Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Sangka Sakit Urat Selepas Ke Pantai, Rupanya Cacing 'Berzumba' Dalam Tapak Kaki

9-7-2019 10:50 AM|Oleh: intan| Komen: 25

Jika kita berjalan di persisiran pantai, pasti kita akan membuka kasut supaya lebih 'feel' berjalan atas pasir halus itu. Berkaki ayam di atas pasir juga merupakan satu terapi seakan akan refleksologi kepada tubuh badan.

Namun, lain pula yang terjadi pada saudari Nurul Ezzatul Akma apabila dirinya dijangkiti cacing yang dikenali sebagai Cuteneus Larva Migrant setelah berjalan tanpa kasut di atas pasir. Pada mulanya, dia mengalami sakit urat setelah ternampak akan seperti garisan timbul di kakinya.

kredit foto:Mstar online

"Saya rasa macam ada sesuatu bergerak dekat kaki pada setiap malam, seolah-olah seperti berzumba'. Kemudia doktor kata cacing memang bergerak waktu malam", ujarnya. Namun hari demi hari, rasa gatal semakin menjadi-jadi selepas urat bawah kakinya mula timbul.

"Seperti ada sesuatu dalam kaki tapi tak tahu itu sebenarnya cacing. Selepas mencuba untuk mengurut, tapak kaki semakin gatal sampai tak boleh nak hadap."

kredit foto:Mstar online

kredit foto:Mstar online
Wanita tersebut ada juga menanyakan di Facebook mengenai keadaan kakinya dan ramai mengatakan itu adalah cacing. Mereka semua tahu sebab ada pengalaman dan pernah membaca mengenai perihal cacing dalam badan. 

Dia tidak menyangka kerana tidak pernah berlaku sebelum ini, jadi dia pun tidak tahu. Menurutnya lagi, dia dijangkiti penyakit tersebut sementelah bercuti di Port.

"Kawasan pantai yang panas menyebabkan cacing itu berada dalam pasir. Cacing itu mungkin berasal dari tahi anjing atau kucing. Doktor pun tidak tahu kedudukan cacing di mana jadi agak susah nak keluarkannya. Saya demam sebab jangkitan kemudian beransur baik. Cacing pun dah mati cuma garisan bawah tapak kaki masih ada dan sudah pudar. Saya tak perlu ke hospital dah." Jelas Nurul.


Susulan kes tersebut, pihak Public Health Malaysia juga telah memaklumkan kepada orang awam mengenai bahaya jangkitan cacing disebabkan oleh najis haiwan ini. Pastikan anda sentiasa memakai kasut ketika berjalan-jalan di luar rumah dan memastikan haiwan peliharaan anda tidak membuang najis di merata-rata terutamnya haiwan seperti anjing dan kucing. - CARI 




Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 25
Komen

Previous : Ngeri! Gara-Gara Terapi Ikan Di Thailand, Wanita Ini Hilang Semua Jari Kaki

Next       : Nak Umur Panjang? Jalanlah Laju Sikit!

Komen Terbaru

Quote doublechi 2-8-2019 07:27 PM
There are numerous straightforward activities for a twofold jawline exercises for double chinconsume fat in these territories, and might be a vital piece of disposing of a twofold jaw

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 9-7-2019 11:29 AM
Sebab tu kena pastikan kena pakai kasut pantai atau sandal jangan berkaki ayam sebab tak tahu akan kebersihan kawasan pantai yang kita nak lalu.  Bukan semua kawasan pantai tu bersih seperti yang kita sangkakan
Quote mbhcsf 9-7-2019 11:38 AM
huhhhh? wowwwww hmmmmm interesting

ni najis haiwan seperti anjing an kucing perlukan kendalian sanitasi yg bagus

see? org lain jadi mangsa
Quote nazzse 9-7-2019 11:38 AM
Cacing masuk melalui luka tu nampan ada kesan luka lama
Quote bulan_gerhana 9-7-2019 11:46 AM
uiii scary..
Quote annabellaruz2 9-7-2019 11:54 AM

apa ni?
menakutkan la pula..



