Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Kami Dah Tak Tinggal Sebumbung .." Hana Azraa Dan PU Abu Bakal Bercerai?

9-7-2019 05:21 PM|Oleh: intan| Komen: 375

Tak habis-habis dilanda kontroversi dek perbuatannya menceraikan bekas isteri Ain Afini ketika sarat hamil, kini PU Abu kembali lagi dengan isu kontroversi terbaru juga berkaitan dengan rumah tangganya dengan isteri baru, Hana Azraa.


Dikatakan perkahwinan kedua PU Abu sedang goyah dan mulai retak menanti belah setelah dua bulan tempoh beliau sah menceraikan bekas isterinya yang terdahulu. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sehingga syurga nampaknya tidak membuahkan hasil apabila rumah tangga mereka turut diuji.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh tuan empunya badan, Hana Azraa iaitu isteri PU Abu kepada wartawan mStar. Menurut Hana atau nama sebenar Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan suaminya PU Abu sudah tidak lagi tinggal sebumbung dan telah membawa haluan masing-masing.


"Saya dan suami kini dalam proses bercerai. Dah tak tinggal sebumbung, saya di Kedah dia pula di Kuala Lumpur."
"Saya tak mahu lagi dikaitkan dengan Abu di media, hidup saya sudah cukup dengan anak-anak dan kerjaya." ujarnya kepada mStar.

Hasil kaji siasat netizen juga mendapati mereka berdua juga sudah tidak mengikuti instagram masing-masing di laman sosial. 

"Tujuan saya memberitahu hal ini adalah untuk netizen tahu keadaan sebenar antara Abu dan saya supaya tiada salah faham tentang kami."

Hana juga memaklumkan hubungan dengan PU Abu akan berakhir dengan baik selain mendoakan kebahagiaan suaminya dan Ain (bekas isteri PU Abu) serta anak yang baru lahir mereka  bahagia sampai ke syurga.


Difahamkan, pihak mStar juga telah menghubungi PU Abu mengenai pendedahan ekslusif isterinya, namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini.

"Saya dan Hana masih suami isteri." balasnya ringkas.

Konflik dan isu mengenai kehidupan peribadi Pencetus Ummah Abu ini diketahui umum dan menjadi kecoh seketika di kalangan warga net apabila perbuatan PU Abu bertindak menceraikan isteri pertamanya ketika sarat mengandung telah mengundang kecaman netizen. Kemudian, PU Abu bernikah buat kali kedua dengan isterinya kini, Hana Azraa, seorang janda yang dikaitkan sebagai punca penceraian mereka berdua. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 375
Komen

Previous : "Instagram Kami Bukan Free!"- Sharifah Sakinah Maki Stesen TV

Next       : Lelaki Mirip Chef Selebriti Buat Aksi Lucah, 'Phone Sex' Sampai Terjelir-Jelir Lidah

Komen Terbaru

Quote Asdan 17-7-2019 12:14 AM
abadi84 replied at 16-7-2019 11:31 PM
Aku beriman dgn rukun iman, islam dan mazhab syafie...dlm mazhab syafie tak wajib tutup muka....tu ...

wajib/tidak ikut hadis, kau tak jawab, mungkin tak yakin, kalau nak beriman kena yakin,

mazhab syafie wajib tutup seluruh tubuh termasuk muka & tapak tangan,

Lain-lain Komen

Quote msdummy.2018 9-7-2019 05:23 PM
tuhan slalu bayar cash kan?
Quote missycutie 9-7-2019 05:26 PM
Wah.....dahsyat betul si abu ni. Dalam masa 3 bulan, nak bercerai kali ke 2. Dengan bini2 yg berbeza pulak tu. Nampak sgt la si abu ni yg problem. Yg dikejar x dapat, yg dikendong berciciran.
Quote leftrani_kel 9-7-2019 05:27 PM
Takziah.. Semoga Dapat pengajaran..
Quote sofinamini 9-7-2019 05:27 PM
hoh apakahhhhh . wait they all nie bukan baru kawin ke ? bukan ke ada forumers kata ada diinterview they all berdua sedang bahgai gile ermm pindah rumah ? beli perabot bagaiii . woii engko igt kawin nie mcm main pondok2 dulu ke. tak suka tak kawan camtuh . yihhhhhh
Quote mixed 9-7-2019 05:27 PM
pukibooo  

cashhh
Quote ira_sindarella 9-7-2019 05:28 PM
mohon bukak kalkulator. aku syak pasangan ni mcm ada something dan sound fishy....

