Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Lembaga Hitam" Kacau Jemaah Haji Wanita Di Mekah?

Oleh: HakirRahman|18-7-2019 12:30 PM Komen: 26
Bila bercakap tentang Mekah dan Madinah, selalu kita terbayang tempat suci dan ibadah haji  dan jadi impian semua orang Islam untuk ada peluang mengerjakannya. 

Ada juga dengar cerita pelik-pelik tetapi kadang-kadang tak tahu sah atau tidak. 

Tetapi, bagaimana kalau kisah itu diceritakan mutawif di sana. Mutawif adalah orang yang membantu jemaah haji mengerjakan ibadah. Pendek kata, mereka ni ustaz dan ustazah la yang membantu kita menguruskan pelbagai masalah ibadah dan kehidupan harian di sana. 

TANAH SUCI MEKAH. FOTO: GOOGLE

Baru-baru ini seorang mutawif wanita bernama Raihanah Abdullah menceritkan sebuah kisah pelik "lembaga hitam" yang menganggu jemaah haji wanita di kompleks penginapan mereka. 

Menurut laporan mStar, kejadian itu berlaku di sebuah penginapan di Aziziyah yang terletak 3 kilometer dari Masjidil Haram. Aziziyah ni selalu jadi tempat jemaah haji menginap sebelum berjalan kaki ke Mina untuk melontar jamrah. 

Hotel tempat Raihanah duduk itu terletak 700m dari tempat melontar batu di Mina. Mereka tinggal di situ selama 10 hari. Kejadian ini berlaku pada 2017. 

JEMAAH HAJI WANITA. FOTO: MSTAR

Dia berkata pada 2017, dia duduk di tingkat 4 hotel itu bermalam bersama-sama kira-kira 200 jemaah yang dipimpinnya. 

Ceritanya bermula sebelum dia hendak tidur. Selepas selesai mengerjakan solat Isyak dan berbual seketika, dia naik ke bilik. Rakan-rakan sebiliknya masih belum tidur dan asyik berborak. Dia kata dia mengantuk, tak dapat join sembang. Jadi, dia ke tandas sebelum masuk tidur. 

Tetapi, salah seorang rakan sebiliknya yang paling tua meminta dia tidak menutup pintu bilik air dan lampu bilik itu. Walaupun, Raihanah sebenarnya rasa tak selesa. Yerlah, selalu kalau bilik air dalam bilik kita kan tutup pintu dan lampu. Tetapi, dia ikutkan jerlah kata orang tua tu. 

Dia pun tidur, tetapi tak sampai sejam tidur, dia bangun dan menjerit ketakutan. 

TIDUR DAN MIMPI BURUK DIKEJAR LEMBAGA HITAM. FOTO: MSTAR
Yang peliknya, tiada seorang pun rakan sebilik lain yang terjaga. Bilik air pun gelap, jadi dia bangun tutup pintu bilik air dan nyalakan balik lampu bilik air (mungkin sebab takut). 

Pukul 3 pagi, semua jemaah bangun dan kakak yang tidur paling hampir dengan saya bertanya.


"Kenapa Ana menjerit semalam? Kakak tengok Ana macam orang nak menurun...." kata kakak itu. 


Raihanah terkejut mendengar perkara itu, dia kata lah dia mimpi buruk, macam ada benda kejar. 


Kakak itu pun ceritalah, dia nampak "lembaga hitam" masuk sebelum Raihanah menjerit. 


"Kakak tak berapa tidur semalam. Kakak perhatikan Ana," ujar kakak itu. 


"Kenapa tak kejutkan Ana? Kenapa tak tepuk saja badan Ana," soal Raihanah. 


"Kakak pun terasa takut juga dan terus baca ayat Kursi serta al-Fatihah," kata kakak itu. 

TUTUP LAMPU BILIK AIR. FOTO: MSTAR


Dia pun minta semua bertenang dan pintu dan lampu bilik air ditutup malam itu. Ingatkan benda dan setel, rupa-rupanya tidak. 


Beberapa hari selepas itu, seorang lagi rakan sebilik menceritakan pengalamannya dihempap "lembaga hitam" sebelum Subuh. 


"Saya baru hendak tidur, tapi terasa dihempap lembaga hitam, saya terasa lemas dan terus membaca ayat-ayat suci," kata jemaah itu. 


Memandangkan tidak mahu menakutkan jemaah lain, mereka sepakat tidak menghebahkan perkara itu. 


Jadi, apa kata anda, boleh percaya ke? - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 26
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ayorsuam 21-7-2019 12:19 PM
Area Mina deserted selain daripada waktu Haji, opkoz ada "penghuni" yang menghuni...

Lain-lain Komen

Quote Chairman 18-7-2019 12:52 PM
dugaan kepada jemaah haji
Quote Bersotong 18-7-2019 01:02 PM
kapir2 mmg nginzal la thread ni
Quote Kurex 18-7-2019 01:03 PM
Janganlah free thinker kata "eh, kata kota suci, kenapa ada hantu?"..

