Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Terjawab Sudah, Fizo Omar Ceraikan Mawar Dengan Talak Satu

10-7-2019 11:21 AM|Oleh: intan| Komen: 2486

Setelah berminggu isu mengenai rumah tangga di antara Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim menjadi teka-teki di kalangan netizen, akhirnya terjawab.

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar kini sah menceraikan isterinya dengan talak satu pada pagi Rabu, memetik Mstar Online. 


Ikatan perkahwinan yang hanya bertahan selama 6 tahun itu akhirnya punah apabila Fizo ataupun nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 34, melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar, 30, pada pukul 10.55 pagi ini.

Lafaz tersebut telah dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Che Abdullah Che Hassan.

Sebelum ini, bekas isteri Fizo telah memfailkan permohonan cerai pada 5 Julai lalu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.



Perkahwinan mereka berdua sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan, iaitu Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun. Sebelum ini, Fizo pernah memberitahu media bahawa dia mengakui terkejut kerana Mawar sudah mendapatkan nasihat daripada peguam mengenai masalah rumah tangga mereka.

Isu mengenai keretakan rumahtangga artis dan usahawan tudung tersebut menjadi bualan hangat netizen apabila Fizo dan Mawar dilaporkan menyambut hari raya secara berasingan. Mereka berdua juga sebelum ini pernah menjadi bualan netizen apabila bersusah payah mendapatkan khidmat pakar semata-mata untuk mendapatkan zuriat sebelum dikurniakan si kecil, Wan Maryam.

Apa-apapun, doakan sajalah yang terbaik untut mereka, mungkin jodoh sudah tiada. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
6
Terkejut
2
Sedih
5
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 2486
Komen

Previous : "Instagram Kami Bukan Free!"- Sharifah Sakinah Maki Stesen TV

Next       : Macam Orang Kristian! Majlis Nikah Adik Ipar Ummi Nazeera Dikritik

Komen Terbaru

Quote ekong 17-10-2019 03:16 PM
obses_budak replied at 11-7-2019 12:27 PM
Mcm i ols dh bercerai.. Melalui persetujuan onceraian..mcm dak mawar ni.. G jaim kaunseling 3kali. ...

Tq uols sbb explain padu

Lain-lain Komen

Quote Asdan 10-7-2019 11:28 AM

takdir   
Quote PuanAbby 10-7-2019 11:29 AM
Omaigod! Terkujat!
Quote Pixie902 10-7-2019 11:29 AM
Takziah...
Quote RatuDunia94 10-7-2019 11:30 AM
Edited by RatuDunia94 at 10-7-2019 12:32 PM

So kena kembali ke jalanan lah Fizo lepas ni sbb mesin ATM dh xde..
Quote orkidorkido 10-7-2019 11:30 AM
Ohmygod
Apa yang sampai tak boleh settle baik-baik ni?
This is sad
Quote little_sis 10-7-2019 11:31 AM
dh dpt agak dr gosip sblm ni tp still aku terkejut.. maybe x mampu lg bertahan..
Quote lantodak 10-7-2019 11:32 AM
Bertabahla fizo mawar.
Quote cLiNiQue^HaPPy 10-7-2019 11:32 AM
saya korbankan kebahagiaan demia fizo sekeluarga
Quote sambal_kicap 10-7-2019 11:33 AM
Takziah...
Quote roti_banjir 10-7-2019 11:33 AM
Edited by roti_banjir at 10-7-2019 11:34 AM
RatuDunia94 replied at 10-7-2019 11:30 AM
So kembali kena kembali ke jalanan lah Fizo lepas ni sbb mesin ATM dh xde..

memang dah nampak muka dia start bersepah kat TV....

Drama kat TV3 sebelum nih, Setelah Cinta Itu Pergi, ada muka dia. jd adik beradik ngan abam Fahrin Ahmad....

setelah agak lama menyepi...



Apapun, takziah pada pasangan nih. Jodoh tak panjang, moga ada sinar yg lebih baik menanti.....
Quote youell 10-7-2019 11:33 AM
Walaupun tak minat both.. Tp bab cerai berai ni..sedih la rasa. Anak comel pulak tu..semoga yg baik2 saja utk diorg sekeluarga..sian anak
Quote Ouhsomee 10-7-2019 11:33 AM
Im shocked!
Quote aammyy 10-7-2019 11:34 AM
Allah... Walaupun kita tau depa ni tgh problem. Penceraian adalah satu benda yg sgt berat (bagi aku la).
Quote Badigol 10-7-2019 11:35 AM
Edited by Badigol at 10-7-2019 03:50 AM

Allah
sedihnya..nampak macam bahagia,sekufu,kluarga yg baik baik,punya anak pun comel,gosip pelik pelik tak ada,less attention (not too popular kapel),xdela show off sgt,tapi takdir jodoh tak panjang..semoga yang baik baik je utk depa bdua..



Quote Beautifulliar. 10-7-2019 11:35 AM
Bgus lah mawar tak pegang konsep asal berlaki. In fact sheols yg mulakan langkah g consult peguam n failkn cerai segala sedangkn fizo taktau ape2. Meols speku mmg sheols dh lama makan ati. Pompuan bekerjaya n ada segalanya mmg deme xheran ada tok laki ke tak. Klo tok laki buat hal and tak mampu nk senangkn ati pmpuan tu sebgai bini, mmg sheols sndri yg xsnggup nk duk skali buang ms lagi konsepnye aku idup sndri pn boleh je survive ngn ank. Tak pyh nk pujuk2 lagi.
Quote kucingitam 10-7-2019 11:37 AM
adakah bener sebabkan family fizo lebih sudu dari kuah?
Quote makneng 10-7-2019 11:39 AM
Good for you mawar. Mak rasa mawar ni dah move on lama. So mak wish her luck.
Quote puanbintang 10-7-2019 11:39 AM
Dah takdir, jodoh mereka sampai sini je....apapun semoga diberikan kekuatan kepada mereka..
Quote yangsemb 10-7-2019 11:41 AM
Salam takziah utk Mawar & Fizo...

Lihat semua komen(2486)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.139516s Gzip On
To Top