Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Saya Tak Pernah Beli Penonton"- Ayda Jebat Nafi View Di Youtube Tinggi Sebab Beli 'Liker'

17-7-2019 01:45 PM|Oleh: Shimmer Shine| Komen: 28




"Saya tidak pernah beli penonton."

Itu jawapan tegas daripada artis yang sedang memuncak karier ini, Ayda Jebat apabila dituduh pihak tertentu bahawa dia membeli penonton di platform digital.

Ayda menyangkal dakwaan tersebut apabila jumlah tontonan muzik video lagunya di saluran Youtube mencanak-canak naik. Namun aktres dan penyanyi Temberang ini menafikannya.

"Bukan cara saya menipu diri sendiri dengan membeli penonton
bagi menaikkan jumlah tontonan di Youtube."

Kredit foto: IG

Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat, 27 berkata dia sedar kebanyakan lagu popular nyanyiannya jarang disiarkan di radio. Jadi dengan adanya platform di dunia digital, dia mengharapkan peminatnya dapat mendengar lagu-lagu tersebut, jelasnya kepada Harian Metro.

"Apapun, tidak dinafikan ada di antara lagu yang tidak mesra radio ini tetapi
jumlah tontonan muzik video di Youtube sangat tinggi.
Alhamdulillah, rezeki buat saya. Tapi, saya nak tegaskan di sini bahawa
saya tidak pernah terbabit dengan aktiviti membeli penonton."

Menganggap beli penonton, pengikut atau pun 'liker' bukanlah caranya. Jadi dia musykil apabila dia didakwa membeli jumlah 'liker'. Jika dilihat pada channel Youtube Ayda sendiri, 'subscriber'nya hampir 253,000 akan tetapi jumlah tontonan bagi setiap video klip boleh mencapai hingga jutaan tontonan. Paling tinggi setakat ini ialah video Temberang dengan 21 juta tontonan dalam tempoh enam bulan. Tetapi itu tidak menghairankan kerana Ayda antara artis yang aktif mempromosikan karya dan dirinya sendiri.

"Sama ada lagu disiar radio atau tidak, saya positif. 

Yang penting saya sentiasa mendapat tawaran persembahan nyanyian."


Kredit foto: IG

Menurut Ayda, jumlah peminat bertambah sangat penting supaya karya diterima baik. Malahan dalam kemas kini di Instagram, Ayda menjelaskan yang dia akan membuat 'Temberang Promo Tour' di Indonesia nanti.

Jelas, Ayda Jebat bekerja keras untuk mempromosikan karyanya. Jadi, dakwaan membeli 'liker' itu tidak benar ya. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 28
Komen

Previous : "Bebird Rentung Kau, Aku Tak Terliur Pun!" - Zarina Anjoulie

Next       : "Basah Kita Wak," - Shah Iskandar 'Belanja' Gambar Seksi, Penuh Komen Lucah

Komen Terbaru

Quote TerataiMelur02 18-7-2019 09:32 PM
kawan iols pun puji aida ni. sebab kalo nak bgambar dia layankan sj, muka mu senyum xdela mcm baru lepas kena tampar penunggu sungai

Lain-lain Komen

Quote Bersotong 17-7-2019 01:48 PM
x baik la fitnah die
Quote PuanAbby 17-7-2019 01:49 PM
Cantik pulak rambut pendek dia dgn bentuk muka dia
Quote annadonna 17-7-2019 02:18 PM
suka atau tidak dia memang popular pun
kalau nenek tua dengan budak kecik pun boleh sebut nama dia meaning dia top lah. Nak nafikan apa. Ko tak suka dia bukan bermakna dia tak relevan
Quote puanbintang 17-7-2019 02:23 PM
lagu2 dia kan catchy, budak - budak memang banyak je suka dengan dia ni..comel pulaknya..so okla kalau view2 lagu dia tinggi
Quote chinta89 17-7-2019 02:30 PM
dia pandai layan peminat
lagu dia plk jenis yg happy2 gtu org mudah layan

btw dlm gmbr tu kemain cantik tp bila aku tgk video Ainina ke sape ntah yg watak mak2 tu, muka dia xde la peloles mana pun bila x mekap lagi lerrr nmpk biasa2 je
Quote lututputih 17-7-2019 02:42 PM
okey je dia ni memang baik..pernah jumpa masa gintell nak amik gambar ok jer walaupun masa tu dia nak cepat..elok je dia pegang kita ni masa gambar..
Quote Mfzg89 17-7-2019 02:59 PM
lagu dia ok skit la dari si nabila cumi2 tu..tpi xleh bayang pla dia nk buat show dalam flight... bala...
Quote kikuri 17-7-2019 03:09 PM
maybe lagu dia mesra pendengar... anak aku suka kot lagu temberang tu...
Quote kaklong32 17-7-2019 03:50 PM
ok je lagu ni ai rasa. catchy2 kan
Quote LostStar 17-7-2019 03:54 PM
anak2 officemate majority minat ayda jebat ni.. kalau bawak datang opis.. manjang ngadap youtube akan bukak lagu temberang ni.. plus yang anak oku pon pandai bukak koooo..
Quote YomiuriLandMae 17-7-2019 03:57 PM
like tinggi tak bermakna high quality.. tibbaahhhh
Quote supermum 17-7-2019 05:03 PM
aku la tu menyumbang view ahahaha anak aku suka lagu dia
Quote Lembaga 17-7-2019 05:14 PM
anak aku hari hari dengar lagu ni... huhu
Quote sleepandream 17-7-2019 07:19 PM
21 juta view normal jeh... lagu pencuri hati sheols pun mendonia dekat indon khennn
Quote pysharil 17-7-2019 09:06 PM
lagu temberang tu laki aku cakap lagu ntah apa2
Quote kacang^soya 17-7-2019 10:45 PM
Harus adsense income sheols berpuluh riban..kalo view main jutaan..
Quote mintu 18-7-2019 12:15 AM
si aj ni nk caras si kemut ke kt sini? si kemut tu,  saban minggu ada benang kt sini psl bf dia.
yg dia ni pula, sejak kebelakangan ni, byk pula kisah dia kt sini, cuma psl kerjaya je la..

tp iols x nafikan, sheols ni jenis nmpk yg berusaha keras,byk juga la endorsement sheols, dpt jd duta mcm2 produk.
iols x pernah lg nmpk sheols pergi melancong bagai..tp yg pasti sheols yg byk support keluarga la,  which is a good thing..
Quote Sazida 18-7-2019 12:41 AM
supermum replied at 17-7-2019 05:03 PM
aku la tu menyumbang view ahahaha anak aku suka lagu dia

Iols pun penyumbang view sheols setiap kali bertandang rumah abang i. Ank sedara i yg 11 bulan tu dpt dgr lagu temberang terus goyang kepala.. sehari puluh2 kali bukak utube lagu ni.. dulu iklan trivago. Skrg ayda jebat. Pening layan.
Quote September14 18-7-2019 12:44 AM
Klu lgu aduh2 tu mmg logic... klu lgu mata feeling2 lgu award material tu iol sangsi la jgk

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.127116s Gzip On
To Top