Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Saya Sudah Korbankan Kebahagiaan Kasih Sayang Saya Demi Fizo Sekeluarga" - Mawar Karim

12-7-2019 12:11 PM|Oleh: Top5| Komen: 143

Masih lagi hangat, ramai yang tertanya-tanya apakah punca perceraian pelakon Fizo Omar dan bekas isterinya Mawar Karim. 

Ramai mendakwa nampak jelas sekali punca perceraian mereka adalah disebabkan masalah di antara keluarga mereka berdua. Masalah itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun namun mereka tidak mendedahkan kepada umum. Benarkah?


Mawar juga mendedahkan dia sudah berusaha cuba untuk menyelamatkan rumah tangga mereka namun dia reda dengan keputusan yang dipersetujui mereka dan telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2013 itu.

"Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga mereka dan cuba untuk menyelamatkannya sedaya upaya."
 
"Tapi, selama enam tempoh perkahwinan ini kami mencuba dan saya reda mungkin sampai sini sahaja saya."
 

SAYA SUDAH KORBANKAN KEBAHAGIAAN KASIH SAYANG SAYA DEMI FIZO SEKELUARGA

"Saya sudah cuba mencari keserasian dengan keluarga Fizo namun hari ini saya korbankan kebahagiaan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga," katanya kepada Mstar Online. 
 
Hak penjagaan anak pula akan menjadi tanggungjawab Mawar sehingga diputuskan kelak.

"Maryam akan tinggal bersama saya tetapi saya takkan putuskan hubungan bapa dan anak," tambah Mawar. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 143
Komen

Previous : Macam Orang Kristian! Majlis Nikah Adik Ipar Ummi Nazeera Dikritik

Next       : Sufian Suhaimi Dah Ada Pengganti Elfira Loy? Hawa Rizwana Nafikannya

Komen Terbaru

Quote matjerk 8-8-2019 09:52 PM
binipopeye replied at 8-8-2019 04:21 PM
mulai skrg... tinggal menyewa xde org gaji... padan muka!!
kemas umah sendiri.. lepas penat nk b ...

Cuma nak tanya...  Katil urut caregem yg beli 4 tahun lps acik x nak jual Preloved ke...  Buat apa byk2  kan

Lain-lain Komen

Quote krustykrab 12-7-2019 12:18 PM
Sapa yg dlm bulatan merah tu
Quote Boomibulat 12-7-2019 12:19 PM
krustykrab replied at 12-7-2019 12:18 PM
Sapa yg dlm bulatan merah tu

Rosie aka mawar
Quote akakvouge 12-7-2019 12:21 PM
dari pembacaan ahkak... cik rose tokleh gi kot dgn fmly fizo ni.. lebih sudu dari kuah maybe... hmmmm
Quote buragazz 12-7-2019 12:23 PM
Katanya FIZO ni since business dok sebelahkan family belah Kalantan masa dengan Dak Yam pun kejap naw..  Mawar pun Business tapi sedaya upaya bahagikan masa.. Aku dapat dari sumber yang sangat rapat dengan salah seorang dari mereka berdua... tapi tak tau lah kebenarannya..
Quote krustykrab 12-7-2019 12:27 PM
Boomibulat replied at 12-7-2019 12:19 PM
Rosie aka mawar

Tembam semacam je...
Quote krustykrab 12-7-2019 12:27 PM
akakvouge replied at 12-7-2019 12:21 PM
dari pembacaan ahkak... cik rose tokleh gi kot dgn fmly fizo ni.. lebih sudu dari kuah maybe... hmmm ...

Ke sbb family fizo ni x blh accept org luar...
Quote ffbeauties 12-7-2019 12:52 PM
Bukan nak kata tapi ada sesetengah family dari kelantan memang tak boleh/susah nak terima orang luar.

