Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Hilang 40kg Dalam 8 Bulan"- Wanita Kongsi Tips Diet Tekak Malaysia

18-7-2019 10:40 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 34

Kalau ikut niat, semua orang yang ada masalah berat badan ideal mahu kurus. Dah cuba pelbagai cara, tetapi masih tiada perubahan. Kadang-kadang patah semangat dibuatnya dengan pelbagai makanan diet yang tekak orang Malaysia tak lalu nak menelannya. 

Tetapi, seorang wanita di Facebook baru-baru ini berkongsi tips dan caranya menurunkan berat badan yang berkesan! Tak perlu korbankan makanan cara Malaysia. 

40KG DALAM 8 BULAN, POWER NI!. FOTO: FACEBOOK

Malah, kalau tengok gambar yang dimuat naik macam tak percaya je dia boleh turun 40 kg dalam masa lapan bulan. 40 kg bukan sikit ye, orang yang selalu diet je tahu betapa susahnya nak turunkan berat badan. 


TIPS DIET BERKESAN. FOTO: FACEBOOK

Antara tips menarik adalah "lupakan diet dan makanlah dengan seimbang". Betul juga kan, kadang-kadang kita terlalu fikir nak berdiet sampai terlalu memilih makanan. Dah nama orang Malaysia, makanan sedap memang tak dapat dipisahkan. 

TIPS YANG TAK BUAT KITA MATI SEBAB DIET. FOTO: FACEBOOK

Selain itu, banyakkan buah-buahan. Selalu kita dengar buah ni buat jus, tetapi makan sahaja mentah-mentah begitu. Khasiatnya tetap sama. Tak perlu belanja besar beli blender dan sebagainya. Dan, jangan berlapar. Pastikan perut sentiasa terisi...bukan melantak ya! 

MAKAN SAHAJA, JANGAN BERLAPAR! FOTO: FACEBOOK

Wanita itu juga menggalakkan minum susu sebelum tidur untuk lancarkan sistem perkumuhan. 

MINUM SUSU SEBELUM TIDUR. FOTO: FACEBOOK

Tengok menu-menu dietnya...macam tak diet je. Macam menu makan biasa sahaja kan? 

MACAM MAKAN BIASA JE...FOTO: FACEBOOK
MAKAN MACAM BIASA. FOTO: FACEBOOK
BANYAKKAN BUAH DAN SAYUR. FOTO: FACEBOOK
YANG PENTING SEIMBANG. FOTO: FACEBOOK

Tetapi, perubahan memang ketara! 

SEBELUM DAN SELEPAS. FOTO: FACEBOOK
DAH BOLEH BERGAYA, TAK PERLU PAKAI KETAT PUN NAK TUNJUK KURUS. FOTO: FACEBOOK

Apa lagi jom diet! - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 34
Komen

Previous : Wanita 'Travel' Tanpa Mahram, Apa Hukumnya?

Next       : Tanam Aksesori Dalam Mata. Tak Takut Ke?

Komen Terbaru

Quote Foxey 25-7-2019 09:08 PM
Nak kurus ni, will power kena kuat, pastu kena disiplin, and rajin. Kalau takde 3 ni, memang payah

Lain-lain Komen

Quote azwanaliori 18-7-2019 10:51 AM
Dah bergaya x perlu pakai ketat pun nk tunjuk kurus caption photo yg last skali

Bg iols la org2 yg pki ketat lepas kurus tu sbb nk merasa pakai baju yg dia dah lama berkenan..  So bila iols tgok org yg dulu gemok pastu kurus pakai baju ikut saiz body takdela nk cerca ke apa.. Sbb kita tak tau betapa dia struggle dgn diri dia selama ni..  
Quote meow_tompok 18-7-2019 11:01 AM
lawa kak chik sekarang, sapa yg hina2 kak chik tu?
kak chik sempat promote coway juga yea.. hik hik hik

Quote wanokakaka 18-7-2019 11:16 AM
i pernah 80 turun 52.. lepas bsalin berat trun lepastu naik bali,,
sekarang i kena strat dri mula.. bru trun 2 kilo byk lagi ni...
Quote rayriff 18-7-2019 11:21 AM
wanokakaka: i pernah 80 turun 52.. lepas bsalin berat trun lepastu naik bali,,sekarang i kena strat dri mula.. bru trun 2 kilo byk lagi ni...

