Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Eiffel Tower Membosankan? Jom Lawat 'Hantu Eropah' Di Kubur Besar Bawah Tanah Paris Ini

1-8-2019 10:48 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 8

Sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Paris, selalunya akan merasa sedikit kecewa. Sebabnya, kota cinta itu tidaklah sehebat mana, malah ada kawasan lebih teruk daripada Kuala Lumpur. 

Lebih kecewa, menara Eiffel itu juga tidaklah gempak sangat. Seronok lagi pergi KLCC. 


Bosan, seronok lagi KLCC
Foto: Google

Tetapi, kalau anda mahu mencabar diri di kota Paris, apa kata melawat kubur bawah tanah atau dalam Bahasa Perancisnya, Les Catacombes de Paris. 


Cantik je dia susun. Foto: Google

Kawasan ini sebenarnya perkuburan besar bawah tanah yang mula dibina sejak 1809. Tetapi, sekarang tidak digunakan lagi untuk perkuburan dan hanya menjadi kawasan pelancongan. 


Seram tak?
Foto: Google

Kisahnya, ketika itu Paris dilanda wabak penyakit teruk yang berpunca dari tanah perkuburan biasa. Jadi, pihak berkuasa membuat keputusan untuk memindahkan semua kubur termasuk rangka, mayat dan keranda ke bawah tanah. 

Pemindahan pertama berlaku pada 1785 melibatkan tanah perkuburan terbesar di Paris, The Holy Innocents' Cemetery atau Saints-Innocents de Paris. Sejak itu, semua tanah perkuburan di Paris dipindahkan ke sini. 


Boleh lepak borak-borak ditemani tengkorak
Foto: Google

Ia mula dibuka kepada orang ramai pada 1809. Dahulu kena buat temujanji, tapi sekarang boleh masuk bila-bila masa, bergantung kepada jadual lawatan pemandu pelancong mereka. 

Dianggarkan enam juta orang dikebumikan di kawasan sepanjang 320 kilometer itu dan sampai sekarang, peta tepat mengenainya masih tiada. 


Berani tidur?
Foto: Google

Hanya kawasan tertentu dibuka kepada pelancong dan kawasan yang dibenarkan untuk dilawat ini terletak 20 meter di bawah tanah.

Kawasan sepanjang 1.5 km dan seluas 11,000 meter persegi itu mempunyai 234 anak tangga dan kebiasaannya, lawatan mengambil masa lebih kurang sejam setengah. 

Difahamkan, harga tiket untuk orang dewasa adalah 29 Euro (RM133) dan kanak-kanak 5 Euro (RM22). Lawatan termasuklah pemandu pelancong dan penerangan kisah kubur besar ini. 

Jadi, kalau berpeluang ke Paris bolehlah cuba masuk kawasan perkuburan bersejarah Eropah ini! 

Ada berani? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Previous : Tengok Kapal Karam Tanpa Perlu Menyelam? Ini 10 Pilihan Untuk Anda

Next       : Kisah Menyeramkan Di Sebalik Pantai Hanakapiai, Hawaii Yang Menawan

Komen Terbaru

Quote puanbintang 15-8-2019 03:11 PM
memang takla....i mg spesis penakut..mau terbayang - bayang siang malam nih..

Lain-lain Komen

Quote -Suri- 1-8-2019 02:55 PM
Takpelah, sis tgk gamba je {:full
Quote cikatilia 1-8-2019 03:07 PM
mak aii menarik
aku suka tgk pasal tmpt ni
1st tau masa scariest places on earth

ada org sesat wei xkeluar2
kesian dia
Quote Artemesiaa 1-8-2019 03:58 PM
Belum ada keberanian nak melawat tempat tu
Quote Intanterpilih09 1-8-2019 05:28 PM
Memang x masuk la.serammmm
Quote teddykuning86 2-8-2019 04:06 PM
Uish serammm...
Quote greek12 3-8-2019 01:35 PM
I have read your excellent post. This is a great job. I have enjoyed reading your post first time.
http://takesurvey.onl/
Quote puanbintang 15-8-2019 03:10 PM
memang takla...spesis penakut i ni.....mau terbayang - bayang je nih
Quote puanbintang 15-8-2019 03:11 PM
memang takla....i mg spesis penakut..mau terbayang - bayang siang malam nih..

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.101227s Gzip On
To Top