Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

20 Tahun Jadi Mak Nyah, Akhirnya Lelaki Ini Dijemput Lakukan Ibadah Haji

5-8-2019 05:26 PM|Shimmer Shine| Komen: 24




Jika hidayah itu sampai, maka siapa sahaja yang tersentuh akan kembali pada jalan Allah SWT. Begitulah yang berlaku kepada Mohamed Bakri Abu Bakar, 57 yang  20 tahun bergelumang dengan kehidupan songsang sebagai mak nyah. Tidak pernah sekalipun terdetik untuk menjejakkan kaki ke Makkah kerana yakin yang naluri songsangnya akan melekat hingga ke akhir hayat.

Namun, lelaki ini mampu bangkit melawan naluri luar tabii itu selepas melalui pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang 11 tahun penghijrahannya. Akhirnya, dia dijemput sebagai jemaah Haji yang akan menunaikannya tahun ini. 


Kepada Harian Metro, Bakri menitipkan rasa kesyukuran kerana dengan izin Allah SWT hatinya terbuka kembali kepada fitrah sehingga membuka lembaran baru dalam hidupnya.

"Ini semua perancangan Allah saya bersyukur sangat. 
Selama ini, tak pernah terfikir untuk sampai ke sini, 
tapi saya rasa panggilan ini kerana Allah masih sayangkan saya."

Foto :HM

Ujarnya, ucapan terima kasih harus dikalungkan kepada pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang banyak membantu penghijrahannya selama ini. 

Dia terdiri daripada 483 kumpulan jemaah haji yang berlepas ke Jeddah menerusi penerbangan ke-53, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Penglibatan Masyarakat Kuliah Perubatan UIAM, cawangan Kuantan Pahang Prof Dr Samsul Draman yang mengetuai Projek Flagship Gender Dysphoria dalam membimbing Bakri dan golongan mak nyah kembali ke pangkal jalan.

Bakri berkata, dia tidak akan mensia-siakan peluang berkenaan sebaliknya tekad melakukan ibadat sebaik mungkin selepas sekian lama menanti dan membuat rayuan menunaikan haji.

Foto : HM


"Saya ingin memohon keampunan bersungguh-sungguh depan Kaabah dan Raudah 
supaya Allah ampuni dosa silam selepas banyak melakukan kemungkaran dan menzalimi diri sendiri. 
Saya juga ingin mohon supaya hati ini jangan dibolak-balikkan tetapi terus istiqamah.

Kepada mereka yang masih mencari hidayah, Bakri yang juga pengasas Persatuan Insaf Pahang menitipkan pesanan, teruskan perjuangan mencari jalan diredai Allah. Jangan berputus asa mencari dakwah Allah. Kalau boleh jangan mudah melatah dengan tohmahan masyarakat sekeliling biarkan saja mereka.

"Kita ini istimewa Allah pilih beri ujian dan Allah tidak salah pilih kita walaupun ada kekurangan 
tetap ada kelebihan lain jadi jangan terus persoalkan kenapa uji kita begini kerana ada hikmahnya."

Bakri juga mendoakan rakan-rakannya agar dipermudahkan mencari petunjuk Allah. Alhamdulillah, masih ada ruang mereka yang bergelumang dengan maksiat untuk kembali ke jalan Allah. Sebagai hamba Allah, kita wajar membimbing mereka untuk bertaubat dan sama-sama menuju syurga. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 24
Komen

Previous : Pelajar Lelaki Di Taiwan Kini Boleh Memakai Skirt Ke Sekolah?

Next       : Mak Nyah Pertama Jadi Model Victoria Secret

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 8-8-2019 06:48 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 7-8-2019 02:50 PM
cmf_shalom replied at 6-8-2019 07:08 PM
pun mcm kenal mamatr tu..

dharap kt luar cari dotcom kita bukan kenal..

Itulah dah berapa kali naik turun hajinya tapi sama juga!

