Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Zaman Pelakon Kayu Dah Jadi Sejarah" - Fattah Amin Kini Dipuji Lakonan Mantap!

6-7-2019 08:42 AM|Oleh: nameera| Komen: 110

Wah! Nampaknya ramai yang memuji lakonan Fattah Amin sekarang. 


Kredit Foto: instagram.com/fattahaminz/

Rata-rata netizen memuji lakonan Fattah dalam drama Cetera Hati Diya menerusi slot Samarinda di TV3 sangat mantap dan hebat sehingga berjaya menusuk ke hati dan membuat mereka menitiskan air mata. 



Bahkan, ada yang berpendapat zaman Fattah Amin pelakon kayu sudah menjadi sejarah



Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan netizen menyatakan yang mereka pada awalnya bukanlah peminat Fattah Amin. Namun, setelah menonton drama ini, mereka merasakan Fattah berjaya melakon watak ini dan lakonannya sangat menjadi.



Saat ini, drama lakonan Fattah Amin sedang ditayangkan jam 10 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis. 

Drama berjudul Cetera Hati Diya merupakan adaptasi dari novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila. Drama 15 episod terbitan syarikat Wiranusa Corporation Sdn Bhd ini diarahkan Raja Mukhriz mengisahkan Zahil (Fattah Amin) yang nekad ingin mengahwini Diya (Azar Azmi) dan bertanggugjawab di atas kesalahan adiknya yang memperkosa Diya. 

Namun, perasaan Zahil yang pada awalnya hanyalah simpati dan rasa tanggungjawab berubah menjadi cinta. Bahkan, saat cinta mereka berdua sudah berputik, Diya kembali membenci Zahil setelah mengetahui suaminya itu ialah abang dari jejaka yang memperkosanya. Bagaimanapun, dalam masa sama, Zahil diduga dengan penyakit kronik.

Menarik juga jalan ceritanya ya? Bagus, Fattah! Semoga sukses selalu. Teruskan berkarya. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 110
Komen

Previous : Wanita Serah Diri, Janji Bayar Balik Secara Ansuran RM200

Next       : Panas! Perang Dengan Cik Epal, Michael Ang Dituduh Menempel Populariti Sebab Sendu?

Komen Terbaru

Quote Ritacomels 13-7-2019 10:58 PM
kacang^soya replied at 13-7-2019 09:46 AM
Kan..si safik tu heols boleh bawak statik2 jah gitu..mcm watak romantik lovey dovey cerita mencint ...

Hahaaaa yaaaa exactlyy

Lain-lain Komen

Quote lebahberachun 6-7-2019 08:49 AM
aku takleh blah tgk lakonan die dlm cerita playboy tu. mmg tahan kayu jati abis. mcmana boleh lepas casting pon taktau. boleh tgk die mmg semakin improved. bg aku, semua pelakon pon ada zaman2 kayu yach. even pelakon hebat mcm umie aida pon masa mula2 belakon pon kayu gak.
Quote nura19 6-7-2019 08:50 AM
Tahniah..berbaloi la kne kutuk selama ni..
Quote phalanx 6-7-2019 09:08 AM
Okay2 je lakonan dia. Improved la jugak. Tapi ada moment2 kayu juga
Quote Kurex 6-7-2019 09:12 AM
Fazura dah lembutkan fattah..
Quote MentariSenja 6-7-2019 09:23 AM
Well done FA.....kekalkan momentum ni
Quote lina21 6-7-2019 09:26 AM
Ok dah fattah ni berlakon skrg.....cuma elakkan babak mak datin dgn frame gambar.kayu mu dtg kmbali
Quote no_el 6-7-2019 09:29 AM
Haah ok la lakonan dia. Tgk baru ni kat tv3. Bagus ada peningktanTapi x suka la perempuan tu. Spnjg masa muka ketat jerit2.
Quote LadyCarefree 6-7-2019 09:55 AM
Xminat malah turn off dngan pompan tu.
Quote Cekla 6-7-2019 10:16 AM
Tengok juga sekali sekala kat youtube.
Lakonnan semakin bagus.. Derita kesedihan yg dibawa  tu sampai la.. Sampai ceq pun kesian tgknya.. Xde la nampak try hard.  
Quote danieladam 6-7-2019 10:20 AM
Tak tengok citer ni sebab citer Kamal Adli dgn Uqasha tu lagi best. So x leh nak nilai lakonan bam tah sekarang
Quote guesswho09 6-7-2019 10:31 AM
fattah ni gaya dia berckp tu mmg style kayu
gaya dia mmg cengitu
monotonous
Quote truesonic 6-7-2019 10:39 AM
guesswho09 replied at 6-7-2019 10:31 AM
fattah ni gaya dia berckp tu mmg style kayu
gaya dia mmg cengitu
monotonous

Aku ingat menopause tadi
Quote Mfzg89 6-7-2019 10:43 AM
Nak cari kayu...nak cari kayu....
Quote dedeq88 6-7-2019 11:21 AM
X kayu lagi ke..x tgk drama latest dia
Quote Qifaqifa 6-7-2019 11:52 AM
Well done FA.. lakonan makin natural..
Yg nk cari kayu kt fattah tu,  gi la cari kayu kt tmpt lain..
Quote superwhy 6-7-2019 12:56 PM
Dia ni makin lama makin improve.. bagusla x pernah meroyan pun dgn netizen punya kutukan buat hal dia jek ..kalo nak ikutkan ramai je yg kayu awal awal dulu.. tgk je la drama or movie dulu dulu ..rosyam, erra, maya ...standardla kan lama lama improve la
Quote GegarVaganja 6-7-2019 01:10 PM
guesswho09 replied at 6-7-2019 10:31 AM
fattah ni gaya dia berckp tu mmg style kayu
gaya dia mmg cengitu
monotonous

Sejenis dengan syamsul yusof.

Quote bondeh 6-7-2019 02:09 PM
Husband meolls layan abis cerita ni. Katanyah suami kak faz berlakon harus menjadi sappotiv
Quote Minyakyuyi 6-7-2019 02:18 PM
GegarVaganja replied at 6-7-2019 01:10 PM
Sejenis dengan syamsul yusof.

Depa sedara kan..sora pn dh mirip..mcm sora halkum haha..iols tgk cita ni ok la fa leh bw watak sabar sesuai dgn real dri fa..

Lihat semua komen(110)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.101384s Gzip On
To Top