Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Keluarga Tak Ada Kena-Mengena, Jenama Baru Neelofa Uruskan Sendiri

2-8-2019 04:34 PM|Oleh: Saiful| Komen: 174

Dah berjaya dengan Naelofar, Neelofa melangkah setapak lagi dalam bidang perniagaan dengan memperkenalkan Lofa Brand.

Katanya jenama ini bakal menawarkan rangkaian produk seperti baju, sarung telefon pintar, topi, botol air dan banyak lagi.

Foto: IG
"Ia bukan jenama fesyen yang hanya memberikan fokus terhadap baju dan seluar sahaja kerana Lofa Brand akan menjual pelbagai produk.

"Alhamdulillah, ini merupakan salah satu 'baby' terbaru saya. Selepas sukses dengan Naelofar, saya mahu mencuba untuk mengeluarkan produk sendiri.



"Naelofar merupakan perniagaan yang melibatkan keluarga tetapi Lofa Brand pula berbeza. Ia tak ada kena mengena dengan keluarga dan saya menguruskannya sendiri bersama rakan kongsi.

"Saya mahu mencabar kebolehan diri untuk mencuba perkara baru dan Lofa Brand merupakan salah satu tugas yang perlu saya laksanakan," katanya kepada Astro Gempak.

Menurut pelakon dan pengacara ini juga ia akan berpangkalan di UK dan akan mementingkan kualiti serta menerapkan mesej dalam semua produk.


"Setakat ini, Lofa Brand muncul dengan koleksi signature dan koleksi 'Human'. Menariknya, semua barangan Lofa Brand dihasilkan di UK dan saya sangat teliti mengenai pembikinannya.

"Saya memang sudah lama menyimpan hasrat untuk keluar dengan produk sendiri tetapi ia tertangguh kerana prosesnya memakan masa yang agak lama.



"Saya sendiri turun padang bermula dari bawah untuk memastikan produk Lofa Brand benar-benar memuaskan hati.

"Saya juga akan memastikan ada mesej yang diterapkan dalam setiap koleksi. Seperti contoh, koleksi 'Human' menerapkan mesej berkenaan tragedi serangan di Masjid Christchurch, New Zealand yang berlaku pada Mac lalu."

Nampaknya kepak Neelofa semakin kembang dan terbang jauh! Syabas. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
2
Komen: 174
Komen

Previous : Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Next       : "Sesiapa Yang Menanti Gambar Tu, Enjoy!"- Faizal Tahir Mengaku Gambar 'Bebirdnya' ?

Komen Terbaru

Quote gigahertz 10-8-2019 11:22 PM
kimbora replied at 4-8-2019 04:37 AM
Aku purcaya tak lama lagi bersepah jual hoodie lofa ni kat uptown. Selai rm10. Haa berebut bani2 lop ...

bukan susah pun nak buat. Pun Hoodie tu bukan Lofa buat sendiri. just tag nama kat situ.

Lain-lain Komen

Quote cupu 2-8-2019 04:46 PM
Yela tu...aku bc lofa turun padang rs mcm xpercaya je...knowing perangai dia yg jns xde buat homework pun..duit ada,nama ada buat la biz apa pun...
Quote LadyCarefree 2-8-2019 04:48 PM
Homai ade ke yng nk pkai nama dia besar mcam tu?
Quote cikgojesss 2-8-2019 04:50 PM
baju menda heshe pakai besar gedabak tu? nampak busuk
Quote tulanglampai 2-8-2019 04:52 PM
okylah ni... mybe nmpak jualan tudung jatuh sedikit, so die nmpak peluang lain. okylah tu berani mencuba.
Quote rotijohanz 2-8-2019 04:57 PM
yela tu lopa.bagus ler pikir ke hadapan.xkn nk hadap bisnes tudung je manjang.mklum lah kan byk psaingan,dlu bisnes tdg uols meletop letop now sendurina sikit la.sbb tu siap tukar brand dr neelofar hijab ke nealofar jer.ah gitu.now uols kluarkn lopa brand pulek.mak uols pn gigih dh promote young glow merata tv.so phm phm jela nk blakon pn xde bakat.bisnes jela
Quote newyork 2-8-2019 04:57 PM
Kalau dah otak business
Quote RatuDunia94 2-8-2019 05:00 PM
Sheols masuk industri hiburan utk create brand bisnes sendiri.. sejnis TIBAIUNTA
Quote de_ikea 2-8-2019 05:02 PM
Merchandise gittew pun org nak beli ke? Lofaland ajek lah kot ygsupport
Quote lasagna 2-8-2019 05:14 PM
well.. we see how.. kita tgu jer.
aku dpt rse brand smp tempah jauh2 ni, mesti mahal.
Quote Asdan 2-8-2019 05:18 PM

bertuah, nama sendiri jadi jenama, sebab itu jika ada anak, pilih nama unik, ada nilai komersial
Quote SherryZass 2-8-2019 05:20 PM
Sheolls pakai short skirt ngan boots ke?
Apa2pon semoga berjaya laa bisnes nyehhh
Quote ogata 2-8-2019 05:21 PM
lofa pernah ada business kasut kan?
Quote aechae 2-8-2019 05:23 PM
Ada jual alat tulis x mcm Itik tu?stapler harga yahudi
Quote fushimi 2-8-2019 05:23 PM
walau duit ko banyak jah

tapi pesen mu tetap hauk

baju coklat tu ko dah cam almari jah
Quote ira_229 2-8-2019 05:32 PM
heran dgn penyebah dia..diaorang tak rasa ke taste lofa ni very the buroookkk...
kasi peree pon i tak sudi nk pakai...
Quote matchstick 2-8-2019 05:33 PM
Hmmmm terlalu awal utk mengata.. Tp rasa nk mengata{:smile ada ke org nk pakai baju ala sweater dgn LOFA besar gedabak gitu. Mgkn lady sherot n the gang je lah kot. Lelaki lg lah x kot.

Sblm bisnes tudung tu sheols ada meniaga kasut, contact lense, supplement utk kulit pun ada kan. Tp x meletop mcm bisnes tudung tu. Tgk brand LOFA ni pun mcm x bpa memberangsangkan. Kalau x laku lps ni sheols should stick to family business aje lah.
Quote matchstick 2-8-2019 05:36 PM
Sheols sendiri pakai baju designer label pastu harapkan peminat pakai baju dgn nama sheols sebesar alam kt dada.
Quote seller6183 2-8-2019 05:53 PM
besar sangat nama brand tu. nak tiru ni kott.
Quote Fazzbulous 2-8-2019 05:53 PM
aechae replied at 2-8-2019 05:23 PM
Ada jual alat tulis x mcm Itik tu?stapler harga yahudi

Kikikikiki..xleh ingt la stapler duck..kwn i snggup tau bli..i tnjuk dia brg dkt alibaba...nk sdapkn ati,dia ckp 'it's all about brand'

Lihat semua komen(174)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.148528s Gzip On
To Top