Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Ingat Semua Orang Nak Pergi Petik Buah Ke?"- Duta Australia Di Malaysia Dikecam Warganet

9-8-2019 10:37 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 45

Sejak kebelakangan ini, ramai pelancong Malaysia menceritakan kisah daripada dihalang naik kapal terbang ke Australia walaupun selepas visa diluluskan, hotel sudah ditempah dan trip sudah dirancang. 

Ini kerana kerajaan Australia memutuskan pelancong Malaysia "berisiko tinggi" duduk lebih tempoh untuk bekerja memetik buah.

Walaupun isu itu memang betul, tetapi prosesnya mendapat kritikan banyak pihak. Contohnya, bagaimana mereka hendak bezakan orang yang betul-betul hendak pergi melancong atau yang hendak pergi bekerja di sana? 

Baru-baru ini, Duta Australia ke Malaysia Andrew Goledzinowski membalas satu siri tweet yang menceritakan masalah ini berkata, pegawai perhubungan negara mereka ditempatkan di lapangan terbang seluruh dunia untuk memastikan pelancong yang hendak ke negara itu "memenuhi kriteria". 


Pegawai perhubungan Australia ada di seluruh dunia
Foto: Twitter. 

Menurutnya lagi, Malaysia juga adalah negara nombor satu paling ramai datang bekerja secara haram. Pegawai mereka juga terlatih dan berpengalaman "mengesan" mereka yang mahu datang bekerja secara haram. Katanya...


Terlatih katanya
Foto: Twitter

Bagaimanapun, penjelasan ini tidak diterima baik ramai warganet. Mereka mempersoalkan, kalau benar hendak melakukan saringan, kenapa tidak dibuat waktu permohonan visa iaitu sebelum pelancong mula membuat tempahan dan bayaran hotel penginapan, beli tiket taman tema dan sebagainya. 

Kenapa dibuat selepas semua duit dah dikeluarkan? 

Lagipun, apa kriteria yang digunakan pegawai itu. Adakah hanya dengan melihat orang gembira, peluk cium mak ayah sebelum pergi melancong, mereka dianggap hendak pergi bekerja memetik buah? 

Malah, keputusan pegawai itu juga tidak boleh dicabar ya. Kalau dia kata tak boleh, menangislah di KLIA tu. 


Tak boleh dicabar
Foto: Twitter

Ada juga yang mempersoalkan adakah tindakan ini dibenarkan mengikut undang-undang? Yalah, semua dah dibayar, visa pun mereka periksa, tiba-tiba dihalang daripadan menaiki pesawat. 


Sah ke? Foto: Twitter

Ada juga yang mahukan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masuk campur, menyifatkannya sebagai langkah tidak adil untuk orang yang betul-betul hendak melancong. 


Penat kumpul duit
Foto: Twitter

Apa kata anda? Perlu atau tidak Australia terus tolak permohonan visa kalau nampak kita seperti 'sengkek' sangat? 

Atau boikot sajalah Australia ni, banyak lagi negara lain boleh pergi. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
3
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 45
Komen

Previous : Backpacking Atau Travelling Ada Kelebihan Selain 'Enjoy'?

Next       : Uniknya! 6 Tradisi Menyambut Hari Raya Haji Yang Menarik Di Indonesia

Komen Terbaru

Quote paz 14-9-2019 09:27 PM
So far ok aja Paz pergi. Selalu kena lepas awal, padahal ramai yang kena queue nak kena cek bag (tak pernah lagi kena). Destination yang tak pecah kepala nak pikir bila bercuti. Just drive and enjoy aja.

Lain-lain Komen

Quote bawangkecik 9-8-2019 10:40 AM
betul jugak. kalau dah wajah seperti ala-ala pengemis nak buat macam mana. lepas tu takda refund apa langsung buat orang yang kena denied ni.

senang buat duit acik ostolia ni ye
Quote epis 9-8-2019 10:51 AM
Saya plan nk ke melbourne pon terus jadi malas huhu.. nasib dulu masa pergi sydney xde kes2 mcm ni hah...
Quote meow_tompok 9-8-2019 11:14 AM
some point, aku agree pasal compensation tu
Quote mohdcrow 9-8-2019 11:17 AM
padan muka...tergedik2 nak pegi ostolia makan angin...org ostolia pandang ko macam pendatang haram jer...kikiki
Quote iwansa 9-8-2019 11:17 AM
hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, syukur la skarang ni masih lagi hujan air
Quote fushimi 9-8-2019 11:18 AM
epis replied at 9-8-2019 10:51 AM
Saya plan nk ke melbourne pon terus jadi malas huhu.. nasib dulu masa pergi sydney xde kes2 mcm ni h ...