Walauponn kalau kahwin senegeri pon gadoh jugak kuarga mentua dengan menantu...
Quote chekacheku 12-7-2019 01:09 PM
Gitulah kebanyakan realiti..bila salah sorg xnak berkorban..sorg akan menjeruk rasa..beza mawar ni dia bijak..dia xbiar idup dia trus derita..semoga baik2 saja utk kamu ank beranak.
Quote tembamgirl09 12-7-2019 01:11 PM
ffbeauties replied at 12-7-2019 12:52 PM
Bukan nak kata tapi ada sesetengah family dari kelantan memang tak boleh/susah nak terima orang luar ...

hish..apa punya org tua la camni..redha je la kalu dah gitu jodohnya kan..kot suma takleh terima elok simpan je anak tu dlm perut sampai bila2
Quote Lavender_Violet 12-7-2019 01:28 PM
Second couple yg bercerai sebab keluarga lebih sudu dari kuah. First was FS & Jejai.

Entah lah...bagus kah Mawar angkat kaki atau lebih bagus dia bersabar since dia pun sama sibuk berbisnes. So Fizo bnyk luangkan masa atau tak, pedulikkan...bila fizo balik rumah, jadi macam suami isteri normal, bila Fizo busy, busykan diri jugak dgn bnda2 lain. Mungkin Fizo busy nak kukuhkan bisnes...ye lah..masa muda ni lah nak kena kerja kuat, cari harta..Nanti tak lah dikata makan reta bini yg kaya raya. Bisnes pulak based kat K'tan, so mmg masa bnyk dgn family sana lah. Fizo mesti nak buktikan jugak dia mampu sara dan senangkan keluarga dia sendiri. Normal lah utk lelaki yg ada otak

Tapi Mawar pulak jenis yg nak Fizo sentiasa ada disisi kot...so hal ni pada Mawar ialah sesuatu yg besar dan serius. Cuba bertahan tapi akhirnya tak mampu jugak..plus family Fizo yg mcm in laws from hell agaknya
Quote copy_paste 12-7-2019 01:33 PM
bila ada org ketiga mmg rosak rumahtangga,
Quote vee_zara 12-7-2019 01:54 PM
ffbeauties: Bukan nak kata tapi ada sesetengah family dari kelantan memang tak boleh/susah nak terima orang luar. Walauponn kalau kahwin senegeri pon gadoh jugak  ...

My officemate org kelate asyik berantem je ngan mak mertua dia. Kesian sungguh dapat mak mertua mata duitan. Dah la mak takde, mak mertua mcm tu pulak. Pantang pun sorang2 sis padahal mak mertuanya duk dekat je ..
Quote CiliPadiSedap 12-7-2019 02:35 PM
kalau lebih sudu dari kuah tukarlah senduk ? nape nak pakai sudu buruk lagi?
Quote qasehnora 12-7-2019 02:42 PM
Semoga mereka bertaut semula sebagai suami isteri
Quote Aunty_Acid 12-7-2019 02:44 PM
Edited by Aunty_Acid at 12-7-2019 06:45 AM
CiliPadiSedap replied at 12-7-2019 06:35 AM
kalau lebih sudu dari kuah tukarlah senduk ? nape nak pakai sudu buruk lagi?

haha bila ko sebut senduk, teringat aku pd surang retis muka senduk tu hahaha
dulu ms dia putus dgn bf dia kemahin dia ajak kwn2 retis, mua, wartawan, bff, pemenat segala memulaukan ex bf dia
smpi skrg bff dia dan dia masih x move on tetep berdendam smpi skrg
budus tul, itu contoh jenis kwn yg menarik kita ke nurakah

Quote miminn 12-7-2019 02:54 PM
tak sukanya lah macam ni. kesian dedua. tapi nak buat macam mana.
Quote manehnya 12-7-2019 02:56 PM
biar pas ni pizo gila talak , tengok mawar shegak mcm x ada apa yg berlaku
Quote orkidorkido 12-7-2019 03:03 PM
Masih baru, masih boleh rujuk. Give them time la. Maybe bila keadaan macam ni baru rasa rindu, baru sedar silap masing-masing.
Quote meow_tompok 12-7-2019 03:26 PM
bukan menantu ni kita patut meraikan mereka ker?
menantu ni org baru dlm keluarga kita, mereka dtg jadi tetamu yg rapat dlm keluarga kita

Lihat semua komen(143)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.135257s Gzip On
To Top