Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Tak Ada Orang Nak Taja Saya" - Faizal Tahir Jelas Isu Bersara

10-8-2019 10:32 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 55

Selepas kecoh pengumuman album terbarunya "Rojak" yang dikatakan sebagai album terakhir, ada peminat bertanyakan mengapa Faizal Tahir tidak mengadakan konsert sempena "persaraannya" itu. 



"Bukan tidak mahu mengadakan konsert. Saya tidak mempunyai penaja. Tanpa duit, projek tidak boleh diteruskan. Orang tidak sudi menaja saya," katanya seperti dipetik dari akhbar Kosmo. 


Tak ada orang nak taja konsert saya
Foto: Instagram

Penyanyi yang terpalit dengan skandal gambar bogel itu juga menjelaskan bahawa beliau bukanlah akan bersara langsung, sebaliknya hanya akan terlibat dengan penghasilan lagu untuk penyanyi lain dan hanya akan mengeluarkan "single" untuk diri sendiri kerana pasaran album yang tak berapa kena. 

"Tidak ada perkara yang membuatkan saya merajuk dengan industri. Kita tidak boleh menghalang teknologi. Apa yang pasti, saya akan berehat dalam tempoh yang amat panjang sebelum bersedia untuk kembali kelak," katanya. 


"Susah jadi penyanyi sekarang"
Foto: Instagram

Dia juga menjelaskan jualan album penyanyi sekarang tidak berbaloi dengan kos pengeluaran, menyebabkan dia memutuskan untuk hanya mengeluarkan single sahaja. 

"Sukar untuk menghasilkan album penuh. Apabila melihat hasil pulangan jualan album tidak memberangsangkan malah tidak berbaloi dengan kos menerbitkan album, saya berpendapat keputusan ini tepat," ujarnya.



Begitulah realiti dihadapi penyanyi sekarang. Hendak mengadakan konsert, susah betul untuk mendapatkan penaja. Album penuh memang kosnya tinggi dan jualan album fizikal pula tidak memberangsangkan. Manakala, royalti lagu digital pula tidaklah semewah royalti dahulu. 

Jadi, ada sesiapa nak taja konsert Faizal Tahir ni tak? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 55
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : Adira Selamat Melahirkan Anak Perempuan, Datuk Red Timang Anak Ke-10

Komen Terbaru

Quote tunangku 15-8-2019 01:31 PM
harisbee replied at 15-8-2019 12:56 PM
Mampu lg ke buat konsert..
Nyanyi satu lagu pun dah haus

Dia ni kan yg nyanyi 2 lagu dah semput

Lain-lain Komen

Quote piep 10-8-2019 10:53 AM
ala.. kalua buat konsert I nak prgi, makin tua  makin hensem pulak
Quote Boomibulat 10-8-2019 11:02 AM
Panjangnyer...
Quote famri7 10-8-2019 11:15 AM
Konek sendiri hancurkan kerjaya..gg
Quote febreze 10-8-2019 12:22 PM
memang layak la takde org taja..suruh pornhub taja, mesti laku nyahh ahahaha
Quote dineo 10-8-2019 12:35 PM
cer tukar nama jadi sitinurfaizal
confirm ramai penaja

btw dia mmg best
tapi aku x tau pasal apa ada sejenis bloackage macam biases for him

artis lain boleh kenapa dia x boleh
noh hujan tu ada jer huat konsert x pakai baju takde pulak kena gam ...

Quote cahaya_almas 10-8-2019 12:37 PM
Berbakat..lagu2best...hsome lak tu...n terkenal n dia ckp pun best je..nape tkde org nak taja....ramai je yg minat ft ni n sy pasti ramai yg akan tgk konsertnya...buat jelah konsert yg berskala kecil je dulu...album rojak dia laku keras weiii
Quote sarah82 10-8-2019 01:14 PM
Aku suka faizal tahir ni mcm aku suka anuar zain.. Suara lelaki sejati.
Quote chicozinn 10-8-2019 01:42 PM
Walaupun beburung terbang tapi meollss masih minat kat FT..makin tua makin ensem yachhh..stuju noh tu smpai bukak baju xkena gam lak tapi dia ni mcm2 kena ban..xtau la pasal ape padahal sore da sedap
Quote Mfzg89 10-8-2019 02:00 PM
Kerna burung hancur masa depan..
Quote samshik 10-8-2019 02:01 PM
Suke jer die nie.. Lagu2 experimen die masih waras utk mek dgr n paham..
Quote cikmouse 10-8-2019 02:16 PM
Btoiilaaaa gamaknya tuuuu xderr penajaa.. Dr zaman album anatomy tuu lgk dia mmg ada plan nk buat konsert.. Tp smpi daaa kuar album rojak still x jln2 plan nyaaa ituuuuuu..
Quote LemakPetai 10-8-2019 03:22 PM
Antara penyanyi lelaki yg meolls minat. Suara best, lagu pun best
Quote iza.moha 10-8-2019 03:39 PM
Itu la dia . nnti dah mati baru nk sanjung2
Quote ninja boy 10-8-2019 04:01 PM
Dah tua ada org minat ka. Pergila berduet sama kikim ka piano ka
Quote kualibesi 10-8-2019 04:33 PM
Bertabahlah FT.
Quote jula7 10-8-2019 04:40 PM
iolss suka je ft...u rockk fttttt
Quote Cenderakirana9 10-8-2019 05:16 PM
Lagu2 dia sedap. Lagu baru "ratu" tu best betul liriknya
Quote doubleA 10-8-2019 05:19 PM
Cuba ft tanya rozisangdewi camana dia dapat penaja konsert back to back

Iols ok2 jah dgn ft ni, kadang2 dengar live dia haus, kadang2 ok. Tapi lagu2 eksperimen dia macam mr ragaman tu boleh layan jah
Quote diggerr 10-8-2019 07:24 PM
Wait for ur concert

Lihat semua komen(55)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.161131s Gzip On
To Top