Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Kenapa Netizen Suka Tuduh Orang Mandul Di Media Sosial?"

Oleh: Shimmer Shine|9-8-2019 04:32 PM Komen: 63




Kaya tidak semestinya mampu miliki segala-galanya. Apatah lagi jika ia membabitkan soal ketentuan Yang Maha Esa.

Jadi, bertanyakan soal anak kepada pasangan yang sudah lama berkahwin, dianggap tidak relevan masa kini. Sibuk campur tangan hal orang lain dengan anggapan orang itu tidak berusaha untuk mendapatkan cahaya mata bukan sahaja melukakan penerimanya. Malahan menunjukkan sisi penyoal yang berasa dirinya terlalu baik dengan alasan 'menolong'.

Ia terjadi kepada seorang pengusaha produk rambut yang menggunakan nama Datin Inaz di Instagram ketika menerima soalan berbunyi "Kenapa Inaz mandul, duit banyak usahalah sikit."

Soalan tersebut membuatkan Inaz mengalirkan air mata dan tidak mampu berkata apa-apa. Hal ini membuatkan ramai warganet berasa berang dengan pertanyaan sensitif itu. Apa perlunya bertanya soalan yang hanya tuhan sahaja mampu menjawabnya? Kenapa perlu berlagak seperti tahu segala-galanya?

Kredit foto: Twitter

Kenapa soalan itu ditanyakan oleh orang asing? Jika dari orang yang dikenali sekalipun, perlukah ia ditanyakan? Apakah tiada langsung rasa untuk berhusnuzon tentang usaha yang telah dilakukan oleh pasangan sebegini untuk mendapatkan anak? Jika mereka kaya sekalipun, apakah hak makcik bawang untuk mempersoalkan ke mana duit itu pergi?


Itu antara pertanyaan daripada warganet kepada pemberi soalan tersebut. Akhirnya Inaz menjawab di status terbaharunya bahawa soal mandul bukan boleh dibuat main lalu memberikan sedikit nasihat kepada wanita tersebut. Antara tulisannya ialah jangan lukakan hati orang lain walaupun sekadar menulis di media sosial sahaja.

Kredit foto: Twitter
Apabila dibuat pencarian terhadap nama wanita tersebut, tidak pula ditemui, mungkin sudah menukar namanya atau hilang dari radar. Rata-rata warganet meluahkan kekecewan terhadap sikap wanita itu yang dianggap mentaliti kelas ketiga. Apakah perlu setiap pasangan yang belum mempunyai anak mewar-warkan usaha mereka kepada khalayak semata-mata untuk memuaskan hati segelintir pihak ini?



Tidak semua orang nasibnya serupa. Jadi, sebagai insan yang dikurniakan kelebihan dan rezeki anak, usahlah memandai-mandai memberi nasihat jika tidak diminta. Setiap orang mempunyai sempadannya sendiri. Manakala bagi mereka yang sedang berusaha mendapatkan anak, tawakal lah, mungkin tidak lama rezeki anda pula. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
6
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 63
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kaklong32 13-8-2019 10:45 AM
sape suruh open question

Lain-lain Komen

Quote sitiselangor 9-8-2019 04:38 PM
biasa la netizen kuat sentap kuat tipu kuat percaya benda2 bodoh senang2 kena scam

pastu percaya dgn tipuan sendiri

aku dikatakan hindu pun ada bahlol tak sekolah percaya gila

bahahahha





Quote CatMiow 9-8-2019 04:40 PM
Soalan sangat rude..