Quote kikuri 9-7-2019 12:06 PM
oh myyyyy... dah la iols suka pijak pasir pantai
Quote saviour_09 9-7-2019 01:07 PM
aku ingat kalo pantai kat pulau2 ok kot
kalo pantai2 dalam negeri2 ni
banyak kucing & anjing laa

banyak kali dah aku tengok kucing2 kat teluk cempedak relax je melepas sambil pekena angin pantai
syahduuuu
Quote d_anne04 9-7-2019 01:24 PM
saviour_09 replied at 9-7-2019 01:07 PM
aku ingat kalo pantai kat pulau2 ok kot
kalo pantai2 dalam negeri2 ni
banyak kucing & anjing laa

aah..
kat pulau² pantai bersih...
xde sebarang sampah dan najis binatang..

pantai di indonesia dan thailand banyak anjing...mesti lagi byk cacing


Quote Malaysia.Doom 9-7-2019 01:31 PM
saviour_09 replied at 9-7-2019 01:07 PM
aku ingat kalo pantai kat pulau2 ok kot
kalo pantai2 dalam negeri2 ni
banyak kucing & anjing laa

Pantai Kat Semenanjung Malaysia banyak Tak cantik...

Kalau Pantai Kat Sulawesi cantik2.
Quote UVtech 9-7-2019 01:32 PM


aku dah la rajin pergi pantai
Quote manjalara_01 9-7-2019 01:51 PM
kucing2 yg jd pets dah deworm..so should be ok...tp just in case kadang2 tuan pun kena mkn ubat cacing jgk..

tp kes ni bwh kulit...disgustingnye!...
Quote Pink_Purple 9-7-2019 04:26 PM
menakutkan                     
Quote nono86 9-7-2019 05:49 PM
Uh scary nye... kalau kat gigi pantai pun tak boleh jugak ke
Quote che-cikL 9-7-2019 06:20 PM
Kebetulan ni nak tanya pengalaman cik kak cik abang dlm ni.

Ada tak sini makan ubat cacing dah dewasa umur sekarang ni. Iols makan masa sekolah rendah zaman 80an dulu, misi dtg sekolah bagi.

Ipar saya (umur 40an, perempuan) muka dia jerawat penuh. Pastu dia makan ubat cacing sbb ada org suggest supaya hilangkan jerawat tu. Tapi ni cerita dua tiga tahun lepas. Saya x pasti dia makan tak ubat cacing tu, tapi yg pastinya jerawat dia tak de nampak surut2, merah sentiasa pipi dan dahinya.

Tu lah terfikir sesekali sama ada cacing blh naik ke mana2 anggota badan yg lain, selain duk dlm perut/usus.
Quote clarizsa 9-7-2019 06:34 PM
Seramnyaaa

Sbb kalau kat pantai mmg akan barefoot je

Mujurlah tak pernah kena cmni
Quote Boomibulat 9-7-2019 06:38 PM
         
Quote monreyes 9-7-2019 09:41 PM
Edited by monreyes at 9-7-2019 09:42 PM

dekat PD ada pasir yg kasar2 kaler oren n yg kat hujung2 banyak batu besar tu pasir dia halus mcm tanah...warna dia pun lain....
kat situ memang sentiasa lembab...
kat situ lah aku nampak cacing putih...banyakkkkkk siot
eeeeeeee......
mmg malanglah sape yg suka kaki ayam kat situ...
kat pantai Morib aku tengok pasir dia pun ghope itu
Quote Lengkong 9-7-2019 09:50 PM
Takutnya..biasalah kat pantai tak berkasut baru tau bahaya





Quote arasham 9-7-2019 10:04 PM
che-cikL replied at 9-7-2019 06:20 PM
Kebetulan ni nak tanya pengalaman cik kak cik abang dlm ni.

Ada tak sini makan ubat cacing dah de ...

Mmg satu keluarga wajib  mkn 6 bln sekali. Sbb kami suka berkebun

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.077056s Gzip On
To Top