Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Jul
22

Wajah Sentiasa Glowing Dengan Pixy Make It Glow Baharu, Hanya Di Watsons!

22-7-2019 06:02 PM|Kandungan Tajaan| Komen: 22

Bedak PIXY sering menjadi pilihan gadis terutama dari kalangan remaja kerana sesuai dengan semua jenis kulit wanita di Asia selain harganya yang mampu milik.

PIXY kini tampil dengan keluaran terbarunya iaitu Make It Glow Series yang hadir dalam tiga jenis bedak asas; Make It Glow Dewy Cushion, Make It Glow Silky Powdery Cake dan Make It Glow Beauty Skin Primer.



Koleksi baharu PIXY Make It Glow Series menampilkan imej baharu yang menonjolkan ciri feminin, mudah, bergaya dan moden.

Kesemua produk baharu ini mengandungi Minyak Zaitun, Jojoba dan ekstrak Yuzu yang melembap dan membuat kulit berseri di samping memberi kesan glowing semula jadi tanpa kesan berminyak.

Menggunakan Teknologi Pantulan Cahaya, Make It Glow baharu memberi kesan glowing apabila cahaya melantun dari kulit.



Teknologi Smooth Polished Powder juga membuat formula menyatu dengan baik pada kulit dan menjadikan mekap tahan lama sehingga 10 jam.

Kesemua produk ini Mengandungi SPF 23 hingga 35 & PA ++ hingga PA +++ sebagai pelindungan optimal terhadap sinar UVB dan UVA.

"Melihat trend masa kini termasuk lelaki yang berlumba-lumba mahu wajah mereka kelihatan 'glowy', 'dewy' atau 'glossy', maka Watsons yang sering mengutamakan kehendak pelanggan menawarkan produk kecantikan terkini daripada PIXY, jenama kosmetik yang dihasilkan Mandom Malaysia yang juga sebahagian daripada pengilang dan pengedar produk kecantikan Jepun.

"Produk keluaran dari Jepun ini tidak diragui lagi akan membawa sensasi baru dalam dunia kecantikan," kata Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh.

Sementara itu, Presiden Mandom Malaysia, Dexter Lee berkata, PIXY direka khas menggunakan teknologi Jepun dengan formula yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat serta serasi untuk kulit wanita Asia.

"Seperti diketahui umum, Watsons dinobatkan sebagai Farmasi Nombor 1 di Asia dan kami percaya serta hargai sokongan Watsons bagi jenama itu.

"Sehingga hari ini, produk PIXY boleh didapati di 500 kedai Watsons di seluruh dunia selain melalui dalam talian," Kata Dexter Lee.


Caryn Loh (tiga dari kiri) dan Dexter Lee (tengah)


Koleksi Make It Glow terdiri daripada:


Make It Glow Dewy Cushion (15g) meratakan tona dan menutup kekurangan pada wajah, sekali gus memberi efek glowy semula jadi sehingga 10 jam tanpa rasa berminyak.

Anda boleh dapatkan Make It Glow Dewy Cushion dalam beberapa rona antaranya, 101 Light Beige, 201 Neutral Beige dan 301 Medium Beige pada harga RM54.90.


Make It Glow Silky Powdery Cake (10g) boleh didapati pada harga RM34.90 dengan pek refill RM24.90.

Direka dengan teknologi Smooth Polished Powder, bedak ini akan menyatu dengan baik pada kulit untuk membuat wajah kelihatan berseri dan glowing secara semula jadi sehingga 10 jam.

Produk ini sesuai untuk mereka yang mencari bedak ringan yang mudah digunakan setiap hari.

Anda juga boleh mendapatkan bedak ini dalam beberapa rona termasuk 101 Light Beige, 201 Neutral Beige, 301 Medium Beige dan 401 Sandy Beige.




Make It Glow Beauty Skin Primer (25ml) sesuai bagi anda yang mahukan mekap asas tahan lama.

Primer ini sangat berkesan bagi meratakan tona wajah dan menutupi bintik hitam mahupun tanda-tanda penuaan. 

