Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Rumah Pusaka 100 Tahun Berubah Jadi Rumah Hello Kitty... Cantik Tak?

12-7-2019 10:23 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 37

Rumah pusaka di kampung selalunya susah nak dijaga kerana diperbuat daripada kayu. Jadi, bila dah mereput ramai mengambil keputusan untuk merobohkan dan bina sahaja rumah baharu. Kos lebih murah dan tak perlu nak ganti macam-macam. 

Tetapi, menurut laporan mStar, seorang wanita di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak sangat menyayangi rumah pusaka keluarganya. Jadi, daripada dirobohkan dia buat keputusan untuk mengubah suai rumah tersebut. 


RUMAH PUSAKA BERUSIA 100 TAHUN JADI PINK DAN HELLO KITTY
FOTO: MSTAR

Konsepnya, rumah pusaka Hello Kitty! Penuh dengan warna merah jambu (pink). 

Hamidah Abdul Rahim,48, berkata dia memang gilakan Hello Kitty dan warna pink, maka dia buat keputusan untuk mengubah suai rumah pusaka yang sudah berusia hampir 100 dengan obsesinya itu. 

"Rumah ini sangat usang. Jadi, saya cuba perbaiki sedikit demi sedikit dan inilah hasilnya yang mampu saya buat. Tetapi, masih ada lagi yang ingin saya tambah baik.


"Apabila sudah 'gila' pink, memang semua bahagian saya nak guna warna sama dan Hello Kitty," katanya.



RUANG TAMU PENUH HELLO KITTY
FOTO: MSTAR


Kesungguhannya mengubah suai rumah pusaka itu juga dibuat kerana melihatkan banyak rumah lama di kampungnya terbiar tak terjaga. Sayanglah, kan? 


"Apabila tengok banyak rumah lama yang unik reka bentuknya tetapi terbiar kosong, saya jadi sedih. Sebab itu apabila dapat rumah ini saya ambil inisiatif untuk baik pulih dan menyuntik elemen segar dan moden kepadanya.


"Ini cara saya menghargai sesuatu pemberian yang sangat berharga dan dengan sedikit kreativiti Insya-Allah ia akan jadi menarik," jelasnya.



PINKNYAAA...
FOTO: MSTAR


Dia sudah menghabiskan RM10,000 untuk proses ubah suai dan membeli aksesori rumah pusaka Hello Kitty itu. 


Hamidah bagaimanapun, tidak menetap di situ dan hanya akan pulang sebulan sekali untuk melawatnya. 


Obsesnya Hamidah kepada warna pink itu, sampai kuih raya pun warna pink! 


"Bila dah obses, sampai kuih raya dan air pun warna pink. Pakaian jangan cakap! Nasib baik suami, anak-anak dan menantu termasuk cucu pun sporting habis mengikut karenah ibunya ini," katanya.



SATU KELUARGA MELAYAN OBSES PINK
FOTO: MSTAR


Apa kata anda, cantik ke tidak rumah pusaka Hello Kitty ini?



SEMUANYA PINK
FOTO: MSTAR


Alang-alang dah berhabis duit ubah suai tu, kalau dibuka untuk lawatan orang ramai pun, okay juga kan? - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 37
Komen

Previous : Google Cadang Pindah Kandungan Video Kanak-kanak Ke YouTube Kids

Next       : "Isteriku Belajar Masuk Dapur" - Kisah 'Seram Sedih' Seorang Suami

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 15-9-2019 06:03 PM
Over. Tapi dah alang2 tu buat airbnb la.

Lain-lain Komen

Quote azwanaliori 12-7-2019 10:38 AM
Looks tacky haha sorry baik reno bg ala ala modern minimalist
Quote Boomibulat 12-7-2019 10:46 AM
Nangis nenek moyang ko dlm kubo dikkk...
Quote Boomibulat 12-7-2019 10:47 AM
Nangis atok kau dlm kubo...
Quote EJALTI 12-7-2019 11:11 AM
Buruk....
Quote aleesyasofia 12-7-2019 11:20 AM
iolss suka juga wrna pink.. tp, idok ler trlalu obses..
Quote Lengkong 12-7-2019 11:41 AM
Bagus..ada usaha nak menjaga rumah pusaka. Ada rumah pusaka yang terbiar je




Quote harkktuih 12-7-2019 11:43 AM
Huduh sis.. Baik dibiar roboh jah dr dihias sebegitu..
Quote kaseh80 12-7-2019 12:04 PM
Rumah pusaka di buat mcm ni sedihnya

Org llagi restore rumah lama ini dijadikan rumsh hello kitty dah mereng ke?
Quote sufi^_^ 12-7-2019 12:09 PM
Tak cantik. Kot iye minat hello kitty, tak perlu mangsakan rumah antik cam tu. Kalau konsep moden minimalist baru cantik, nampak elegant.

Btw, umur 48 minat hello kitty? Hello?
Quote Artemesiaa 12-7-2019 12:21 PM
Bila dah terlalu berlebihan hiasannya terus jadi kurang menarik dan nampak murah.
Quote cikatilia 12-7-2019 12:22 PM
bersepahnya la hai hiasan
serabut

nampak makin bersepah ya
Quote Wakefield 12-7-2019 12:22 PM
sufi^_^ replied at 12-7-2019 12:09 PM
Tak cantik. Kot iye minat hello kitty, tak perlu mangsakan rumah antik cam tu. Kalau konsep moden mi ...


Hello! Kitty here.

Anyway, teringat pepto bismol.
Quote esbok 12-7-2019 01:07 PM
Kenapa manusia skarang ni tak boleh hormat apa orang lain suka? Dah dia suka. Biarlah. Sapa pulak korang yg lain2 ni nak judge apa dia buat tu buruk. Orang sekarang ni teruk betul hati masing2
Quote haryatie 12-7-2019 02:01 PM
walau pun aku suka color pink
tp tu x lawa pun, xde sape nk pegi melawat
Quote gideoncross 12-7-2019 03:17 PM
Btul ke smua family member skong? Xprcya iols.
Quote MsKoreanfanatic 12-7-2019 03:43 PM
pada iols ok je.... walau mcm terlebih sikit~
Quote crazybeach 12-7-2019 03:53 PM
sampai ke kuih raya pun pink jugak gigih ye kau



rambut napa warna grey pulak buatlah pink jugak dah alang2 kan
Quote CikB 12-7-2019 05:25 PM
ok la dr terbiar usang tiada siapa peduli
Quote vee_zara 12-7-2019 05:26 PM
Burokk sgt

Lihat semua komen(37)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085786s Gzip On
To Top