Tapi cakap bodoh dalan media sosial dan sebagai orang yang dikenali,  pada aku la kan,  dah kurang la 1 point kat sana..  
Quote LadyCarefree 9-8-2019 04:45 PM
Dah dia yng buka peluang malah jemput orng tanya apa saja. Lg pon dia xperlu layan. Apatah lg siap nk publish orng yng tanya tu. Sama naik la aibkn orang. 5x5 juga dia dngan yng bertanya.
Quote fushimi 9-8-2019 04:52 PM
LadyCarefree replied at 9-8-2019 04:45 PM
Dah dia yng buka peluang malah jemput orng tanya apa saja. Lg pon dia xperlu layan. Apatah lg siap n ...

ntahnya

suruh orang tanya pastu sentap

lain kali disclaimer sesiap soalan apa boleh tanya



Quote mbhcsf 9-8-2019 04:53 PM
sebab tu , hanya luahkan pada yg relevan dan boleh membantu, kita buka masalah dan meruntun emosi , fitnah datang...dan outcomes very bad ditambah dengan masyarakat yg  adabnya berbeza beza dalam media sosial , maka begitulah wal hasilnya

dan sebenarnya persepsi diri tu penting dalam dan ilmu juga penting dalam menangani isu yg timbul kalau berkenaan dengan lambat dapat anak ni

kalau tak kuat , kuatkan diri dengan Allah dan ilmu , maka kat situ you are in control of what being said in terms of handling the unkind words and perceptions
Quote diggerr 9-8-2019 04:58 PM
Nak ade anak kene ade laki dengan bini sama-sama usaha. Bila takde anak, kenapa yang bini je kene tuduh mandul?
Quote dess402 9-8-2019 04:59 PM
cer try isap ganja .  ikut kajian ia dapat meningkatkan lesuburan  .    memang la rezeki tu ketentuan Allah  ..  tapi kita kena mencari nya .
Quote sitiselangor 9-8-2019 05:03 PM
dess402 replied at 9-8-2019 04:59 PM
cer try isap ganja .  ikut kajian ia dapat meningkatkan lesuburan  .    memang la rezeki tu ketentua ...

bini kau kau kasi ganja la ni

bodoh sangat la kau

tuan kau masa semburit lepas kena ganja gak ke??



Quote kualibesi 9-8-2019 05:09 PM
herm.. soalan yg selalu meniti dimulut
Quote awanysss 9-8-2019 05:10 PM
dia kan dah berapa kali keguguran. mandul apenye..
Quote prettyuglybabe 9-8-2019 05:28 PM
percubaan nak buat ig review or jual produk timbang kilo ke?
Quote matamata 9-8-2019 05:33 PM
Publisiti kot, sendiri buat fake akaun sendiri delete....blh cenggitu?
Quote KIM.K 9-8-2019 05:42 PM
Memang betul mulut netizen tak sama, ada baik ada niat kurang baik

Masa mula-mula aku dalam forum tak kenal sesiapa, aku sopan juga. Sesetengah forumer memang tak peduli perasaan orang lain. Sopan ke tidak, baik ke tidak, tetap ada yang cemburukan kau

Aku baru masuk je ramai remind aku tentang darjat forumers diluar. Apa yang terjejas sangat taktaulah. Awak pakai pseudoname kan, janganlah acah minta sembah ratu sangat bila bercampur gaul. Kami memang tak kenal dan tak kisah kenal ke tidak
Quote KIM.K 9-8-2019 05:49 PM
Jangan lupa tanggungjawab sebagai nitizen, memelihara hubungan dan berempati sekalipun orang kaya

Nampak pprt sangat bila tak kesian orka. Itulah sebabnya orang miskin suka ambil kesempatan dengan orka terutama di kampung-kampung. Sebab dia tak kesian orang, dia lagi kesian diri sendiri. Tau sempit dada sendiri je

Jadi adakah anda berkriteria kampung dot com di tengah urban ni? Kalau nak tau sama je forumer membawang dengan orang kampung membawang
Quote Victorioussss 9-8-2019 05:51 PM
Gigih amik gambr air mata

Kosserr
Quote vee_zara 9-8-2019 05:58 PM
Btw perlu nangis kat media sosial ke?
Quote yuki812 9-8-2019 06:01 PM
dia ni sape...
produk rambut apa yg dijual..

Quote R2D2 9-8-2019 06:06 PM
Dah bergelar Datin?
Wow muda dh ada gelaran
Quote amyza 9-8-2019 06:23 PM
Yang belum ada anak tu banyak2 lah bersabar. Orang keliling kita ni banyak yang mulut jahat.

Lihat semua komen(63)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.089724s Gzip On
To Top