Make It Glow Beauty Skin Primer boleh digunakan dengan Make It Glow Dewy Cushion atau the Make It Glow Silky Powdery Cake untuk kulit sempurna dan sihat. Anda boleh dapatkan primer ini pada harga RM28.90.

Tunggu apa lagi? Cepat kunjungi Watsons terdekat! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 22
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Cpkay 13-8-2019 10:29 AM
hyie replied at 23-7-2019 01:08 AM
masa zaman bbnu dulu pernah lah pakai kejap  sekarang air wudhu' je tiberrrrrr

teringat pulak pada kak Nita ayat air wudhuuuuu tu

Lain-lain Komen

Quote salmon-suki 22-7-2019 06:43 PM
Best ke ek pixy ni?aiolzs lama tak apply any face powder..takut nak pakai apa2..{:dot
Quote CiliPadiSedap 22-7-2019 07:45 PM
salmon-suki replied at 22-7-2019 06:43 PM
Best ke ek pixy ni?aiolzs lama tak apply any face powder..takut nak pakai apa2..{:dot

muka tak siap renovate cm sis vokuru perlukan glowing .. kalau siap renovation pakai bedak je dah cukup oles2 gitu
Quote RatuDunia94 22-7-2019 07:57 PM
Dulu zaman sekolah rajin beli bedak pixy putih tu.. warna dia cantik..
Quote cikputih15 22-7-2019 10:56 PM
menarik ni {:love
Quote hyie 23-7-2019 01:08 AM
masa zaman bbnu dulu pernah lah pakai kejap sekarang air wudhu' je tiberrrrrr
Quote salmon-suki 23-7-2019 01:37 AM
CiliPadiSedap replied at 22-7-2019 07:45 PM
muka tak siap renovate cm sis vokuru perlukan glowing .. kalau siap renovation pakai bedak je dah  ...

Hahahaha..adoyaiii sis cili..emangnya rindu banget ama sis vokuru ittew??baidewei,mmg jrg2 nampak dia menguntum..udah bersara ke?kekeke~
Quote ainashiqa 23-7-2019 08:07 AM
Haha! Sama la dgn ai sis.. Air wudhu saja
Quote MadameOnion 23-7-2019 09:05 AM
kelasss pixy sekarang..dah mahal..dedulu bedak sepuloh hengget je chuols..tapi cantik..
Quote amyza 23-7-2019 11:43 AM
Ingatkan Pixy ni brand indon
Quote intan_smsb 23-7-2019 12:02 PM
kini semua org boleh glowing
Quote haryatie 23-7-2019 12:53 PM
nk belilah
selama ni mmg pakai bedak ni pun
Quote rendangayam 23-7-2019 01:08 PM
Cantik texture pixy ni.. X mhl sgt.. Berbaloi
Quote natrahn 23-7-2019 02:44 PM
bedak ni memang best..tak bercapuk dan harga berpatutan
Quote piep 23-7-2019 04:01 PM
sekali tengok ingat dyxy sebab hitam packaging. rupanya pixy. best bedak ni. datu apsal mahal pulak range ni
Quote xtahumenahu 24-7-2019 09:28 AM
ada beli tapi x pakai lagi
sbenarnya xnak beli tapi sales girl tu gigih tunjuk..siap ada free gift
iols terus terpikat sbb mmg nampak translucent and glowing pada skin
Quote yuki812 24-7-2019 09:43 AM
amyza replied at 23-7-2019 11:43 AM
Ingatkan Pixy ni brand indon

yelah..meols pon ingat dr indon memula...

tgh guna foundation dia..so far for me ok
tak bercapuk..smooth jer..
kira murah gak..tak hingat bape hinggit..
Quote amyza 24-7-2019 11:12 AM
yuki812 replied at 24-7-2019 09:43 AM
yelah..meols pon ingat dr indon memula...

tgh guna foundation dia..so far for me ok

Yeke? Boleh lah try nanti. Baru je beli maybelline fit me.
Quote nono86 24-7-2019 09:24 PM
Beza banyak jugak harganya dengan yang putih tu
Quote mrsav 25-7-2019 08:58 AM
boleh try nie. harga pun tak mahal sgt.

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.079308s Gzip On
To Top