Dan satu lagi orang dihutara tu ...bf dia engineer bangsa zerman tu guna SOP sama sahaja ..tak boleh ikut sama..pergi lah bawa anak coping coping harrods selfridge ka champs elysees ka vendom ka grand magasins ...
ka apa ka ..saya ada masalah tourist syndrome... padahal bf dah tunggu dalam bilik lain di otel yang sama!

Lain-lain Komen

Quote caprut 5-8-2019 05:41 PM
Da brkedut mne ada jntan sangap nk. Phuihh
Quote DARSITA 5-8-2019 05:41 PM
Syukur terimakasih pada Yang Esa kerana memberi hidayah dan peluang menunaikah Haji kpd seorang sahabat yang pernah ku kenali satu masa dulu.



Quote gummiebear 5-8-2019 06:35 PM
Alhamdulillah, permulaan tak penting, yang penting pengakhirannya. Semoga beroleh haji yang mabrur.
Quote Lengkong 5-8-2019 06:36 PM
DARSITA replied at 5-8-2019 05:41 PM
Syukur terimakasih pada Yang Esa kerana memberi hidayah dan peluang menunaikah Haji kpd seorang saha ...

Syukur Alhamdulillah..tumpang gembira





Quote glump 5-8-2019 06:40 PM
Usaha manusia sekeliling, dia pun tak sangka akan berubah dapat peluang buat haji.. Sesungguhnya hidayah itu terlalu besar nilainya
Quote aHoi83 5-8-2019 06:46 PM
Semoga mendapat haji yg mabrur
Quote Rob07 5-8-2019 10:21 PM
caprut: Da brkedut mne ada jntan sangap nk. Phuihh

Alaaaa.. jangan lah cakap macam tu.. dia dah dapat hidayah drpd Allah .. dosa pahala tu antara dia dgn Allah.. doa kan agar dia terus istiqamah.. bukan senang nak berubah tambahan pulak kalau dah bertahun2 bergelumang dgn dosa..
Quote Rob07 5-8-2019 10:22 PM
gummiebear: Alhamdulillah, permulaan tak penting, yang penting pengakhirannya. Semoga beroleh haji yang mabrur.

Betul! aku setuju..kita semua tak tahu mcm mana pengakhiran hidup kita nanti..
Quote belon 5-8-2019 11:08 PM
Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan
Quote Sham143 6-8-2019 03:43 AM
Alhamdulillah.. Bersyukur pd Allah..
Quote FOTHER-MUCKER 6-8-2019 04:40 AM
Di kl tu saya kenal 4-5 orang dah pergi haji malah ada yang dah pergi beberapa kali tapi tak boleh berubah juga. Tapi mereka tu bukan mak nyah.  Salah seorang bekas duta besar ke salah sebuah negara di eropah.
Quote RatuDunia94 6-8-2019 02:04 PM
Tajuk mastika?
Quote mbhcsf 6-8-2019 05:30 PM
bless him, semoga beroleh  haji mabrur.
Quote dockers 6-8-2019 06:08 PM
FOTHER-MUCKER replied at 6-8-2019 04:40 AM
Di kl tu saya kenal 4-5 orang dah pergi haji malah ada yang dah pergi beberapa kali tapi tak boleh b ...

Macam kenal je sapa hehehe
Quote bebayang 7-8-2019 11:03 AM
alhamdulillah.. muga yang baik-baik juga di pengakhiran nanti.. Amiin
Quote kaklong32 7-8-2019 11:04 AM
semoga dapat haji yg mabrur
Quote cmf_shalom 7-8-2019 11:08 AM
Edited by cmf_shalom at 7-8-2019 11:10 AM
FOTHER-MUCKER replied at 6-8-2019 04:40 AM
Di kl tu saya kenal 4-5 orang dah pergi haji malah ada yang dah pergi beberapa kali tapi tak boleh b ...

pun mcm kenal mamatr tu..

dharap kt luar cari dotcom kita bukan kenal..
Quote bbbebeh 7-8-2019 04:18 PM
Semoga dipermudahkan urusan di sana dan peroleh Haji yang mabrur..
Quote miminn 7-8-2019 04:37 PM
Alhamdulillah. semoga dipermudahkan segala urusan.

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079425s Gzip On
To Top