baik pergi eropah je sis bertiang lagi best compare to ostolia

harga tiket lebih kurang

hati pun tak sakit menyampah ngan officer dorang kat airport

acah acah nak jaga negara konon

patutnya rakyat malaysia dah boleh mula start kempen boikot australia


Quote kualibesi 9-8-2019 11:30 AM
betul. bad experience gak with Immi dorang.
Quote Dewa19XKangen 9-8-2019 11:42 AM
kalo dah orang x mau tu.. buat apa muka x malu nak p juga.. masa gumbira melancong seronok mana hala.. masa kena sakit misteri.. tau pula teroka malaya cari ceruk hutan kampung bomoh handal.. pandai pula x p australia mohon ubat kat kanggarooo..
Quote capiloton 9-8-2019 11:49 AM
buat masa sekarang, avoid travel to australia dan new zealand.
tunggu setahun dua.
pegi ler tempat lain dulu.
Quote awanearisu 9-8-2019 12:09 PM
Kita setuju sebenarnya. SOP tambahan ini masalahnya tidak dinyatakan dengan jelas "explicit" di mana-mana medium komunikasi mereka.
Quote matbad 9-8-2019 12:09 PM
Pandangan org aussie kat kita ni mcm mindset kita tgk bangla,indon dan myanmar yg keja kat sini..kaya la mcm mna pn tetap kena cop mcm bangla kat sini hihihihi
Quote LadyCarefree 9-8-2019 12:13 PM
Hak negara memana nak deny entry dn xperlu beri sebab pon. Jadiknya klau nk melancong sila buat homework dn persediaan penuh. Jngan dok percaya sngat nk ikot style travel bajet. Jangan buat gang travel reramai mcam nk ke jom heboh. Sikap iols ikut je iols xtahu apa blablabla. Pastu boleh pulak main klau duit xcukup, pinjam credit card kawan je la nanti. Itu belum lg jenis yg book airbnb untok 2orang tp plan nak sumbat 20orng. Bawa segala piyok nasik tok nenek lesung batu sbab nk memasak nk jimat duit. Eh geram lak iols dgn derang yng spoil kan peluang untok orng lain. Oh ya belilah travel insurance ya. Xmahal pon. Benci dgn yg xbertanggungjawab amek risiko pastu jadi malang senang2 je minta derma.

Dn sebenarnya paspot mesia yng korng ada tu pon bukan rights tp privilege. Kerajaan mesia pon boleh je tarik balik paspot hang tanpa sebab.

Quote Artemesiaa 9-8-2019 12:48 PM
Elok pergi negara omputih lainnya dulu kalau nak rasa pegalaman ke negara omputih nak2 macam2 isu jadi dan berulang sejak kebelakangan ni.  Mereka ni dari dulu pun  kurang suka orang Asian datang ke negara mereka.  Isu rasis amat kuat disana walau sebelum isu ramainya pati dari Malaysia.  Hanya kebanyakan yang dah pergi melancong ke sana jarang nak ceritanya bab tu selalu mereka lebih suka cerita pengalaman indah mereka je.
Quote annehuda 9-8-2019 01:39 PM
sepatutnye pd pendpt aku yg salah tu ha yg luluskan visa tu apsal. reject jelah awal2. atau masa apply visa tu sila letak syarat surat confirmation dh keje dr syarikat ke, borg cuti ke, akaun bank ke. org takde la rasa ralat.

pastu lg satu, mmg salah rakyat malaysia pun. yg pegi sana jadi pendtg haram apsal. pastu fitnah malaysia bukan2.  nk  extend kt sana senang je, ko wat la citer, sbb ko gay and kt malaysia gay ni haram, ataupun malaysia terlampau extreme bla bla bla. but then again, aku rasa ni salah polisi aussie jugak sbb kalau kt malaysia ko overstay mmg akan ditangkap. ms 2009 aku keje dulu ada sorg pelarian rohingya ni penah citer kt aku, die duduk malaysia sekejap je pastu die nak lari ke australia. tu yg tak pasal2 malaysia jadi tempat pertama dlm pemerdagangan org. sbb transit.

tp nak salahkan aussie pun takleh gak, sbb malaysia ni dah terlalu ramai jadi pendtg haram kt sana sampaikan diorg leh wat union kot. tu blum lg, baru2 ni famous yg kes pendtg haram malaysia tak sedar diri scam ibubapa yg baru kematian anak. so acaner la org australia tak marah kt malaysia??
Quote cclina2 9-8-2019 02:03 PM
malaysiani dia org pandang macam kita pandang bangladeshi kot..hehe
Quote berakit2kehulu 9-8-2019 02:15 PM
Masa pergi aussie we olls xde problem. Maybe sebab pegi dgn family siap ada anak. Geng2 lelaki dpn weolls kena tahan, cek macam2. Kitorang tgk pon dh cuak tapi elok je bg lalu, xde nak cek beriya. Skrng msti lagi ketat kan sbb byk kes kutip buah tu
Quote epis 9-8-2019 02:32 PM
fushimi replied at 9-8-2019 11:18 AM
baik pergi eropah je sis bertiang lagi best compare to ostolia

harga tiket lebih kurang

Plan nk visit member, tapi tula maybe bt masa ni malas la bila dgr kes2 mcm ni.. masa g syd dulu pon dah mula dgr kes passport malaysia kene reject, nasib baik masa kt immi sydney tu, senang je urusan..
Quote honey_jelly 9-8-2019 04:51 PM
Edited by honey_jelly at 9-8-2019 04:53 PM

planning nak pergi perth tahun depan.. tiket, visa semua dah ok..cuma tgh survey hotel dgn rancang apa aktiviti disana..kalau macam saya nih yg umur 40(kira 41 lah tahun depan), perempuan agak2 diorg lepas tak? .pergi 4 orang dan umur sama..tp kita takde gaya pemetk buahlah sbb kita saiz anak gajah
Quote Esmiria 9-8-2019 07:48 PM
berakit2kehulu replied at 9-8-2019 02:15 PM
Masa pergi aussie we olls xde problem. Maybe sebab pegi dgn family siap ada anak. Geng2 lelaki dpn w ...

Aku dengo... klo sekeluarga pergi..blh lps..kalau sorang or dgn friends..kena check.

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.087859s Gzip On
To Top