Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Ditegur Staf Meghan Markle Kerana Mengambil Gambarnya, Tapi Lelaki Ini Sebenarnya...

10-7-2019 01:25 PM Komen: 51
Penonton di Wimbledon dilarang daripada mengambil gambar Meghan Markle yang hadir di kejuaraan itu.

The Sun melaporkan, pegawai perlindungan Duchess of Sussex itu dilihat memberi amaran kepada beberapa penonton berhampiran yang berbuat demikian.


Kredit foto: The Sun

Isteri kepada Putera Harry itu hadir bersama dua temannya untuk menyokong sahabatnya, Serena Williams yang menyertai kejuaraan itu, minggu lalu.


Kredit foto: Javier Garcia/Mirror

Tidak berapa lama kemudian, pegawai perlindungan diraja terbabit dilihat bercakap dengan seorang penonton dua baris di hadapan Meghan.

Namun, agak melucukan apabila lelaki itu sebenarnya tidak merakam gambar duchess berkenaan, sebaliknya hanya merakam swafoto berlatarbelakangkan perlawanan yang sedang berlangsung.


Kredit foto: Javier Garcia/Mirror

Manakala, Sally Jones, 64, yang duduk di barisan sama dengan Meghan mendakwa bahunya ditepuk pengawal keselamatan terbabit sebelum diberi amaran supaya tidak mengambil gambar duchess itu.

Bagaimanapun, bekas pengulas sukan BBC itu mendakwa dia sebenarnya sedang mengambil gambar Serena dan langsung tidak menyedari kehadiran Meghan di situ.

"Saya rasa, pegawai berkenaan kelihatan agak malu dan bingung apabila diminta melarang penonton daripada mengambil gambar Meghan," ujarnya.


Kredit foto: The Sun

Dia kemudian bertanya kepada lelaki terbabit sama ada pihaknya sudah berbincang dengan jurukamera stesen televisyen mengenai larangan merakam gambar Meghan menyebabkan pegawai terbabit tersipu malu.

Sementara itu, pengacara Good Morning Britain, Piers Morgan menuduh pasangan diraja Sussex berkenaan sebagai pasangan hipokrit.



"Jika dia mahukan privasi, pulang saja ke Amerika Syarikat!" ujarnya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
2
Bosan
0
Komen: 51
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Eliadaisy83 17-7-2019 12:48 PM
Dgn perangai si Meggot camni memang tak lama la...paling lama 3tahun je aku bagi

Lain-lain Komen

Quote LadyCarefree 10-7-2019 01:38 PM
Padan muka megen.
Quote prettyuglybabe 10-7-2019 01:41 PM
poyonya dia ni..
padan la ramai tak suka..
Quote jalfa 10-7-2019 01:41 PM
Org po x perasan ko sapa dek...; lg best tgk sarena bergoyang goyang
Quote umbut 10-7-2019 01:43 PM
Eeewwww...
Quote noraidil_06 10-7-2019 01:45 PM
Lawanya Meghan markle
Quote RatuDunia94 10-7-2019 01:50 PM
Nonsense...
Quote riyadhK 10-7-2019 01:51 PM
Setepek kena. Balik murika jela mekgan.
Quote Themilo 10-7-2019 02:04 PM
kosser sangat dengan spesis insecure camni.. ingat la asal usul kau dulu megan..
Quote alieyrina 10-7-2019 02:06 PM
Haahaa..perah santan..tah pacik tu pun x kenai sapa dia tu
Quote Foxey 10-7-2019 02:28 PM
No wonder la dislike by many
Quote cyber_mania 10-7-2019 02:35 PM
Ala kan dah malu ...
Quote nisako 10-7-2019 02:41 PM
hahahahhha padan muka.........
Quote bondeh 10-7-2019 02:43 PM
Meghan busuk booooo
Quote orkidorkido 10-7-2019 02:44 PM
Gila apa prempuan ni? Nak privasi duk dalam rumah diam-diam la. Nak privasi tapi pergi pasar malam, macam bingai. Nak privasi kerja cari duit sdiri. Rakyat duk tanggung kau tau tak! Huhh marah pulak aku walaupun berlaku di negara zimbabwe
Quote merrissa 10-7-2019 02:53 PM
WKAKAKAKAKAKKA malunyaaaaaa...........x kose org nk tngkp gambar dia...drama pon hauk
Quote SherryZass 10-7-2019 03:01 PM
Haha. Nak tompang gelak je
Quote mbhcsf 10-7-2019 03:02 PM
owhhhhhh i miss wimbledon....hmm...
Quote qistiena 10-7-2019 03:05 PM
patutlah pun ramai staff dia berenti...
poyo x bertempat
Quote kucingitam 10-7-2019 03:09 PM
hahaha...diva sgt ko ni megan..

Lihat semua komen(51)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.286679s Gzip On
To Top