Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Bengang Ditegur Salah Parkir, Lelaki 'Acah' Langgar 'Mak Guard'

6-8-2019 11:55 AM Komen: 44
Tidak puas hati ditegur pengawal keselamatan wanita kerana meletakkan kenderaannya di parkir teksi, lelaki bertindak memaki hamun pengawal keselamatan terbabit selain menyebabkan mangsa lebam di betis kiri selepas terlanggar wanita itu ketika tergesa-gesa mengundurkan keretanya.

Lapor Harian Metro, kejadian berlaku di Hospital Seberang Jaya, Prai, jam 1.30 tengah hari, semalam.

Tidak puas hati dengan tindakan suspek, mangsa berusia 43 tahun itu membuat laporan polis mengenai kejadian.

Difahamkan, kejadian itu menjadi tular selepas dirakam dan disebarkan orang awam di Facebook.


Foto: FB

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu terbabit meletakkan kereta Proton Saganya di ruang parkir khas teksi sebelum perbuatannya ditegur pengawal keselamatan wanita berkenaan.

Suspek yang kemudian beredar kembali selepas kira-kira 20 minit dan meletakkan keretanya di parkir sama.

Pengawal keselamatan itu sekali lagi menegur perbuatan suspek hingga berlaku pertengkaran antara mereka berdua.

Ketika bertengkar itu, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengawal keselamatan berkenaan dan dia kemudian mengundurkan keretanya secara tergesa-gesa sehingga terkena kaki mangsa, katanya.



Tambahnya, suspek menyerah diri kira-kira jam 11 malam tadi. Dalam keterangannya, suspek mendakwa terpaksa meletakkan kereta di kawasan itu kerana membawa bapanya yang lumpuh untuk mendapatkan rawatan di hospital terbabit.

Kata Nik Ros, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 323 KK. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 44
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote addved 9-10-2019 05:24 PM
Mak guard cuma jalankan tugas dia je, kesian dia

Lain-lain Komen

Quote baghal_bortuqal 6-8-2019 11:25 AM
pulau drivers
Quote noell 6-8-2019 11:32 AM
aku dh kata private kan saja parking kt hospital neh

ramai yg parking tapi naik bas/van kilang pi keja kt penang nun tuh yg subuh2 sapiee parking dh full gila

cuba buat mcm jpj seberang jaya dulu parking fullhouse dh private haaa bole dancing2 dlm parking lot
Quote awanysss 6-8-2019 11:50 AM
noell replied at 6-8-2019 11:32 AM
aku dh kata private kan saja parking kt hospital neh

ramai yg parking tapi naik bas/van kilang pi ...

mcm hospital sultanah aminah johor.. sbb tu kena bayar parking skrg.. selfish yg park for free ni..
Quote awanysss 6-8-2019 11:53 AM
kesian guard tu.. nak bekerja tp kena langgar pulak..
Quote Artemesiaa 6-8-2019 11:53 AM
Zaman sekarang ni yang menegur selalunya kena marah
Quote Simunggu 6-8-2019 12:02 PM
mereka semua tak faham & tidak mau faham masalah unik setiap manusia...bayangkan itu adalah emak, anak, makci anda...
Quote najib888 6-8-2019 12:13 PM
Masalah parking kereta kat hospital sampai bila2 tak selesai. Mana2 hospital; awam ka, swasta ka, memang always full house.
Bertimbang rasa lah. Setakat hang sorang ja nak pi, naik motor la. Lagi satu yg pelawat2 tu.. sorang saja masuk wad, tak payah lah pi ramai2, masing2 bawa satu keta.
Kadang2 tu patient masuk red zone or yellow zone, tak payah la ramai2 nak pi tunggu. Bukan boleh masuk tgk pun. Cukup la sorang dua waris.
Quote missDollie 6-8-2019 12:22 PM
noell replied at 6-8-2019 03:32 AM
aku dh kata private kan saja parking kt hospital neh

ramai yg parking tapi naik bas/van kilang pi ...

Memang babeee sis masa iols tau ramai pekerja kilang park situ masa iols p melawat sedara.. Gila pusing 10 kali susah nak jumpa parking last2 iols parking dekat kuarters hospital.. Lantak la..
Quote ikanmasin 6-8-2019 12:24 PM
patutnya bole jer bgt guard tu kan..guard pun dah bgt situ
tmtp teksi park..guard2 tu pun menjalankan kerja diaorg jg
kene lah fhm ..kalau apa2 jadi guard tu yg kene..cubalah bincang
elok2..
Quote sarah82 6-8-2019 12:39 PM
noell replied at 6-8-2019 11:32 AM
aku dh kata private kan saja parking kt hospital neh

ramai yg parking tapi naik bas/van kilang pi ...

Bukan depa parking kat sunway carnival? Aku dulu naik BEST juga pi kilang kat bayan.. Tapi aku jln kaki saja rumah dekat.. Biasanya depa parking kat sunway carnival.
Quote Kurex 6-8-2019 12:55 PM
Macam kawasan rumah aku ni, pekerja mall parking dekat rumah sebab free, nak parking dekat mall, kena bayar mahal. Nak keluar lunch pun bawak kereta & parking sini padahal jalan kaki dari mall ke temoat makan tu 5 minit je oiiii
Ni bukan cerita diulang2 macam sorang tu cakap
Quote chinta89 6-8-2019 12:56 PM
stress kebanyakan hospital dh kena bayar parking sb perangai hamjad sesetengah org yg nak parking free!

eh komen aku mcm xde kaitan thread.
Quote mizruncing 6-8-2019 12:58 PM
mslh parking kt hosp ni tak penah2 nk setel. klu kt shopping mall tak penah plak tgk org parking smpai kt luar. elok je ckup
Quote palmolive 6-8-2019 12:59 PM
muka ko akan di mark di pak guard la smpai bila2
Quote Buritan 6-8-2019 01:02 PM
Artemesiaa replied at 6-8-2019 11:53 AM
Zaman sekarang ni yang menegur selalunya kena marah

Sbb tuu tak payah tego.. bila kena ja blasah je terus
Quote noell 6-8-2019 01:40 PM
sarah82 replied at 6-8-2019 12:39 PM
Bukan depa parking kat sunway carnival? Aku dulu naik BEST juga pi kilang kat bayan.. Tapi aku jln ...

apakata sebelum subuh you pi wait & see sis...dulu jpj pun penuh gila la nih haaaaa aman2 saja

byk port la depa cari hak free ja sis


Quote noell 6-8-2019 01:42 PM
missDollie replied at 6-8-2019 12:22 PM
Memang babeee sis masa iols tau ramai pekerja kilang park situ masa iols p melawat sedara.. Gila p ...

I kalo sahabat masuk spital nih mmg kirim salam jer la pi melawat bila depa dh balik umah kecuali kalo dh nazak laaa

nak cari parking kang aku plak terlentang masuk wad kecemasan mintak nyawa

Quote dhiakandar 6-8-2019 01:44 PM
kt hospital ni tak boleh ke kalau buat parking berbayar? rasanya kalau berbayar ikut jam mungkin akan kurang skit masalah parking ni. Staff hospital dah ada parking sendiri. Yang mana pesakit park dua tiga malam tu rasanya bole tunjuk resit discharge untuk dapatkan parking free
Quote sarah82 6-8-2019 02:20 PM
noell replied at 6-8-2019 01:40 PM
apakata sebelum subuh you pi wait & see sis...dulu jpj pun penuh gila la nih haaaaa aman2 saja

...

Jenuh mcm tu..akibatnya makin sesak la seberang jaya dgn parking kereta

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.274323s Gzip On
To Top