Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Gula Juga Boleh Sebabkan Gout

6-8-2019 10:36 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 8

Bila bercakap tentang penyakit gout, kita selalu membuat andaian ia disebabkan tabiat pemakanan tidak terkawal seperti makanan laut, daging merah dan kekacang. 

Penyakit gout boleh menyebabkan pesakit mengalami bengkak pada bahagian kaki, panas, dan amat sakit hingga ada sesetengahnya tidak boleh berjalan. 

Malah, kalau sudah capai tahap kronik, kehidupan harian pun akan terganggu sampai boleh menyebabkan kecatatan sendi dan otot.  

Sesiapa yang pernah tengok orang sakit gout mesti tahu betapa sakitnya penyakit ni. 


Sakitnya gout
Foto: Google

Tetapi, tahukah anda gout juga boleh disebabkan gula berlebihan? 

Gula yang dimaksudkan adalah gula fruktosa atau bahasa mudahnya gula pasir putih yang memang kita telan setiap hari itu.  

Gula ini sifatnya manis dan memang disukai ramai lebih-lebih lagi orang Asia yang memang sukakan benda manis. 


Gula putih boleh sebabkan gout
Foto: Google

Menurut laporan The Diagnosa, pengambilan gula fruktosa dalam air bergas secara kerap boleh menyebabkan penyakit gout. Bukan sahaja air bergas, jus buah dalam kotak itu pun mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi dan boleh meningkatkan risiko penyakit gout. 


Benda manis boleh sebabkan gout!
Foto: Google

Antara contoh makanan lain yang tinggi kandungan gula sehingga boleh menyebabkan gout jika diambil berlebihan:

  • Minuman berkarbonat
  • Gula-gula
  • Yogurt yang di maniskan lagi
  • Roti
  • Buah dalam tin
  • Jus buah
  • Bijirin
  • Makanan ringan seperti biskut, chocholate dan sebagainya
  • Minuman tenaga
  • Aiskrim
Jadi, berpada-padalah makan ya. Jangan anggap gout terjadi sebab makan makanan laut atau daging merah sahaja! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 8
Komen

Previous : Mata Ketumbit Sebab Intai Orang Mandi?

Next       : Rupa-rupanya, Tempoyak Mempunyai Khasiatnya Tersendiri!

Komen Terbaru

Quote epuepy 10-10-2019 02:51 PM
thanks tt. pas ni dh kena start sorok stok gula dlm rumah. husband gout ~~

Lain-lain Komen

Quote capiloton 6-8-2019 12:41 PM
ada tambahan lagi - DAGING HAIWAN.
bukan setakat daging or seafood,
tapi SEMUA animal product, termasuk ayam dan ikan.

orang kena gout ni, kena tukar jadi semi-vegetarian.
animal product ni boleh makan seminggu sekali dua jer.

yang list kat atas tu, SEMUA processed food.
processed food ni kandungan gula tinggi, so kena kurang kan makan.

pesakit gout ni kena banyak kan makan RAW FOOD dan fresh.
ayam boleh makan sekali dua jer seminggu.
Quote diggerr 6-8-2019 03:52 PM
Ohhhh. Selama ni ingatkan gout hanya sebab badan tak boleh digestbamino acid jaaahh
Quote bbbebeh 7-8-2019 04:13 PM
Whutt???? i kenot brain....
Quote kualibesi 9-8-2019 03:33 PM
secara dasarnya, pesakit ni blh mkn rumput ja
Quote Farhaz 9-8-2019 04:11 PM
Kesiannya pesakit gout.. Byk makanan tak boleh makan.. Berisiko mengundang gout.. Dah la malaysia kite ni makanan macam2..
Quote ennai83 15-8-2019 09:24 AM
gula ni penyebab segala penyakit so kurang-kurangkan lah
Quote mimienaa 19-8-2019 04:40 PM
info yang sangat berguna . terima kasih Cuci Karpet
Quote epuepy 10-10-2019 02:51 PM
thanks tt. pas ni dh kena start sorok stok gula dlm rumah. husband gout ~~

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079380s Gzip On
To Top