Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Sudahlah Mahal, Pelanggan Ini 'Menangis' Dapat Ayam Goreng 'Kurus Kering'

Oleh: intan|19-7-2019 10:35 AM Komen: 93
Makanan segera memang sedap dijamah tambahan ketika sedang lapar yang amat sangat. Tapi kadang-kadang tu bergantung kepada nasib juga dapat makanan yang tepat dengan citarasa. Misalnya, hendak bahagian paha tetapi dapat dada ayam. Kecewa sungguh!

Seorang wanita bernama Ernie Mah telah berkongsi foto memaparkan dua ketul ayam KFC yang kelihatan sungguh sedih sekali keadaannya. Beliau membeli hidangan tersebut yang terdiri daripada dua ketul ayam dan kentang lenyek dengan harga S$7.95 (RM24.40) di Hillion Mall, Singapura.


Menurutnya, ketika melihat saiz dua ketul ayam tersebut yang kelihatan sangat 'kurus', beliau meminta staff KFC cawangan tersebut untuk menukar dengan saiz yang lebih besar. 

Ternyata,'posting' tersebut tular di media sosial dan membangkitkan perbincangan dalam kalangan warga net.

"Bayar $7.95 untuk 2 ketul ayam KFC di Hillion Mall"
"Minta Kelvin T, salah seorang staff untuk tukar peha ayam kepada saiz lebih besar tapi tidak boleh"

Namun permintaan Ernie itu ditolak atas dasar polisi syarikat. Polisi restoran berkenaan hanya membenarkan satu ketul ayam saiz besar dan satu lagi bersaiz kecil diberikan kepada pelanggan. Namun, foto yang dimuatnaik menunjukkan dua ketul ayam di mana salah satunya adalah paha ayam yang sangat kecil saiznya.

Malah, staff KFC tersebut lupa pula untuk memberinya sudu untuk hidangan kentang lenyeknya! Boleh cetus kemarahan kalau tengah lapar ni. Anda ada pengalaman macam ini di restoran makanan segera? Kongsikan kepada kami.- CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
5
Terkejut
3
Sedih
4
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 93
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kualibesi 25-7-2019 11:41 PM
Haha frustrated nk mkn klo mcm ini

Lain-lain Komen

Quote moonbug 19-7-2019 10:40 AM
Yang penting box besar
Quote azwanaliori 19-7-2019 10:42 AM
Klu aku bayar utk makanan tu aku ada hak utk pilih ayam mana aku nak.  
Quote wajaman 19-7-2019 10:42 AM
baik makan texas la dr kepsi...texas air dia free refill..
Quote tungkai 19-7-2019 10:43 AM
Makan kat sana sekali dan memang ayam dia kecik2 belaka. Paling OK dapat combination of 1 big 1 small. Rasa tak berapa fresh sgt compared dgn kat sini..
Quote kucingitam 19-7-2019 10:45 AM
sini pun sama..tak fresh dan ayam keding...dah la tgh lapar..sedih rasanya..
Quote Boomibulat 19-7-2019 10:47 AM
Paha ank aymm ke tu?
Quote Boomibulat 19-7-2019 10:48 AM
moonbug replied at 19-7-2019 10:40 AM
Yang penting box besar

Iklan kat tv satu paha ayam sebesar pinggan..hehe
Quote duri_durians 19-7-2019 11:02 AM
sepatutnya mana boleh pakai polisi satu ayam besar satu kecik.

kat menu tulis ke ? kalau tulis rasanya orang tak hingin datang makan. pergi texas je ayaam besarr
Quote jalfa 19-7-2019 11:09 AM
Cite recycle...btw kat Singapore.kat meleis ayam gemok gemok
Quote intan_smsb 19-7-2019 11:17 AM
alaaa da lama da isu ayam kepci kecik ni
Quote Bersotong 19-7-2019 11:17 AM
nnti kapir2 msuk thread ni nginzal
Quote ifanonline 19-7-2019 11:19 AM
nak cari paha ayam besar kena cari ayam yg boleh berkata kata...
Quote namieamuro 19-7-2019 11:30 AM
tapi kfc sini pun ayam kecik gk..yg besar bahgian byk isi tu..

dh menular ni, ade tak kfc offer mkn free?
Quote EvieWanKenobi 19-7-2019 11:43 AM
azwanaliori replied at 19-7-2019 10:42 AM
Klu aku bayar utk makanan tu aku ada hak utk pilih ayam mana aku nak.

macamana nak buat pilihan? sebab selalunya kena bayar dulu selepas order..
Quote pearl.silver 19-7-2019 11:44 AM
Camne nk wat aym goreng ala kfc ek
Klu i buat guna tepung bestari tu mesti jd ala2 ayam pasar mlm je
Quote Artemesiaa 19-7-2019 11:48 AM
Bukan benda baru pun dah pernah ada yang buat aduan dulu sebab tu makin ramai makan di tempat lain
Quote MadameOnion 19-7-2019 11:59 AM
i pegi kfc pun beli nugget je utk anak..nugget kfc lagi sedap dari mcd
Quote Bungaapi 19-7-2019 12:01 PM
Ayam serama kot
Quote rospinki 19-7-2019 12:04 PM
Jgn kan kfc kedai pprt nasik kandar kt port garden jual seketul ayam peha kecik 4 inget. Patutla kalu aku bgkus nasik kuah kari campo2 ayam sayur dkt 9.50. Cekik darah betul la. Baik msk sdri je.

Lihat semua komen(93)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.201186s Gzip On
To Top