Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

20 Tahun 'Bawa' Berus Gigi Dalam Perut Lepas Gagal Bunuh Diri

7-8-2019 12:15 PM Komen: 7
Sebatang berus gigi sepanjang 14 sentimeter dikeluarkan dari perut seorang lelaki yang menelan objek itu 20 tahun lalu untuk menamatkan riwayat hidupnya.

Memetik NDTV, pesakit berusia 51 tahun itu dimasukkan ke Hospital Shenzen selepas mengadu sakit perut pada hujung Jun lalu.

Lapor agensi berita Xinhua, hasil imbasan CT mendapati terdapat objek asing di dalam duodenum atau bahagian pertama usus kecil.


Kredit foto: Shanghaiist

Pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Li itu memberitahu doktor bahawa 20 tahun lalu, dunianya menjadi gelap selepas didiagnosis menghidap HIV akibat penggunaan dadah, lalu memutuskan untuk membunuh diri dengan menelan berus gigi berkenaan.

Bagaimanapun, dia mendakwa tidak mengalami sebarang rasa tidak selesa akibat tindakannya itu dan menyangka objek berkenaan 'sudah dihadam'.

Selepas gagal membunuh diri, Li meneruskan hidup seperti biasa. Namun, pada 2014, Li mula mengalami sakit perut dan radang pundi hempedu.

Dr Liu Jialin yang menjalankan pembedahan ke atas Li berkata, pasukannya menggunakan endoskop untuk mengeluarkan objek berkenaan yang sudah 'tiada rupa berus gigi'.


Kredit foto: NDTV

Menurut Li, selepas percubaan membunuh dirinya gagal, dia bertekad untuk berhenti menagih dan memulakan rawatan HIV sebelum berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

"Saya dah lama terlupa mengenai berus gigi itu dan tidak menyangka ia masih berada dalam perut," ujarnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ikanmasin 8-8-2019 12:29 AM
dah takde rupa berus gigi dah..nsb baik dpt keluarkan jg

Lain-lain Komen

Quote matchstick 7-8-2019 12:24 PM
Xde ikhtiar lain ke utk bunuh diri selain telan berus gigi.. Mcm2 cara ada, telan racun boleh, terjun sungai dll.. Tp ko pilih utk telan berus gigi?? {:smile
Quote diggerr 7-8-2019 01:46 PM
Mesti bersihkan perut dia? Hehe
Quote Artemesiaa 7-8-2019 03:41 PM
Syukurlah akhirnya berjaya juga dikerluarkan
Quote rynamarina 7-8-2019 06:18 PM
sedap ke berus gigi tu sampai boleh simpan 20 tahun hahaha
Quote cikbun 8-8-2019 12:26 AM
nasib boleh keluarkan huhu
Quote sitiselangor 8-8-2019 12:29 AM
bodohnya dia

dah telan berus tak mati, pi la turjun bangunan ke, diri depan train ke, pegang live wire ke, makan sup babi campur racun rumpai ke



Quote ikanmasin 8-8-2019 12:29 AM
dah takde rupa berus gigi dah..nsb baik dpt keluarkan jg

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.280054s Gzip On
To Top