Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Kasi Sengat" Dipenjara Setahun

1-8-2019 11:57 AM|Oleh: top5complete| Komen: 14

Bintang filem KL Gangster, Sofi Jikan yang terkenal dengan tagline 'kasi sengat' bakal menjalani hukuman penjara 12 bulan di atas kesalahan menggunakan ganja tahun lalu. 


Foto: NST

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir membuat keputusan itu terhadap Mohamad Shoffi Jikan, 49, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi. Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan. Sofi juga diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun," katanya seperti dipetik dari Berita Harian.

Sofi didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam pada 6 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, pelakon berkenaan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Previous : Zizi Kirana Mahu Kahwin Lelaki Kelakar, Tidak Kira Tua Muda

Next       : "Budaknya Baik, Rapat Dengan Lelaki Bukan Semburit!" - Namron Tampil Bela Syafie Naswip

Komen Terbaru

Quote Jorja 3-8-2019 04:38 PM
Dia ni klu blakon nangis real

Lain-lain Komen

Quote Kurex 1-8-2019 12:09 PM
Takdelah nampak dia lagi dekat masjid ni. Tapi doa selalu datang solah jumaat. Nampak la muka dia macam kena dadah
Quote Kurex 1-8-2019 12:35 PM
Suka tengok muka abg polis yg senyum tu.. Arghhhhh
Quote ketambangkang 1-8-2019 12:49 PM
sayangnye..ko berlakon bagus bro
Quote matchstick 1-8-2019 12:58 PM
X minta tangguh mcm tok pared ka
Quote -Suri- 1-8-2019 02:52 PM
Kurex: Suka tengok muka abg polis yg senyum tu.. Arghhhhh


Ko tak rasa nak peluk ke?
Quote azman124 1-8-2019 05:02 PM
Ini baru btul "kasi sengat".
Quote imransulaiman 1-8-2019 05:11 PM
Kenapa masih nak tutup muka..? Orang dah kenal pun... {:thief
Quote giyomi 1-8-2019 05:55 PM
Kurex replied at 1-8-2019 12:09 PM
Takdelah nampak dia lagi dekat masjid ni. Tapi doa selalu datang solah jumaat. Nampak la muka dia ma ...

time jumpa tu tak msk jarum kew, kot2 dpt sengat bila baring atas ribanya
Quote Kurex 1-8-2019 07:06 PM
giyomi replied at 1-8-2019 05:55 PM
time jumpa tu tak msk jarum kew, kot2 dpt sengat bila baring atas ribanya

Nabil ahmad pun selalu solah dekat masjid sama.. Badan makin sedap..
Tak teringin aku dgn sopi jikan sekalipun ada org bagitau, org kurus senjata dia besar
Quote Pink_Purple 1-8-2019 09:12 PM
bakat besar, sayang terlibat dengan benda larangan..
Quote rhea85 1-8-2019 09:54 PM
Bila bakat hebat, tp jadi musnah kareer dgn dadah ni
Quote arm_band 2-8-2019 10:25 AM
salamatttt
Quote Xim 2-8-2019 12:34 PM
tgk gaya pn mcm blh detect je . x leh byg la . dah la nk lunch ni . huhu
Quote Jorja 3-8-2019 04:38 PM
Dia ni klu blakon nangis real

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.122486s Gzip On
To Top