Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Penat Menangis Sampai Tertidur, Bayi 7 Bulan Sebatang Kara Ditinggal Ibu Di Hospital

Oleh: intan|15-7-2019 10:25 AM Komen: 96
Anak merupakan anugerah. Tidak semua insan berpeluang menerima cahaya mata sebaik sahaja berkahwin. Namun, ada yang bertuah memiliki cahaya mata tapi dibuang malah ada juga dibunuh tanpa belas ihsan. Disebabkan itu, pasangan yang bertuah haruslah memelihara anugerah tersebut dengan sebaik mungkin dan hendaklah mendidik mereka menjadi seorang insan yang berguna.

Namun, lain pula nasib si kecil yang baru sahaja berumur 7 bulan ditinggalkan sebatang kara akibat ditinggalkan ibu-bapanyanya di hospital. Yang menyedihkan, ibu tersebut dikatakan sudah tidak waras gara-gara si suami berkahwin lain.

Menurut perkongsian seorang pengguna facebook yang bergelar bunga larangan, tiada seorang pelawat yang melawat bayi tersebut, malah hanya sebatang kara mengharap belas ihsan staf hospital yang baik hati menjaga si comel tersebut. Kisah di sebalik si comel tersebut adalah kerana ibunya telah diuji dengan penyakit 'GILA' dek kerana suami ada perempuan baru. Mungkin kerana tekanan sejak dalam pantang, atau mungkin saja sudah lama memendam perasaan sehingga diuji sedemikian rupa.


Wahai si ayah kenapa terlalu kejam..
Penat menangis sampai tertidur sendiri..
Sayu hati melihat keadaan bayi tersebut yang petutnya ketika ini di dalam dakapan kasih sayang seorang ibu dan ayah. Ternyata kisah ini menjentik hati netizen yang rata-rata meluah rasa sedih melihat keadaan bayi tersebut.


Namun menurut saudari Bunga Larangan, bayi tersebut tidak boleh diambil sebagai anak angkat kerana masih di bawah jagaan JKM dan pihak hospital. Bayi tersebut juga dikatakan masih hak ibunya dan akan dikembalikan kepada waris setelah sihat. Doakan yang baik-baik saja untuk si kecil ini ya! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
7
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 96
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Perk77 25-7-2019 07:31 AM
Kang kalau Aku Komen MCM ni ..jgn kecam Aku...bapak Tu mmg DH Salah la..tp ibu Tu kenapa bila sedih kecewa kenapa tk ingat tuhan Tu ade...MCM hidup Tu ending MCM Tu je kalau DH tk berlaki or lari....MCM DH tak boleh hidup DH Lepas ni...Aku Rasa dia org ni mmg problem Dr awal lagi laki nya buat hal..Dan dia stress time pregnant...terus meroyan dlm pantang....Tu yg tak sihat Tu tinggal baby MCM Tu...

Lain-lain Komen

Quote kikuri 15-7-2019 10:32 AM
atuk nenek baby ni mana... ni kalo anak sedara aku memang aku dah fight nak ambik baby ni... kesian la membesar sorang2... semoga jadi doktor di masa hadapan dan senangkan ibu die...
Quote raihaneem 15-7-2019 10:42 AM
Comey...besaq ni syok main...makin cerdik, terhibur dgn keletah budak kecik...
Quote manehnya 15-7-2019 10:47 AM
sedihnya, betul ada lg kes pengabaian mcm ni kt hospital,

