Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Wanita Curi, Jual Rantai Emas Budak Demi Telefon Bimbit Idaman

10-7-2019 04:36 PM Komen: 7
Terdesak mendapatkan telefon bimbit idaman, wanita sanggup mencuri rantai leher kanak-kanak berusia dua tahun sebelum dijual.

Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku di sebuah kedai barangan kelengkapan harian di Gong Datuk, Kuala Nerus, kira-kira jam 1.10 tengah hari kelmarin.

Hasil jualan barang kemas berkenaan digunakan suspek berusia 37 tahun itu untuk telefon bimbit yang diidamkannya.

Difahamkan, kejadian itu disedari nenek dan ibu mangsa kira-kira jam 2 petang apabila kanak-kanak itu menangis sebaik mereka tiba di rumah di Kampung Pagar Ubi, Kuala Nerus.


Gambar Hiasan

Menurut sumber, nenek mangsa berusia 54 tahun kemudian cuba mencari rantai berkenaan di seluruh rumah mereka, namun gagal menemukannya.

Mengesyaki rantai cucunya hilang ketika mereka berada di kedai barangan kelengkapan harian berkenaan, wanita itu bertindak kembali ke kedai terbabit untuk melakukan pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati rantai cucunya dicuri seorang wanita bertudung.

"Dalam rakaman CCTV itu suspek dilihat berlegar-legar berhampiran kanak-kanak terbabit sebelum mendekatinya lalu menanggalkan rantai leher dipakai mangsa tanpa disedari nenek dan ibunya yang sedang membeli barang.

"Suspek kemudian sempat meneruskan urusan pembayaran barangan dibeli di kaunter dan dilihat dalam keadaan gelisah sebelum melarikan diri," katanya.

Nenek kanak-kanak itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Gong Badak, semalam bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abd Rahim Md Din mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian sebelum suspek ditahan di sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus jam 12.10 tengah hari semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Foxey 12-7-2019 04:25 PM
Nak pakai fon canggih, p la keje. Ni mencuri, dari budak kecik lak tu. Haih.

Lain-lain Komen

Quote armin 10-7-2019 05:16 PM
Tak payahlah pakaikan emas kat budak.. tu nasib dia bukak elok2. Kalau rentap macam mana
Quote buapakperut 10-7-2019 06:43 PM
Edited by buapakperut at 10-7-2019 10:45 AM

ingatkan anak nangis dorang pujuk dan check dia sakit apa2 ka. emas yang dirisaukannya. budak tu kecik sangat lagi, jaga diri pun tak pandai,nasib tak dicederakan si penyamun
Quote Pink_Purple 11-7-2019 12:09 PM
padan muka kena tangkap dah
Quote batmana 11-7-2019 01:38 PM
sib baik ade cctv
Quote chinta89 11-7-2019 01:48 PM
adik iols pernah kena. mse tu dia baru pandai bercakap pelat2.

last2 kena tangkap dh agaknya kerap sgt buat aktiviti mcm ni.akhirnya kantoi.
Quote nono86 12-7-2019 04:12 AM
Hmm. Macam macam
Quote Foxey 12-7-2019 04:25 PM
Nak pakai fon canggih, p la keje. Ni mencuri, dari budak kecik lak tu. Haih.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.303374s Gzip On
To Top