jom2 i pon otw. sebab bulan pose ritu naik balik berat. bi nak trget balik tapi 60kg la. 55 nnti habes asset i
Quote Chairman 18-7-2019 11:23 AM
ok bole la try cara ni plak...asik diet je...nmpk mknn best2 terus meleleh ayaq liuq
Quote Boomibulat 18-7-2019 11:38 AM
Klu kaka mod yg buka tred ni msti tajuk dia:
'Isteri turun 40kg,abg lebai  macho tersenyum bangga..'
Quote pumpkingirl 18-7-2019 11:45 AM
Kena rajinla prepare healthy food..jimat duit jimat kalori..biasanya badan naik ni sbb byk makan luar..nak senang kan..order je padahal kalori punyala tinggi..huhu
Quote EvieWanKenobi 18-7-2019 11:54 AM
nak prep healthy food tu yang malas..
nak grill la.. nak rebus la..
Quote emily.topaz 18-7-2019 12:12 PM
Tips yg klise. Tp kalau disiplin, mmg boleh kurus.
Quote MakcikPrada 18-7-2019 12:14 PM
Betul, seminggu je rajin prepare healthy food, lepas tu kelaut
Quote yuki812 18-7-2019 12:30 PM
dah biasa sgt citer cenggini..pasal reduce weight ni..
takde ke citer yg dpt kempiskan perut yg boroi tuk cikabg pulak..
Quote duricinta 18-7-2019 12:34 PM
Nk mkn healthy food tp mls nk sediakan...kn bgn pg masak, prepare mknn dr breakfst smpu minum ptg klu yg bekerjaya la..klu mkn kt luar mmg ke laut la
Quote Miss.Rara 18-7-2019 01:16 PM
memanggg... nak prepare healthy food memang malasss...

kalau bole bebuahan ke sayuran tu boleh dibuat stok sebulan dah lama iolss buat...

disebabkan hanya bole disimpan beberapa hari saja, pastu da kena berulang pi pasor beli...

dengan payah nak dapat parking... dgn nak pegi keje... kejor sana sini leceh laa... kekangan masa...

udahnyer kelauttt... malasss hehehehhe
Quote susukambingbest 18-7-2019 04:34 PM
Sedap2 nmpk msakan dia
Quote insulin 18-7-2019 04:38 PM
yuki812 replied at 18-7-2019 12:30 PM
dah biasa sgt citer cenggini..pasal reduce weight ni..
takde ke citer yg dpt kempiskan perut yg bor ...

Untuk cik abang, sila tendang dia ke gym.
Quote awanearisu 18-7-2019 06:00 PM
Bab susu jangan tinggal tu betul. Kita pernah baca buku kurus sebab susu. Tapi kena susu segar. Kak chik ni bijak menggabungkan semua elemen yang membantu ke arah menguruskan badan.

Yang kopi pun kita pernah baca. Ada yang sampai buat 'power shake' berasaskan kopi sebelum memulakan aktiviti senaman.

Tapi yang paling kritikal adalah istiqamah. Betul sangat bila orang kata susah nak kekalkan rutin sebegini. Tahniah kak chik berjaya mengubah dan mengekalkan rutin beliau.
Quote blekkep 18-7-2019 07:16 PM
Miss.Rara replied at 18-7-2019 01:16 PM
memanggg... nak prepare healthy food memang malasss...

kalau bole bebuahan ke sayuran tu boleh di ...


Kwn aiols ade share tips nk simpan sayur n buah kasi tahan lama, bleh thn 2-4 minggu depends jenis sayur...heols simpan stok2 buah n sayur dlm vacuum bag n letak dlm fridge bahagian sayur...aiols simpan dlm zip lock bag jah,sbb kedeks nk beli vacuum bag.

Smpan dlm tupperware or any container yg airtight or balut sutkabo pun bleh thn lame gak chuols.. kalo simpan campak2 sayur gitu jah dlm esbok mmg cpt layu. Try lar chuols
Quote serinegara 18-7-2019 08:58 PM
What I did to lose weight and making sure those extra kilos never come back, was to drink skim milk ( not low fat, not full cream).
Memang tawar lah.

But thats what I did. Rajin minum susu skim.

And I think, kena biasakan tidur ngan kipas, bukan tidur with the air cond on. I think that helps too.

I rasa dulu I gain weight sebab makan cekelat sebelum tidur AND tidur dalam bilik air cond. mana taknya lemak dah macam polar bear tu. Badan kita ingat kita tinggal tempat sejuk, so dia pun simpan lah lemak bebanyak.
Quote RatuDunia94 18-7-2019 09:11 PM
Ke KEY is DISCIPLINE!

tu je..

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.089594s Gzip On
    To Top