Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tahniah! Tokti Dan Fafau Dinobat 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh

6-8-2019 05:48 PM|Oleh: Shimmer Shine| Komen: 47


Membanggakan! 

Dua lagi artis diberi pengiktirafan dalam Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100MIYE) iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Fara Fauzana. 

Dianugerahkan Usahawan Muda Paling Berpengaruh membuktikan kedua-dua selebriti ini memberi pengaruh yang besar kepada peminat mereka sendiri. 

Majlis berprestij yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) turut dihadiri oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali serta Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Foto : IG

Anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf usahawan muda tempatan yang berani, kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang dan industri diceburi mereka. 

Foto : Ig

Tidak menghairankan kerana selain menyanyi, Siti turut aktif dalam bidang keusahawanan. Apatah lagi kini sedang giat mempromosikan beberapa produk rangkaian di bawah syarikat miliknya, SimplySiti. 


Sementara itu,  Fara Fauzana yang turut memiliki salah satu cawangan minuman berasaskan bubble tea, Chatime meluahkan rasa syukurnya apabila diberi penghormatan sedemikan. 

Kongsi Fara lagi menerusi laman Instagramnya, pengiktirafan itu tidak akan berjaya tercapai sekiranya tanpa bantuan dan sokongan dari dua orang lagi sahabat karibnya Faizal Ismail dan Tini Ariffin yang juga pengasas bersama hab kandungan digital, DBilique.




DBilique ialah satu platform digital yang memaparkan slot wawancara gaya hidup selebriti-selebriti terkenal tanah air sebagai artis undangan mereka.

Wah! Seiring dengan peningkatan usia, mereka juga memberi impak terhadap industri keusahawanan. Berita ini harus diwar-warkan supaya orang tahu dunia hiburan bukan sekadar kisah gosip kahwin cerai sahaja.  Moga ia mampu menjadi contoh kepada anak muda diluar sana. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 47
Komen

Previous : Zizi Kirana Mahu Kahwin Lelaki Kelakar, Tidak Kira Tua Muda

Next       : Dulu 'Meroyan' Di IG, Sekarang Datin Alyah Dengar Ceramah Agama Je

Komen Terbaru

Quote boojaat 11-8-2019 12:05 AM
Ok tahniah

Lain-lain Komen

Quote hyie 6-8-2019 06:49 PM
dct penerima pertama kat majlis tu khuens?
Quote immaryjane 6-8-2019 07:03 PM
2xHajjah kebanggaan ummah mana?
Quote abadi84 6-8-2019 07:07 PM
Tahniah tok t..tahniah fafau
Quote wizardLy_boy 6-8-2019 07:16 PM
Tahniah both
Quote fadz84 6-8-2019 07:40 PM
immaryjane replied at 6-8-2019 07:03 PM
2xHajjah kebanggaan ummah mana?

X tercalon ke sheols kn? Kata baru lancarkan business merchandise buatan UK..
Quote Orix 6-8-2019 07:44 PM
fafau ad bisnes apa selain Chatime?
Quote fadz84 6-8-2019 07:57 PM
Orix replied at 6-8-2019 07:44 PM
fafau ad bisnes apa selain Chatime?

DBilique (platform digital - slot wawancara celeb malaysia pasal lifestyles dorg) - pengasas bersama FBI & tini 3R.
Quote diggerr 6-8-2019 08:51 PM
Congratulations
Quote Lengkong 6-8-2019 09:20 PM
Tahniah Tokti dan Fafau


Quote ReginaGeorge 6-8-2019 09:30 PM
Wow masih mude
Quote RVP20 6-8-2019 09:43 PM
Setiap tahun ada selebriti menang award ni
Quote RVP20 6-8-2019 09:51 PM
Selebriti yg dapat award tahun ni :
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fasha Sandha, Awal Ashaari, Nelydia Senrose, Wany Hasrita, Shaheizy Sam, Fara Fauzana, Izzue Islam
Quote danieladam 6-8-2019 10:12 PM
Tahniah tok ti..at least kejayaan bidang bisnes seiring dgn bidang seni. Bukan mcm sorang lagi tu, katanya bisnes jota jota, tp seni hauzzzz.
Quote Suchi 6-8-2019 10:15 PM
Award ni bukan ke sebelum ni mcm tiap tahun ade artis dapat kan?
Quote -electrifying- 6-8-2019 11:36 PM
tahniah both of u... mmg layak
Quote babyorange 7-8-2019 12:01 AM
RVP20 replied at 6-8-2019 09:51 PM
Selebriti yg dapat award tahun ni :
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Fasha Sandha, Awal Ashaari, Nelydia  ...

Si soeb sepahtu pon dpt kan? Cm nmpk die post kt ig, die bratur blkg shaheizy sam kt tepi stage mse nk amek award tu
Quote Rob07 7-8-2019 12:51 AM
Congrats Tok Ti dan Fafau{:love
Quote Farahsukardi 7-8-2019 12:51 AM
Congrats tokti n fafau
Quote rainbowrainz 7-8-2019 02:33 AM
Tahniah tok t n fafau

Lihat semua komen(47)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.117184s Gzip On
To Top