Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Pekerja Kilang Kayu Maut Setelah Menderita Sakit Buasir Selama 17 Tahun

Oleh: Tukang Tulis|18-7-2019 10:45 AM Komen: 50

Buasir boleh menyebabkan kematian jika dibiarkan tanpa menerima rawatan (Gambar hiasan) Kredit foto: Carian Google

Penyakit buasir bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan kepada penghidapnya malah boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat.

Kematian seorang buruh di Sungai Lerek dekat Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu pada 17 Julai dikatakan mempunyai kaitan dengan penyakit buasir kronik yang dideritainya sejak 17 tahun lalu.

Memetik laporan Sinar Harian Online, mayat mangsa, Ruslan Mohammad, 50, ditemukan abangnya sendiri, Afandi, 57, dalam keadaan memakai tuala di tempat duduk pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara pada pukul 7.15 pagi.

Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zulkifli Mat Deris, mangsa dipercayai baru keluar dari tandas sebelum memasuki kenderaan yang terletak di hadapan tandas pekerja kilang kayu milik abangnya itu.

Empat tahap penyakit buasir. Kredit foto: Carian Google

Berdasarkan siasatan awal polis di tempat kejadian, terdapat tompokan darah di dalam tandas, berhampiran bilik mandi dan pintu kenderaan.

"Polis turut menemui kesan darah pada bahagian punggung mangsa dan lokasi lain dan hasil siasatan mendapati tidak ada unsur jenayah punca kematian mangsa," katanya.

Kes kematian Ruslan yang berasal dari Kampung Terbak, Besut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan hasil bedah siasat di Hospital Setiu mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan usus.

Senaman Kegel dikatakan berupaya meredakan masalah buasir (gambar hiasan). Kredit foto: Qsota Medical

Sekiranya anda mengalami simptom penyakit buasir yang berpanjangan, segeralah berjumpa doktor kerana anda mungkin ada masalah kesihatan yang serius. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
3
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 50
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote rhea85 22-7-2019 09:06 AM
bahaya gak buasir ni eh. first time iols dgr org meninggal sbb buasir.

Lain-lain Komen

Quote bezita60 18-7-2019 10:48 AM
Tak pernah lg dgr org mati sbb buasir.
Quote intan_smsb 18-7-2019 10:53 AM
kenapa tak operate buang je
Quote Madel 18-7-2019 10:58 AM
Jenis pekerjaan yg bawa lori bus ni mmg senang dpt buasir ke apa.
Pakcik aku bawak lori gak, pun pernah dengar dia kena buasir, pakej dgn mulut kering kena mata ikan.
Quote Boomibulat 18-7-2019 11:19 AM
Madel replied at 18-7-2019 10:58 AM
Jenis pekerjaan yg bawa lori bus ni mmg senang dpt buasir ke apa.
Pakcik aku bawak lori gak, pun pe ...

Dgr kata kja berat sng kena.yg jenis angkat benda berat2 ...
Quote hussaini4675 18-7-2019 11:20 AM
bezita60: Tak pernah lg dgr org mati sbb buasir.


Mungkin buasir tu berpunca daripada masalah dalam usus. Arwah tak pernah dapatkan rawatan katanya.
Quote hussaini4675 18-7-2019 11:21 AM
Boomibulat: Dgr kata kja berat sng kena.yg jenis angkat benda berat2 ...


Kalau banyak duduk pun ada can kena buasir
Quote Bersotong 18-7-2019 11:22 AM
tjuk x sesuai
Quote Ina8895 18-7-2019 11:50 AM
Bersotong: tjuk x sesuai


Kalau kau terer sangat, tajuk apa yg sesuai?
Quote Madel 18-7-2019 12:01 PM
Boomibulat replied at 18-7-2019 03:19 AM
Dgr kata kja berat sng kena.yg jenis angkat benda berat2 ...

Oh..mungkin la kot
Pakcik iols yg sorg tu driver lori perabut Jb-Kl-Singpore
Masa mmg bnyk abis kat jalan..drive jauh2 duduk lama dlm lori, kurang minum air.
Quote Boomibulat 18-7-2019 12:03 PM
Madel replied at 18-7-2019 12:01 PM
Oh..mungkin la kot
Pakcik iols yg sorg tu driver lori perabut Jb-Kl-Singpore
Masa mmg bnyk abis  ...

Tp adk i ms study kat u pn kena jgk..siap operesen lg
Quote Ina8895 18-7-2019 12:05 PM
Boomibulat: Tp adk i ms study kat u pn kena jgk..siap operesen lg


Kalau selalu makan pedas pun bahaya jugak
Quote Pink_Purple 18-7-2019 12:47 PM
takziah..dia ingat xserius kut sakit buasir ni sbb tu xpnh dptkan rawatan

atau pun dia malu
Quote Madel 18-7-2019 12:54 PM
Boomibulat replied at 18-7-2019 04:03 AM
Tp adk i ms study kat u pn kena jgk..siap operesen lg

Oh..
Sbb adik u kena mcm mana..kurang minum air atau selalu sembelit.
Pregnant pun katanya senang kena buasir.
Bahaya juga kalau smpai boleh bawa maut.
Quote Ina8895 18-7-2019 01:03 PM
Orang cakap makan pisang boleh redakan buasir
Quote shernazz 18-7-2019 01:47 PM
Kesiannya
Kawan.iols.kena.katanya sampai.keluar bunga kubis..
Pastu operate
Tp still rasa sakit lg la di situ
Quote Bersotong 18-7-2019 01:51 PM
Ina8895 replied at 18-7-2019 03:50 AM
Kalau kau terer sangat, tajuk apa yg sesuai?

meninggal...maut tu kmalangan
Quote Bersotong 18-7-2019 01:52 PM
Ina8895 replied at 18-7-2019 05:03 AM
Orang cakap makan pisang boleh redakan buasir

orng tu spe? bf ko ke?
Quote Bersotong 18-7-2019 01:52 PM
Boomibulat replied at 18-7-2019 04:03 AM
Tp adk i ms study kat u pn kena jgk..siap operesen lg

cam jemin le..darah mnyembur
Quote Ina8895 18-7-2019 02:05 PM
Bersotong replied at 18-7-2019 01:51 PM
meninggal...maut tu kmalangan

Sama la tu. Maut tu asal bahasa Arab

Lihat semua komen(50)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.243882s Gzip On
To Top