Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Skim Ponzi 1MDB: Najib, Jho Low Tiada Dalam Senarai 6 Individu Diburu Switzerland

Oleh: Tukang Tulis|13-7-2019 09:25 AM Komen: 5
Najib dan Jho Low tidak termasuk dalam senarai enam individu dikehendaki pihak berkuasa Switzerland. Kredit foto: The Malaysian Reserve

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak termasuk dalam senarai enam individu yang diburu pihak berkuasa Switzerland bagi membantu siasatan kes pengaliran dana meragukan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan Channel News Asia pada 11 Julai, Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber turut mengesahkan bahawa ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak berada dalam senarai.

Pada masa ini, Najib berdepan tuduhan berkaitan kes 1MDB dan  SRC International Sdn. Bhd. di mahkamah manakala pihak berkuasa Malaysia masih gagal mengesan serta menangkap Jho Low.

Michael Lauber. Kredit foto: Laman sesawang Pejabat Peguam Negara Switzerland

Dalam perkembangan berkaitan, Lauber yang berada di Malaysia untuk bertemu dengan Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu, siasatan oleh pihaknya mendapati dana 1MDB telah digunakan sebagai skim Ponzi.

"Tanpa ragu-ragu, wang mengalir keluar dari negara ini. Kita perlu melakukan sesuatu.

"Pada pandangan kami, ia adalah skim Ponzi. Pembangunan Malaysia yang menjadi matlamat 1MDB hanyalah satu helah," jelasnya.

Beliau turut mendedahkan, dana berjumlah AS$7 bilion (RM28.7 bilion) yang disiasat pihak berkuasa Switzerland dikesan berasal dari 1MDB.

Walau bagaimanapun, tujuan dana itu disalurkan dan di mana ia berada masih belum dapat dipastikan.

Tommy Thomas. Kredit foto: The Star

Lauber menjangka siasatan kes yang rumit dan besar yang dimulakan sejak tiga tahun lalu itu akan mengambil masa antara lima hingga tujuh tahun untuk dilengkapkan.

"Usahlah berharap oleh kerana saya berada di sini, dana itu akan dipulangkan esok," katanya.

Pendedahan terbaharu oleh Peguam Negara Switzerland itu pasti akan menjadikan prosiding perbicaraan Najib bagi kes 1MDB yang dijadualkan bermula pada 19 Ogos 2019 semakin menarik. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 5
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Simunggu 15-7-2019 12:05 PM

ya hantu...banyak hantu ini PH

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 13-7-2019 12:31 PM
Hensem peguam swiss tu...
Quote nono86 13-7-2019 01:50 PM
Aku baru tau tu tomitomas. Habis yang aku tengok dulu yang dulu muka bulat rambut hitam n panjang sikit tu sape pulokkk
Quote rosasen 14-7-2019 07:50 AM
so..... makin menarik ni
Quote Melorqe 15-7-2019 11:31 AM
nono86 replied at 13-7-2019 01:50 PM
Aku baru tau tu tomitomas. Habis yang aku tengok dulu yang dulu muka bulat rambut hitam n panjang si ...

tu saka dia
Quote Simunggu 15-7-2019 12:05 PM

ya hantu...banyak hantu ini PH

Lihat semua komen(5)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.148811s Gzip On
To Top