Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Tengok Kapal Karam Tanpa Perlu Menyelam? Ini 10 Pilihan Untuk Anda

1-8-2019 12:21 PM|Oleh: nameera| Komen: 14

Klasik dan penuh sejarah, itulah yang dapat digambarkan jika melihat sebuah kapal yang ditinggalkan. Meskipun sudah beratus-ratus tahun, tetapi masih berdiri gah seolah-olah tidak termakan oleh zaman. 


Walaupun kedengarannya mengerikan, kapal karam  memberi perspektif baru sebagai tempat pelancongan. Kisah-kisah sejarah yang digabungkan dengan kapal-kapal yang sudah termakan karat menambah keseronokan dalam berimaginasi peristiwa yang berlaku.

Jika anda ingin menikmatinya, cubalah untuk melawat kapal karam ini. Tidak perlu susah-suah menyelam, 10 kapal terbengkalai ini boleh dinikmati di darat sahaja.

1. MV Panagiotis, Zakynthos, Greece
Kredit Foto: hiveminer.com
Kapal Panagiotis adalah kapal yang karam di pantai Zakynthos, Kepulauan Ionia Selatan. Kapal yang berlayar pada tahun 1980 telah ditinggalkan oleh pemiliknya kerana ketika itu badai sedang melanda. Di Greece, pelancongan melihat kapal karam ini diberi nama Navagio, yang bererti bangkai kapal.

Kredit Foto: google


2. Sarah, Sandy Ground, Anguilla
Kredit Foto:Google
Telah menjadi objek foto Instagram untuk pengunjung, ternyata kapal ini telah mengalami badai yang cukup teruk. Pada tahun 1984, kapal Sarah tenggelam kerana taufan Klaus berhampiran Sandy Ground. Kapal dengan panjang 232 kaki ini,  akhirnya ditarik ke daratan selepas 6 bulan kejadian.

Kredit Foto: Explorer Venture

3. Eduard Bohlen, Namibia
Kredit Foto:Google
Eduard Bohlen adalah kapal terbengkalai yang cukup terkenal dan letaknya Namimbia. Kapal ini menjadi percakapan kerana kedudukannya terbawa di tengah padang pasir. Eduard Bohlen terkandas pada tahun 1909 di pulai Skeleton,  yang dikenali sebagai kubur rangka kapal berkarat.

Kredit Foto: Artificial Owl

4. M.V. Dimitrios, Peloponnese, Greece
Kredit Foto: Ancient Dan
M.V. Dimitrios karam pada tarikh 23 Disember 1981. Kapal ini merupakan kapal kargo yang kononnya merupakan kapal yang digunakan untuk menyeludup rokok lalu sengaja dibakar untuk menyembunyikan bukti. Ia adalah salah satu kapal yang mudah diakses dari pantai pasir di Valtaki, Peloponnese Greece.

Kredit Foto: Google

5. Aral Sea, Kazakhstan dan Uzbekistan
Kredit Foto: Google
Dulu laut Aral di Kazakhstan dan Uzbekistan merupakan tempat kapal-kapal berlabuh atau bersandar. Namun sejak 1960-an, Soviet membuat projek pengairan besar-besaran dengan membina 45 empangan untuk mengalihkan sungai kembar "Mesopotamia kecil" di Asia Tengah ke daerah yang disebut sebagai "virgin lands". Akhirnya laut daratan terbesar keempat di dunia ini mengering dan hanya tinggal sisa kapal-kapal yang bertenggek di atas padang pasir.
Kredit Foto: Google

6. SS Maheno, Fraser Island, Australia
Kredit Foto: Google
SS Maheno adalah kapal wap yang mempunyai berat 5000 tan dan digunakan sebagai kapal rumah sakit pada perang dunia I. Kapal ini sebenarnya sudah dijual kepada Jepun tetapi tidak pernah sampai kerana ribut taufan. Akhinya kapal ini hanyut kira-kira 75 batu di pulau Fraser, lepas pantai Queensland selatan.
Kredit Foto: Google

7. Bessie White, Fire Island, New York
Kredit Foto:Google
Pada tahun 1922, Bessie White tenggelam berhampiran Smith Point. Kapal dengan skuner atau perahu layar yang mempunyai ketinggian 200 kaki ditinggalkan oleh kru. Tetapi beberapa hari kemudian kapal itu bergerak ke arah Nova Scotia dan pecah. Kemudian Taufan Sandy menghanyutkan rangka kapal ini ke pantai pada bulan Oktober 2012.

