Bagi Pesan Agama"

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 17-8-2019 10:47 AM
Meniaga ikan sayur...laku tak?
Byk org viral suruh beli kat kedai kau kan

Lain-lain Komen

Quote ainashiqa 13-8-2019 05:55 PM
Macam tu kau berlakon je la rosyam..
Quote akumak 13-8-2019 06:19 PM
Drama2 dia ok la jugak layan. Filem kena ikut selera masyarakat
Quote Madel 13-8-2019 06:37 PM
Dari layan movie Melayu entah apa2 baik aku layan movie mcm Boyboi2, Upin ipin n Ejen Ali tu.
Rm22 dgn aksi padan, lawak jenaka mmg bebaloi sgt.
Quote buragazz 13-8-2019 06:39 PM
Luck tu tadi aku baca sekali imbas macam Lucah.. aku ingat Rosyam Buat Filem Lucah.. terkesima kejap.. terok kepala hotak aku ni..
Quote diggerr 13-8-2019 06:51 PM
Bagi chan kat orang lain laa
Quote awaynepian 13-8-2019 07:00 PM
buragazz replied at 13-8-2019 06:39 PM
Luck tu tadi aku baca sekali imbas macam Lucah.. aku ingat Rosyam Buat Filem Lucah.. terkesima kejap ...

Wakaka...tersedak weh
Quote ALDRIN 13-8-2019 07:22 PM
Baguih lagi heols jual kerang...ayam..kt ST Rosyam Mart....org pusu2 dtg segenap ceruk
Quote auntyonion 13-8-2019 07:33 PM
buragazz: Luck tu tadi aku baca sekali imbas macam Lucah.. aku ingat Rosyam Buat Filem Lucah.. terkesima kejap.. terok kepala hotak aku ni..

Ehh ingat i sorang je camtu  kihkih{:shy
Quote LadyCarefree 13-8-2019 07:35 PM
Rosyam ni better sikit dari endi lalat
Quote MissVixen 13-8-2019 11:27 PM
Bagus st rosyam ni. Banyak bahagian daging lembu, biri2 dia ada. Seafoods segar dan frozen pun banyak. Senang beli satu tempat je. Tak yah pergi kedai frozen..
Quote naz.wani 13-8-2019 11:31 PM
akumak replied at 13-8-2019 06:19 PM
Drama2 dia ok la jugak layan. Filem kena ikut selera masyarakat

Setuju. Kalau nak orang tengok, ikut la tekak penonton. Kalau ikut tekak sendiri je mungkin ada tapi mgkin x ramai la
Quote DARSITA 13-8-2019 11:38 PM
Baguslah kan ... kalau dia buat filem kita pun dah tau skripnya bagaimana.

Quote epuepy 13-8-2019 11:40 PM
Eh. Bkn ari tu kata St mart tu bkn dia owner? Dia punye syer cma 10 percent je. Kira pakai nama dia nk tarik org. {:hero
Quote jargon 13-8-2019 11:41 PM
Tp st rosyam tu bkn dia punya 100% kn..even pakai je nme dia tp cina punya..

Mnyampah aku dgr pesanan dia kt radio,psl krja sbb nk gaji je..of course nk gaji takkan kerja free pulak..lain la ko..dah kaya
Quote hasniey 13-8-2019 11:55 PM
Buat drama xbest xpe,kdg2 org tgok jgk walaupon bosan.kalau movie xbest mmg org xdtg tgok.sapa nk bazir duit kannn
Quote katibism 13-8-2019 11:55 PM
ainashiqa replied at 13-8-2019 05:55 PM
Macam tu kau berlakon je la rosyam..

Lps tu bawa watak hero nama Danish
Quote Mejami 14-8-2019 01:17 AM
LadyCarefree: Rosyam ni better sikit dari endi lalat

Ndlalat kaya sbb buat mlm uptrend2u kesian aku tgk jiran aku kena tipu..beribu sj je leboh
Quote ezacbee 14-8-2019 06:20 AM
Mejami replied at 14-8-2019 01:17 AM
Ndlalat kaya sbb buat mlm uptrend2u kesian aku tgk jiran aku kena tipu..beribu sj je leboh

Ada lagi ke uptrend tu? Ke dah terkubur? Ni spesis mlm jugak ke?
Byk tul soalan aku
Quote ainashiqa 14-8-2019 06:27 AM
katibism replied at 13-8-2019 11:55 PM
Lps tu bawa watak hero nama Danish

Hahaha! Tak sesuai langsung danish dgn muka rosyam

Lihat semua komen(46)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.144496s Gzip On
To Top