Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Raja Tose India Meninggal Dunia Selepas Gagal Rayuan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Tukang Tulis|20-7-2019 08:50 AM Komen: 42

P. Rajagopal didapati bersalah pada 2004 kerana membunuh. Kredit foto: Rightlog India

Raja Tose dari India, P. Rajagopal meninggal dunia beberapa hari selepas beliau gagal dalam usahanya untuk mengelakkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.

Memetik laporan The Guardian, pemilik rangkaian restoran global, Saravana Bhavan yang berusia 71 tahun itu menghembuskan nafas terakhir setelah mengalami masalah jantung di sebuah hospital di Chennai, India pada 17 Julai lalu.

Rajagopal yang berasal dari keluarga miskin menjadi kaya raya hasil kejayaannya mengusahakan rangkaian restoran vegetarian terbesar di dunia yang menghidangkan juadah istimewa selatan India seperti tose, vadei dan idli.

Tose yang dihidangkan di restoran Saravana Bhanan kelihatan lazat. Kredit foto: Trip Adivisor

Namun, reputasinya tercemar apabila beliau didapati bersalah di mahkamah 15 tahun lalu kerana membunuh suami kepada seorang wanita muda yang ingin dijadikannya sebagai isteri ketiga.

Wanita tersebut yang ketika itu berusia sekitar 20-an tetap setia dengan suaminya dan menolak lamaran Rajagopal. 

Rajagopal seterusnya mengganggu, mengancam dan memeras ugut wanita itu serta mengupah seorang penembak untuk membunuh suaminya.

Cubaan membunuh itu gagal tetapi mayat lelaki terbabit kemudian ditemukan dalam kawasan hutan di Tamil Nadu.

Sejak dijatuhkan hukuman, Rajagopal cuba mengelak daripada memasuki penjara namun beliau telah diarahkan untuk menyerah diri minggu lalu.

Mendiang datang ke Mahkamah Tinggi Chennai dengan menaiki sebuah ambulans dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Rajagopal menggunakan alat bantuan pernafasan. Kredit foto: Times Now

Pada 2004, Rajagopal didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan apabila beliau membuat rayuan, tempoh pemenjaraannya ditingkatkan kepada seumur hidup.

Tidak diketahui apakah nasib wanita malang yang pastinya hidup menderita setelah suaminya terkorban angkara perbuatan Rajagopal yang terlalu mengikut nafsu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 42
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote wakaka_eh 31-7-2019 10:06 AM
ni gengster ala-ala filem tamil ke?

Lain-lain Komen

Quote Buritan 20-7-2019 09:15 AM
Kanda pyrop dah mati kaaa.. ayoyoyoyo ayomaaaaa
Quote hayati_hassan 20-7-2019 09:32 AM
pabila manusia dikuasai oleh napsu
Quote hussaini4675 20-7-2019 09:56 AM
Meriah tose dia. Tose kat sini kuah suam2 kuku je
Quote EmaAsmadi 20-7-2019 10:01 AM
Bukan main ramai penduduk wanita kat india, bini orang jugak yang kau nak
Quote makneng 20-7-2019 10:14 AM
Hadoiii rindu ali maju.. Tosei rawa dia sedap oiiii!!!
Quote MissCarcosa9753 20-7-2019 10:16 AM
Waduh wanita sana kan ramai napa sampai bunuh bunuh lak
Quote slavehunter 20-7-2019 10:22 AM
Tula bodoh. Ada duit banyak fikir dah jadi tuhan boleh dapat apa saja. Ada orang kadang sengaja tuhan taknak bagi kaya sebab boleh lupa diri.
Quote sukacactus 20-7-2019 10:32 AM
Ko dah kaya tapi tetap la bodoh
Ikut sgt la ckp penilik nasib suruh dia kawin dgn pompuan tu
Ntah dah kaya penilik tu pekena raja tose bodoh ni
Quote Pink_Purple 20-7-2019 10:38 AM
bila nafsu menguasai diri..

apabila rupee bermaharaja di mata
Quote Bersotong 20-7-2019 10:45 AM
org2 tue ske mkn tose
Quote hussaini4675 20-7-2019 10:53 AM
sukacactus: Ko dah kaya tapi tetap la bodohIkut sgt la ckp penilik nasib suruh dia kawin dgn pompuan tuNtah dah kaya penilik tu pekena raja tose bodoh ni


Tukang tilik tu cakap pompuan tu boleh jadikan dia glamer satu dunia kot. Publisiti restoran dia terus mencanak pasal kes ni. Iklan free dalam media antarabangsa.
Quote Ina8895 20-7-2019 11:36 AM
Terpengaruh dgn cerita tamil le ni
Quote dubuk 20-7-2019 11:40 AM
gila ada macam macam
Quote sepiITUindah 20-7-2019 11:59 AM
makneng replied at 20-7-2019 10:14 AM
Hadoiii rindu ali maju.. Tosei rawa dia sedap oiiii!!!

sila perhatikan kuku pembuat tose tersebut
ada kala kuku juga memainkan peranan ..menyedapkan tose
Quote makneng 20-7-2019 12:00 PM
sepiITUindah replied at 20-7-2019 11:59 AM
sila perhatikan kuku pembuat tose tersebut
ada kala kuku juga memainkan peranan ..menyedapkan tos ...

Jilake hahahaha...kembang tekak mak oiii.. Tarik balik rindu tu..
Quote top5complete 20-7-2019 12:22 PM
sebab tu orang kata, wanita ni bahaya, silap langkah rosak masa depan.. bayangkan dia ni bujang tak kahwin, sudah tentu hidupnya tidak macam itu hahaha
Quote hussaini4675 20-7-2019 12:30 PM
top5complete replied at 20-7-2019 12:22 PM
sebab tu orang kata, wanita ni bahaya, silap langkah rosak masa depan.. bayangkan dia ni bujang tak  ...

Patut difilemkan kisah wanita tu. Setia dengan suami walaupun digoda dengan jutaan rupee.
Quote Ina8895 20-7-2019 03:28 PM
sepiITUindah replied at 20-7-2019 11:59 AM
sila perhatikan kuku pembuat tose tersebut
ada kala kuku juga memainkan peranan ..menyedapkan tos ...

Gelinya. I pernah tengok kuku pekerja kedai india kuku dia panjang & berkerak hitam
Quote sitiwong 20-7-2019 03:35 PM
hussaini4675 replied at 20-7-2019 12:30 PM
Patut difilemkan kisah wanita tu. Setia dengan suami walaupun digoda dengan jutaan rupee.

kisah wan jijah dgn shamsidar taknak buat filem ke??

dorang pun setia gak


Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.224714s Gzip On
To Top