8. Homebush Bay, Australia
Kredit Foto: Google
Homebush Bay, Australia telah menjadi rumah kepada kapal-kapal yang telah ditinggalkan sejak 1960-an. Walaupun tersembunyi oleh tumbuh-tumbuhan yang telah menumbuh di badan kapal, tempat ini tetap menjadi destinasi pelancongan unik untuk kapal bersejarah. Paling tidak ada dua kapal karam yang boleh dikunjungi jika laut surut.
Kredit Foto: Google

9. Vila Nova De Milfontes, Portugal
Vila Nova de Milfontes adalah sebuah desa yang indah yang terletak di barat daya Portugal. Di sebuah kampung dengan pemandangan yang menakjubkan ini ternyata mempunyai kapal lama yang sudah berkarat. Hingga ke hari ini, kapal ini masih menjadi misteri  tentang asal usul dan pemiliknya.

Kredit Foto: AFar

10. 7 Point Reyes, California, Amerika
Kredit Foto : Google
SS Point Reyes berada atas timbunan pasir di Inverness terdekat sebagai tanda telah banyak kapal tenggelam di daerah ini. Lebih kurang 50 kapal hilang dan ini menjadi pencetus dalam pembangunan US Lighthouse Service atau rumah api pada tahun 1870.

Kredit Foto:Google

10 kapal lama ini telah menjadi tumpuan pelancong.  Sambil berekreasi sambil menceritakan sejarah kapal-kapal ini, nampak menarik  juga, iya?. 
Jika diberi pilihan, kapal mana yang anda ingin pergi melihatnya? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Previous : Penting! 11 Perkataan Ini Harus Diterjemahkan Sebelum Ke Luar Negara

Next       : Banyak Duit Sampai Tak Tahu Nak Buat Apa? Boleh Cuba Trip Kereta Api Mewah Ini!

Komen Terbaru

Quote iznanaziz 15-8-2019 03:44 PM
raxief replied at 4-8-2019 09:33 AM
kat area pengerang, ada satu.. tapi bukan kapal besar la..

yg kat Melaka ada tak?

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 1-8-2019 12:24 PM
Menarik untuk dilawati
Quote Boomibulat 1-8-2019 12:42 PM
Teringat karpal karam singh walia..
Quote burque 1-8-2019 01:03 PM
Apalah seronoknya menikmati kapal karam di darat
Takde coral,  takde ikan
Quote msdummy.2018 1-8-2019 04:10 PM
cantik.....
Quote Lalalili66778 1-8-2019 09:50 PM
Bestnya kalau dapat peegi tapi bajet pula x ada!{:love
Quote RatuDunia94 2-8-2019 01:06 PM
Yg 1st tu ada dlm cite korea descendant of the sun.
Quote ain.nadhirah017 3-8-2019 02:23 AM
Teringat cerita dots heheheh
Quote raxief 4-8-2019 09:33 AM
kat area pengerang, ada satu.. tapi bukan kapal besar la..
Quote berakit2kehulu 4-8-2019 01:06 PM
Semua jauh2 ni {:question
Quote Foxey 4-8-2019 11:09 PM
Tak baper minat nak tengok kapal karam sebab macam eerie je
Quote thelittlestar 9-8-2019 10:36 AM
tengok warna laut je ni hee
Quote bungalavender19 11-8-2019 07:30 PM
Cantik....
Quote puanbintang 15-8-2019 03:06 PM
menariknya dapat tengok atas darat, tapi alaaaa....jauh..
Quote iznanaziz 15-8-2019 03:44 PM
raxief replied at 4-8-2019 09:33 AM
kat area pengerang, ada satu.. tapi bukan kapal besar la..

yg kat Melaka ada tak?

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.080524s Gzip On
To Top