aku syak hanaaa azra ni sajer jerat abu sbb nak coverina dia preggie. at first place hanaa azra tak ingin pun nikah ngan abu kepam dan sengkek
Quote uori 9-7-2019 05:28 PM
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!
Quote Asdan 9-7-2019 05:28 PM

apa nak jadi dengan golongan nampak beragama ?
Quote siq 9-7-2019 05:28 PM
so nak balik ke bini lama kah? harap bini lama takkan terima balik.. kalau terima kau memang bodoh
Quote Atata 9-7-2019 05:29 PM
sofinamini replied at 9-7-2019 05:27 PM
hoh apakahhhhh . wait they all nie bukan baru kawin ke ? bukan ke ada forumers kata ada diinterview  ...

Hhaahahahahaha. Bongok gila kapel ni. Budak2 sgt
Quote virgo19 9-7-2019 05:30 PM
Agaknya lepas kawin, hana azra rasa tak berbaloi kualiti pensil 2b dgn makian yg diterima dari netizen.
Quote ira_sindarella 9-7-2019 05:31 PM
Edited by ira_sindarella at 9-7-2019 05:33 PM

bulan 4 gossip klua.
bilan 5 cerai.
bulan 7 kata cerai..

kalau dalam bulan 3 si abu dah kawin ngan hanaa azra dan dia jenis sharp shooterrr... dlm bulan 11 bebi akan klua.. kalau awal drpd tu.. bersiap sedia ler dengar cerita mcm mcm lagiii.
Quote qusairy 9-7-2019 05:31 PM
Asal nak cerai hari tu hadap sgt dgn abu ni, pastu?? sbb abu ni pi kat anak dia ke?? sakai btoiiilah
Quote sofinamini 9-7-2019 05:32 PM
Atata replied at 9-7-2019 05:29 PM
Hhaahahahahaha. Bongok gila kapel ni. Budak2 sgt

Dasarnya perangai jantan nie. ok lah terlahar pulak . ke binik baru merajuk tak dpt perhatian terus kata tak sebumbung segala bagaiiii . selain buah & partner, iolls jugak rensa dgn jantan nama abu nie. perosak imej lelaki jee e
Quote Adeakukesah11 9-7-2019 05:32 PM
Tudia kawin cerai mcm beli topap kat kedai sajosss

Quote ira_sindarella 9-7-2019 05:35 PM
sofinamini replied at 9-7-2019 05:32 PM
Dasarnya perangai jantan nie. ok lah terlahar pulak . ke binik baru merajuk tak dpt perhatian teru ...

aku tak rasa dia merajuk.

aku rasa dia taknak pun si abu at first place... aku syak si hana azraaa nak cover termengandung sebelum nikah. si abu je bodooo sudi jadi pak sanggup smpai buang bini yg tgh preggie.
Quote sofinamini 9-7-2019 05:37 PM
ira_sindarella replied at 9-7-2019 05:35 PM
aku tak rasa dia merajuk.

aku rasa dia taknak pun si abu at first place... aku syak si hana az ...

heshhh takkan lah . she mengandung ke ? i tak de dgr pun any news kata she mengandung ? org gile je nak kt abu nie. yihhhh aku mmg cannot la jantan nie. mmg otometik nak melahar . koserrr nak positive kt jantan nan satu nie
Quote Asdan 9-7-2019 05:37 PM

orang alim memang banyak cobaan, banyak kejadian aneh, sebab itu cari pasangan atau kawan, jangan cari orang alim, supaya tak terlibat dengan cobaan,
Quote beta_carotene 9-7-2019 05:38 PM
Wow sensasinya..

PU Aburit dah tipah tertipu gitcheawww

Lihat semua komen(375)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.078802s Gzip On
To Top