Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Batuk Berdarah, Rupanya Ada Lintah Menghuni Dalam Tekak

Oleh: natrahn|10-7-2019 10:46 AM Komen: 8
Lintah merupakan haiwan anelid yang merangkumi subkelas Hirudinea. Terdapat pelbagai jenis lintah air tawar, air laut dan daratan. Ramai yang geli dan ada individu akan menjerit-jerit apabila melihat lintah, apatah lagi kalau melekat, menggigit dan menghisap darah pada pangkal kaki. 


Gambar Hiasan

Bolehkah anda bayangkan jika lintah ini berada di tekak anda? Peristiwa ini berlaku pada seorang wanita di Guiyang, China yang kerap batuk berdarah dan berasa tidak selesa di tekaknya. 

Kegusaran wanita dikenali sebagai Wang akhirnya terjawab apabila doktor mengesahkan terdapat seekor lintah yang menjadi 'penghuni' mulutnya ketika menjalani pemeriksaan di sebuah hospital tempatan.


Ihsan : Mirror UK

Pemeriksaan doktor mendapati seekor lintah melekat bahagian saluran pernafasannya semasa menjalankan proses bronchoscopy. Imej menunjukkan parasit tersebut dengan ukuran 1.2 inci sedang melingkar pada bahagian glotis yang berhampiran peti suara. 

Doktor membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan lintah berkenaan selain mengelakkan kecederaan lebih serius sekiranya lintah itu dikeluarkan secara paksa. 


Foto: DailyMail/AsiaWire

Sementara itu, Daily Mail melaporkan Wang yang bekerja di sebuah ladang berkata, dia mempunyai tabiat minum air mata air yang mungkin menyebabkan dia tertelan telur lintah atau larva yang kemudian menetas dalam saluran penafasannya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote DeeHanania 14-7-2019 05:50 AM
Makaiii geli yer....

Lain-lain Komen

Quote syadq 10-7-2019 11:01 AM
Jangan tiru cara China guna pembaris.
Quote nononcrux 10-7-2019 11:10 AM
syadq replied at 10-7-2019 11:01 AM
Jangan tiru cara China guna pembaris.

hahah ape la.. asal bole je ukur..
Quote nononcrux 10-7-2019 11:10 AM
cina kan suka mkn pelik-pelik.. tu la dia
Quote Kurex 10-7-2019 11:20 AM
Slugtera kuasa api
Quote buapakperut 10-7-2019 12:35 PM
napa tak minum air masak? ingat badang ka.
Quote Foxey 14-7-2019 12:36 AM
Ngeriii seh. Tak suka lintah atau pacat, ni kan masuk lepak kat tekak.
Quote MissVixen 14-7-2019 01:35 AM
Minum air mata air pun kena. Aaaa. Gelinyaaa  
Quote DeeHanania 14-7-2019 05:50 AM
Makaiii geli yer....

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.153975s Gzip On
To Top