ada sekali masuk nicu jaga anak,

dlm wad pengasingan, baby kecik ja semua, ada 1 baby ni, badan dia kuning saja, dan asik la menagis saja, baby lain ada parent melawat, tp dia x da sapa, aku tnya kt nurse, ckp mmg dah berbulan x da org lawat baby tu, n baby tu sakit, misi cuma mai suap ubat je, mcm2 jenis, (x tau sakit apa) dok situ dah 7 bulan, badan kecik je, mgkin sbb x cukup berat lg utk keluar wad, baby lain, ibu kena perah susu utk anak nicu, bg cepat sihat, tp baby tu xda, aku nk bg susu aku, takut nti jd hal lain
Quote epal21 15-7-2019 10:54 AM
Kesiannya, nak. Semoga dilindungi Allah selalu. Waktu pantang tak boleh stress. Syaitan banyak menghasut, hormon kita pun tak stabil lagi. Perlukan sokongan drp family.
Quote ainashiqa 15-7-2019 10:57 AM
Allahu.. Sedihnya..
Quote SherryZass 15-7-2019 11:32 AM
Sedihnya Tak boleh tengok baby ngan budak kecik ni, tersentuh hati Moga ibunya diberikan kesihatan lah, kesian sangat baby kecik tak tau apa2.
Quote chicozinn 15-7-2019 11:36 AM
tetiba aku ternangis lagi2 tgok gambar last yg budak tu tido sbab penat nangis..adoyai sedihhhhh!!!!!
Quote FOTHER-MUCKER 15-7-2019 11:37 AM
Haramkan sahaja ummah berkahwin lebih daripada satu kerana ramai yang tak menggunakan otak untuk berfikir.
Quote ekselen 15-7-2019 11:46 AM
Meh bg kat i je..biar i jaga...harap2 dah besar sok jadik insan berguna pd semua org ..
Quote armin 15-7-2019 12:06 PM
Hm sedihnya.. nak lawat boleh tak? Nak peluk baby ni bagi kasih sayang
Quote shamsadis 15-7-2019 12:15 PM
kesiannya ya Allah dah besar sok, ko buang sajalah bapak ko tu...



esok kalau bapak ko masuk HMetro, ko print gambar ko ni nak, tampal dekat dahi wartawan HMetro tu


Quote DeeHanania 15-7-2019 12:21 PM
Allah...
Sebak yer...
Quote wanokakaka 15-7-2019 12:24 PM
sedihnya... semoga maknya cpt sihat...
Quote ifanonline 15-7-2019 12:25 PM
aku sangat sedih membaca cerita2 sebegini...

minta tolong lah pancut luar, atau masturbate dlm tandas...insan yg tidak berdosa ni akan menjadi mangsa kekejaman dunia yg tiada kesudahan...

kalau bayi ini bernasib baik, dia akan berjumpa dgn manusia2 yg baik...kalau tidak?

adik ini masih kecil utk memahami pancaroba dunia yg penuh mencabar..
Quote UMMI_MAI 15-7-2019 12:26 PM
perlu ke upload benda cam gini. Tujuan nye  ? Dah tahu mak dia problem , bapak tak tahu apa citer ... why perlu masuk soc media benda2 cam ni ? tak faham nih

Quote mamaida28 15-7-2019 12:27 PM
tu kat mana ye..teringin nak g lawat
Quote yuki812 15-7-2019 12:29 PM
kalau esok besau..anak buang apak..jgn pulak salahkan ank.
sedih tgk. alangkah ank sendiri nangis pon..nakal camne pon kita tetap pujuk. misi kat spital pon takde masa nk pujuk..byk kerja.
tetiba tingat pulak ank kat umah..
apa lah yg dibuatnya..
Quote duricinta 15-7-2019 12:58 PM
Sedih btl la bila cter psl baby mcm ni, teringt anak sndri...
eh pg mampos la bpk bdk ni, nant dh besar dh senang skit mula la bpknye claim anak..
Time tu nant hanyutkn je bpk nye tu kt sg kt sarawak tu biar kn mkn ngan buaya... x leh hadam btl la org perangai mcm ni
Quote bulan_gerhana 15-7-2019 01:00 PM
dari semalam nampak post ni kat fb..

luluh hati iols..

anak iols nangis sampai serak pun iols dah sakit hati ... umo mcm ni nak attention... berjauhan dari mak sikit dah melalak... clingy.. rasa x selamat

imagine how suffer budak ni sume belajar sendiri.. alahaiiii luluh hati iols

Lihat semua komen(96)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.142510s Gzip On
To Top