Quote TuntungReturn 18-7-2019 01:06 PM
mastika dh lama kuarkan cerita ni...
Quote Mfzg89 18-7-2019 01:17 PM
TuntungReturn replied at 18-7-2019 01:06 PM
mastika dh lama kuarkan cerita ni...

mastika dah benkrap sbb korng la ni suke sgt membawang kat medsos..
Quote luluaurora 18-7-2019 01:23 PM
gangguan kpd jemaah haji,
cerita mcm ni mmg ada,
antara ujian kepada para jemaah,

diberi rezeki mengerjakn umrah 2013,
dapat nmpk la dugaan kpd jemaah yg lain
trmasuk diri sndiri yg mulut celupar skit...huuuu

di sana, tanah haram, jaga mulut, mata, hati..
Quote Rogue98 18-7-2019 09:41 PM
So lembaga tu apa sebenarnye? Memang penghuni bilik tu ke?  
Quote MissVixen 18-7-2019 09:49 PM
Penulis cari ni mesti minat mastika ni. Biasa la tu. Jin ada di mana2. Tumpang bilik sekejap je kot. Cerita2 macam ni la buat orang takut nak buat ibadah umrah atau haji. Menakut nakutkan orang dengan dugaan macam2.
Quote Malaysia.Doom 18-7-2019 10:06 PM
Kawan2 meols Kat Mekah NI Jin Nye lagi kuat...memang banyak kes Jemaah kerasukan.
Quote sekngucing 18-7-2019 10:22 PM
korang melayu
tu hantu arab
memng kenalaaah
Quote ninja boy 18-7-2019 11:57 PM
Hantu jin naik karpet terbang le tu merayau sana sini cari belacan
Quote jetrofa 19-7-2019 08:25 AM
Wartawan mastika dah beralih kerja kat mstar ker..?
Quote sekngucing 19-7-2019 08:30 AM
jetrofa replied at 19-7-2019 08:25 AM
Wartawan mastika dah beralih kerja kat mstar ker..?

kenal tak forumer israel nama dia migdal?
dia pernah cerita.. masuk tentera israel.. masa training cedera...

lepas tu ditempatkan di banguna yg agak kosong utk berehat

mlm tu ada lembaga hitam dtg kacau dan duduk atas dia
Quote jetrofa 19-7-2019 09:01 AM
sekngucing replied at 19-7-2019 08:30 AM
kenal tak forumer israel nama dia migdal?
dia pernah cerita.. masuk tentera israel.. masa traini ...

Tak kenal...

Tapi part d tindih lembaga hitam tu aiol dah pernah alami sekali dua...pengalaman aiol tu sebiji mcm d huraikan dlm artikel tang sleep paralysis bawah ni..

https://www.verywellhealth.com/what-is-sleep-paralysis-3014777
Quote sekngucing 19-7-2019 09:09 AM
jetrofa replied at 19-7-2019 09:01 AM
Tak kenal...

Tapi part d tindih lembaga hitam tu aiol dah pernah alami sekali dua...pengalaman  ...

sleep paralysis memang ada

forumer migdal tu.. forumer cari jugak...

dia hijrah dari malaysia ke israel.. masuk idf... cedera masa training

rehat di katil bangunan kosong

benda hitam tu mai waktu mlm masa nak tidur... siap ckp ckp lg... migdal ni dah tinggalkan islam
.bla bla bla.. tinggalkan ajaran ibrahim.. tak menyesal ke bla bla bla
Quote sekngucing 19-7-2019 09:13 AM
jetrofa replied at 19-7-2019 09:01 AM
Tak kenal...

Tapi part d tindih lembaga hitam tu aiol dah pernah alami sekali dua...pengalaman  ...

sleep paralysis iol pernah alami lama dulu.. masa belajar

biasanya dlm bentuk wanita rambut panjang

kdg2 dia duduk di tepi aje.. kdg2 dia tindih


huhuhu
Quote jetrofa 19-7-2019 10:19 AM
Edited by jetrofa at 19-7-2019 10:25 AM

- same post as below-
Quote jetrofa 19-7-2019 10:23 AM
Edited by jetrofa at 19-7-2019 10:26 AM
sekngucing replied at 19-7-2019 09:13 AM
sleep paralysis iol pernah alami lama dulu.. masa belajar

biasanya dlm bentuk wanita rambut pa ...


Iol takdela nmpk imej jitu..cuma rasa sesuatu menindih terutama klu tidur mengiring atau meniarap...tak pernah alami pula klu tdur terlentang...hehe...bnda tu nmpk samar2 je takde bentuk khusus...ada kata gangguan ni berkaitan aliran darah masa tidur...so iol ikutla nasihat kwn sorang ni suruh basuh kaki atau basah2 kan seblum tidur...masa tidur jgn biarkan bhg kaki terdedah...berkesan kot...sejak 2008 tak pernah alami lagi..
Quote Boomibulat 19-7-2019 10:25 AM
Lembaga hitam tu jugak suka menganggu wanita2 di Msia dgn ayat2 manis di internet..

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.327286s Gzip On
To Top