Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Tiga Penumpang Rusia Didakwa Rampas Pesawat MH370, Teori Baharu Pengkaji Penerbangan

Oleh: Tukang Tulis|2-8-2019 11:32 AM Komen: 30
Benarkah pesawat MH370 dirampas sebelum hilang? (gambar hiasan) Kredit foto: Daily Express

Pengkaji penerbangan, Jeff Wise muncul lagi dengan teori baharu berhubung misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang berlaku lebih lima tahun lalu.

Dalam buku terbaharunya yang bertajuk The Taking of MH370, beliau mendakwa pesawat itu kehilangan tekanan udara selepas dirampas oleh tiga penumpang yang dipercayai dari Rusia.

Memetik laporan Daily Star pada 27 Julai, Wise percaya, rancangan itu dilaksanakan bagi mengalih perhatian media massa daripada isu pendudukan Rusia di Crimea pada Februari hingga Mac 2014.

Jeff Wise. Kredit foto: Wikipedia

Beliau mendakwa, tiga perampas itu menggunakan topeng oksigen yang digunakan oleh penyelam bagi membolehkan mereka bernafas.

Dalam bab berjudul A Speculative Scenario, Wise yang juga pengulas CNN menulis, suasana di dalam kabin menjadi hingar-bingar dengan jeritan penumpang apabila tekanan udara jatuh mendadak dan bunyi itu dapat didengar oleh juruterbang dan pembantunya di dalam kokpit.

"Kapten dan pembantunya mencapai topeng oksigen mereka tetapi udara tidak mengalir. Apakah yang berlaku?

"Tiada apa yang berfungsi. Pembantu juruterbang mendail frekuensi kecemasan, 121.5. Tiada apa-apa.

"Dia mendail frekuensi Radio (Kuala) Lumpur. Tiada apa-apa. Telefon satelit tidak berfungsi juga. Kesemuanya. Mereka telah terputus hubungan," tulis Wise.

Juruterbang pesawat MH370, Zaharie Ahmad Shah. Kredit foto: Daily Star

Apabila udara semakin berkurangan di dalam kokpit, juruterbang, Zaharie Ahmad Shah dikatakan cuba pergi ke ruang elektronik dan peralatan kerana mungkin ada masalah di situ.

"Dua lelaki yang memakai topeng oksiden menghalang laluan. Dia rebah dan tidak sedar diri," dakwa Wise yang mengkaji insiden kehilangan pesawat jenis Boeing 777-200 itu sejak ia hilang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Beliau yakin pesawat itu dirampas ekoran Unit Data Satelit (SDU) yang dibut semula pada pukul 6.25 petang dan seterusnya membawa kepada beberapa pengesahan log masuk rangkaian atau 'handshake' dengan satelit Inmarsat.

Apa yang sebenarnya berlaku terhadap pesawat MH370 masih menjadi misteri (gambar hiasan). Kredit foto: Airline Ratings

Situasi itu menyebabkan para penyiasat mempercayai pesawat MH370 berada di Lautan Hindi di perairan barat Australia.

"Kesimpulannya, apa yang menyebabkan tragedi MH370 dilakukan oleh mereka yang sangat berkebolehan dalam melenyapkan sebuah pesawat dan mereka berjaya - ini adalah benar walaupun teori saya salah," kata Wise kepada Daily Star.

Walaupun teori Wise itu nampak meyakinkan, tiada bukti yang konkrit untuk menyokong dakwaan beliau kononnya rampasan pesawat MH370 benar-benar berlaku. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 6-10-2019 09:59 PM
Ada teori baru lagi tak?

Lain-lain Komen

Quote Boomibulat 2-8-2019 11:56 AM
Bila david teo nak filemkan citer ni..
Quote batmana 2-8-2019 12:11 PM
sapa nk belakon jadi kapten?
zul arifin? abisla kene botak kepalanya..
Quote Ina8895 2-8-2019 12:58 PM
I rasa orang yg buat teori ni agent CIA. Saja nak provoke russia
Quote cahaya_almas 2-8-2019 01:03 PM
Kenapa nak rampas tu je nak tau..kalau betul lah teori nie...
Quote matbad 2-8-2019 01:38 PM
Ina8895: I rasa orang yg buat teori ni agent CIA. Saja nak provoke russia

Aku pn rasa mcm tu jgk..sbb US mmg dengki dgn Russia kes Russia persaingan bab planet2 ni.masa kes MH17 tu tdk Obama tak terus la speku kata rakyat Russia yg tembak MH17 tu..syiall cangat
Quote hussaini4675 2-8-2019 02:06 PM
cahaya_almas: Kenapa nak rampas tu je nak tau..kalau betul lah teori nie...


Kena beli buku jeff wise tu kot
Quote moonbug 2-8-2019 02:11 PM
Tapi kenapa? Semata-mata nak divert attention dari isu Crimea?
Quote qistiena 2-8-2019 02:25 PM
tapi kenapa target kapal terbang Malaysia...
sedangkan banyak lg airline dan negara lain bole ditarget...
Quote yuki812 2-8-2019 02:35 PM
hussaini4675 replied at 2-8-2019 02:06 PM
Kena beli buku jeff wise tu kot

lepas ni ramai kaya kuarkan buku..dgn bermodalkan teori yg ntah pape...


Quote harizs 2-8-2019 02:39 PM
Aikkk?  Sebelum pru kata najib yg sorok mh370
Quote armin 2-8-2019 03:58 PM
Kenapa asyik kaitkan russia lately
Quote Miss.H 2-8-2019 08:19 PM
Harap-harap satu hari nanti terbongkar. Nak tau juga apa kesudahan cerita ni
Quote runuha 2-8-2019 08:54 PM
kenape mh370 masih tak habis habis lagi ye dari budak bayi lepas lahir sampai dah besar masuk tadika ni pun masih belum ditemui lagi, nampak sangat maleysie urus kapal terbang satu pun tak pandai  ye @pyropura
Quote zainmahmud 2-8-2019 09:31 PM
teorist konspirashit kartun. boleh bagitau mcmana  3 makhluk rekaan dlm kartunini bawak masuk scuba diving set dlm kapal? apa punya pereka kedustaan yg sanggup berkata ini adalah benar walaupon teorinya salah... dah salah, apa benarnya yg kau nak tegakkan? harap buat kartun yg lebih menghiburkan, bukan utk chong orang.
Quote LadyCarefree 2-8-2019 09:50 PM
armin replied at 2-8-2019 03:58 PM
Kenapa asyik kaitkan russia lately

Kuintupis ada watak x?
Quote armin 2-8-2019 09:58 PM
LadyCarefree replied at 2-8-2019 09:50 PM
Kuintupis ada watak x?

Ada yg syak sheols spy sbb kahwin ketua negara masa tu.. time tu xgong kan
Quote natrahn 2-8-2019 10:00 PM
Ina8895: I rasa orang yg buat teori ni agent CIA. Saja nak provoke russia

setuju... ni amerika punya kerja...
Quote tuttt 3-8-2019 01:35 AM
Apa punya teori laaa
Quote kelana36 3-8-2019 07:29 AM
zainmahmud replied at 2-8-2019 05:31 PM
teorist konspirashit kartun. boleh bagitau mcmana  3 makhluk rekaan dlm kartunini bawak masuk scuba  ...

Kalau nak buat buku pun , tanya lah sikit pasal teknikal kan...  

Dalam kabin tu ada berbelas portable oxygen bottles kot.. boleh guna anytime. Tak perlu susah susah bawak scuba diving punya bottle, nak lepas masuk satu hal.

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.335315s Gzip On
To Top