Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Kes Pijak Al Quran - 4 Remaja Perempuan Ditahan

natrah|19-7-2019 03:11 PM Komen: 154


Al Quran merupakan kitab suci umat Islam. Kitab ini penuh mukjizat dan dengan membaca Al Quran akan beroleh pahala yang besar ganjarannya. Hukum bersumpah menggunakan Al Quran adalah dibolehkan dan hukumnya harus tapi ada tatacara dan syaratnya. 


Tular video seorang remaja perempuan didapati bersumpah dengan memijak kitab suci Al Quran demi membuktikan beliau tidak melakukan hubungan seks dengan teman lelaki rakannya. Remaja perempuan itu telah dipaksa dan diugut oleh rakannya berbuat demikian kerana khuatir diapa-apakan oleh rakannya itu. 



Video berdurasi 3 minit 13 saat itu yang telah tular itu mendapat pelbagai reaksi netizen.



 
Laporan polis telah dibuat oleh kakak suspek sebaik sahaja melihat video tular tersebut.  Hasil siasatan awal pihak polis mendapati perkara itu berlaku di tepi bahu jalan pada 13 Julai 2019 berdekatan dengan jambatan Kusial Lama, Tanah Merah, Kelantan. Suspek menafikan sekerasnya bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan teman lelaki rakannya itu. 

Terkini, keempat-empat remaja tersebut telah ditahan polis. Suspek yang memijak Al Quran berumur 17 tahun dan tidak bersekolah; berhenti sekolah semasa di tingkatan 4 , manakala tiga lagi remaja lain berumur 18 tahun.

 
 
Siasatan masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan. Semoga kesemua mereka bertaubat dan tidak mengulangi lagi perbuatan ini pada masa depan. - CARI

Sumber - Siaran Kelantan Info Semasa

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 154
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote toynme 28-7-2019 05:40 PM
makin pressure aku tgk remaja2 sekarang...banyak cabarannya

Lain-lain Komen

Quote Bersotong 19-7-2019 03:13 PM
kapir2 msti nginzal kt thread ni
Quote fushimi 19-7-2019 03:15 PM
yang penting semuanya hodoh

kebodohan korang setaraf ngan kehodohan korang

Quote zulka 19-7-2019 03:17 PM
alhamdulillah...
muka cantik2 belaka, tak padan dgn perangai
Quote aku_best 19-7-2019 03:19 PM
Kerana seorang lelaki......
Quote bungarose 19-7-2019 03:21 PM
Kesian...
Ilmu takder
Akal tak panjang
Akhlak jauh menyimpang
Makpak budak2 nih buat aper
Quote Boomibulat 19-7-2019 03:21 PM
fushimi replied at 19-7-2019 03:15 PM
yang penting semuanya hodoh

kebodohan korang setaraf ngan kehodohan korang


Lg bodoh btambah bodoh bila pgi rakam..pastu sebar
Quote Mizlyn 19-7-2019 03:23 PM
Rasakan..
Quote natrahn 19-7-2019 03:24 PM
Bersotong replied at 19-7-2019 03:13 PM
kapir2 msti nginzal kt thread ni

saya fan komen-komen awak. Jujur
Quote KILL_NANCY 19-7-2019 03:27 PM
apa ke bebal lah kau ni.ilmu kau letak bawah kaki.
Quote Asdan 19-7-2019 03:29 PM

apa nak jadi dgn perempuan-perempuan pakai hijab ?

sangat buruk
Quote Bersotong 19-7-2019 03:30 PM
natrahn replied at 19-7-2019 07:24 AM
saya fan komen-komen awak. Jujur

kipas lg..mmbara komen2 aku ni
Quote natrahn 19-7-2019 03:31 PM
Bersotong replied at 19-7-2019 03:30 PM
kipas lg..mmbara komen2 aku ni

Hahahahahaha..
Quote buragazz 19-7-2019 03:34 PM
tak berkutik duduk dalam lokap.. aku tgk semalam video ni kat FB rasanya.. bila kereta lalu minah yang memijak tu turun ...
Quote adila39 19-7-2019 03:34 PM
Edited by adila39 at 19-7-2019 07:38 AM

boleh tak rotan je budak2 ni. Level kebodohan yg amat sgt. If can lempang sorang sorang.. i cannot brain attitude ni..
Quote rayriff 19-7-2019 03:35 PM
ko dah kenapa dik. kalau sebab lelaki, dari ko pijak quran baik ko pijak laki tu dik.
Quote azwanaliori 19-7-2019 03:38 PM
Budak kelas belakang belakang gini la kot. Tah2 ngeja pun x reti
Quote cikanggun 19-7-2019 03:43 PM
Bodoh + hodoh memang tak dpt dipisahkan dr beruk2 ni.. apa laa mak bapak diorg bagi makan sampai benak mcm gini kejadian beruk ni {:freak
Quote natrahn 19-7-2019 03:48 PM
rayriff replied at 19-7-2019 03:35 PM
ko dah kenapa dik. kalau sebab lelaki, dari ko pijak quran baik ko pijak laki tu dik.

Kan..selalu kalau nak bersumpah kena junjung Al Quran.. depa ni pegi suruh pijak.
Quote Asdan 19-7-2019 03:49 PM

sana kurang hiburan, cuba la buat macam ni,

Lihat semua komen(154)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
2.323709s Gzip On
To Top