Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Kumpulan Youtube Terkenal The Try Guy Bakal Adakan Persembahan Di Singapura

16-9-2019 07:41 PM|Sang_Pencinta| Komen: 8

Kumpulan Youtube terkenal The Try Guy bakal mengadakan persembahan di Singapura. Bagi peminat video lawak dan menghiburkan di internet, pasti mengenali kumpulan The Try Guy yang sering memaparkan cubaan mereka melakukan sesuatu yang baru, dan akhirnya berakhir dengan pelbagai insiden lucu.



Kredit foto: Facebook The Try Guy


Kini kumpulan popular yang dianggotai oleh Keith, Ned, Zach dan Eugene itu bakal muncul di negara jiran kita di Star Theatre pada 28 September ini sebagai sebahagian daripada jelajah seluruh dunia mereka yang dinamakan Legends of the Internet. Sebelum ini, mereka telah menjelajah Amerika Syarikat (AS) dan Australia dan mendapat sambutan hangat.


Kredit foto: Carian Google


Kumpulan The Try Guy dimulakan sekitar tahun 2014, ketika keempat-empat mereka masih bekerja dengan portal hiburan, Buzzfeed. Populariti The Try Guy memuncak apabila video mereka mencuba sesuatu yang baru seperti The Try Guy Try 14 Labour of Pain Simulation, The Try Guys Try Wedding Dresses, The Try Guys Try Naughty Christmas Costumes dan banyak lagi, mendapat jutaan tontonan dalam masa yang singkat.



Kredit foto: cadence13



Ingin berdikari, mereka berempat memutuskan untuk keluar dari Buzzfeed dan memulakan syarikat penerbitan sendiri pada tahun 2018. Dalam setahun, mereka sudah mempunyai 6.2 juta pengikut setia di Youtube dan berpeluang menjelajah dunia bertemu dengan peminat mereka dalam jelajah yang dikatakan berkonsepkan interaktif ini.







Tiket pertunjukan berharga RM903 (termasuk meet and greet), RM479, RM418, RM357 dan RM297 boleh mula didapati dari laman SISTIC. 

Agak mahal tetapi pastinya berbaloi bagi peminat setia mereka! - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 8
Komen

Previous : Jauhi Dunia Hollywood, Anak Angelina Jolie Dan Brad Pitt Pilih Universiti Di Korea Selatan

Next       : Kylie Jenner Sewa Kapal Jho Low RM5 Juta Untuk Pesta Hari Jadi

Komen Terbaru

Quote msbegawan 1-11-2019 03:18 PM
suka video yg dorang jadi 80-year-olds tu
terus rasa macam memahami nasib warga emas

Lain-lain Komen

Quote sarah82 16-9-2019 07:50 PM
Awat aku x pernah sedar kewujudan depa kat utube? Aku pun suka layan utube.. Oh.. Lupa aku masuk utube layan ed sheeran..
Quote JDT 16-9-2019 08:05 PM
Suka Eugene... diaorang memang kelakar, teringat satu episode diaorang buat telenovela based on fan fiction..
Quote Kurex 16-9-2019 08:36 PM
Kurex bukak youtube, layan lagu, maruko chan, TEGAP TV
Quote KIM.K 16-9-2019 09:43 PM
Nope. Not Logan Paul gang
Don't know these people
Quote Perawankota 17-9-2019 12:48 AM
X kenal.. huekhuek
Quote ashcroft86 17-9-2019 03:56 PM
Diorang femes masa dengan Buzzfeed. pastu kluar buat chanel sendiri. Ada jgak content yang menarik. Eugene sjak dlu lagi weols rasa x straight, tuptup klaur coming out video. Best gak la dok melayan. Ad jugak yg meh.
Quote bonggo 17-9-2019 04:06 PM
Masa diorg dgn buzzfeed aku agak suka video diorang.  Agak mencabar la benda2 yg diorg try.  Tp lepas diorg keluar dr buzzfeed and start channel sendiri topik2 dia agak membosankan.  Mungkin bajet dah kurang kot sbb kn bergerak senndiri
Quote msbegawan 1-11-2019 03:18 PM
suka video yg dorang jadi 80-year-olds tu
terus rasa macam memahami nasib warga emas

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.092355s Gzip On
To Top