Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Kena Buang, Ustaz Madrasah Diugut Bakar Sampai Mati?

6-8-2019 06:04 PM Komen: 10
Seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah di Kuala Terengganu hidup dalam ketakutan selepas menerima pesanan berbaur ugutan bunuh melalui Instagram peribadi miliknya.

Sinar Harian melaporkan, mangsa berusia 28 tahun menerima ugutan yang mahu membakarnya sehingga mati kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat lalu.

Selain itu, mesej dihantar pengguna akaun dengan nama 'judinxx' terbabit turut berbaur kebencian terhadap pihak madrasah sebelum ini.


Gambar Hiasan

Kata sumber, ustaz berkenaan yakin mesej dihantar bermotifkan rasa tidak puas hati dipercayai berikutan pembuangan lima pelajar madrasah kerana masalah disiplin.

"Pada Jun tahun lepas, mangsa ada membuang seorang pelajar tetapi pihak madrasah masih memberi kelonggaran kepada pelajar itu membuat rayuan untuk terus kekal belajar di madrasah tersebut.

"Bagaimanapun keluarga pelajar itu dengan rela hati memilih untuk memberi surat berhenti sekolah, namun dengan cara biadab apabila melemparkan surat tersebut kepada pengurusan madrasah," katanya kepada Sinar.

Difahamkan, pihak madrasah sekali lagi membuang empat pelajar bermasalah pada April lalu. Ekoran itu, mangsa yakin mesej berbaur ugutan itu ada kena mengena dengan pembuangan pelanajr terbabit.

Bimbang keselamatan dirinya terancam, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos yang mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana mengugut bunuh. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 10
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote MissVixen 28-8-2019 10:13 AM
Nak berubah jadi baik bukan boleh dipaksa. Kalau dipaksa, tak tahan lama perubahan tu.
Mak pak ni nak senang je. Aku tengok sekolah tahfiz dekat kampung aku budak umur 5-6 tahun pun ada. Basuh baju sendiri pun tak tahu lagi. Senang je mak pak tinggalkan mereka dekat situ.

Lain-lain Komen

Quote swimswim 6-8-2019 08:35 PM
Masa masuk sekolah, selalu ponteng. Bila dah kena buang,marah pulak. Tak faham langsung
Quote diggerr 6-8-2019 08:50 PM
Melampau betul
Quote Buritan 6-8-2019 09:05 PM
Ade sebahagian anak anak madrasah ni dihantar oleh mak pak yg dah tak tau nak buat ape dgn anak dahh.. tetap kelaut dlm jugaklaa budakk ittew.. yg kena tempias madrasah pusat tahfiz.. so sad
Quote alkamil 6-8-2019 09:53 PM
Semoga ustaz sntiasa dlm lindungan allah swt
Quote sitiselangor 6-8-2019 10:03 PM
ntah ntah budak yg kena buang tulis sendiri surat tu

pastu sign atas nama mak pak dia

bahahahaha

modal lama ni stad, takyah risau la dgn gengster2 baru nak jadi ni

Quote Pink_Purple 6-8-2019 10:17 PM
ada juga kes pelajar yang bermasalah yang dihantar ke madrasah..memang bermasalah la..makpak xmampu nak ajar..hantar madrasah supaya akhlaknya diperbetulkan
Quote tripleid 6-8-2019 10:22 PM
Tipikal melayu pprt..ingat hantar budak jahat ke tahfiz terus budak tu betukar jd suci anak syurga gituu
Quote Rob07 7-8-2019 12:50 AM
Bukan nya  antara tujuan madrasah dan  tahfiz ni utk melahir kan insan yg  cemerlang dan terbilang ka? {:spec
Quote -Suri- 28-8-2019 10:04 AM
Buritan: Ade sebahagian anak anak madrasah ni dihantar oleh mak pak yg dah tak tau nak buat ape dgn anak dahh.. tetap kelaut dlm jugaklaa budakk ittew.. yg ken ...


Betul tu. Slalunya budak2 camni yg akan buat perangai kalau dorg tak insaf dan berubah
Quote MissVixen 28-8-2019 10:13 AM
Nak berubah jadi baik bukan boleh dipaksa. Kalau dipaksa, tak tahan lama perubahan tu.
Mak pak ni nak senang je. Aku tengok sekolah tahfiz dekat kampung aku budak umur 5-6 tahun pun ada. Basuh baju sendiri pun tak tahu lagi. Senang je mak pak tinggalkan mereka dekat situ.

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top