Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Pandang Orang Sakit Mata Boleh Buat Kita Dijangkiti?

15-7-2019 10:05 AM|Oleh: natrahn| Komen: 9

Adakah benar memandang orang yang sakit mata akan menyebabkan kita dijangkiti? Sejauh mana perkara ini benar? 



Pesakit yang mengalami mata merah serta gatal ataupun sakit selalunya akan didiagnosis mengalami penyakit konjunktivitis atau bahasa mudahnya sakit mata. 

Penyakit konjunktivitis disebabkan keradangan pada selaput konjunktiva yang terletak pada belakang kelopak mata akibat jangkitan bakteria dan virus. Ia juga boleh disebabkan alahan ataupun akibat kecederaan yang disebabkan tumpahan bahan kimia pada mata.
Ihsan : Google

Tanda-tanda jangkitan konjunktivitis adalah seperti berikut :
  • mata pedih
  • mata gatal
  • mata merah
  • akan ada cecair kuning jika jangkitan tersebut disebabkan bakteria
  • kelopak mata melekat

Adakah jangkitan itu boleh merebak dengan hanya melihat mata orang lain ataupun apabila orang lain melihat matanya?
 

Ihsan : Google
 
Sebenarnya, cara jangkitan konjunktivitis selalunya melalui sentuhan langsung kepada cairan yang dikeluarkan mata pesakit. Sebagai contoh, melalui  penggunaan tuala sama ataupun penggunaan barang peribadi yang mendedahkan orang lain pada kuman tersebut.
 
Jangkitan yang disebabkan oleh virus pula adalah melalui titisan air dalam udara. Contohnya, apabila seseorang yang sedang mengalami konjunktivitis bersin ataupun batuk, kuman tersebut masuk ke dalam udara dan tersebar ke mata mereka yang berdekatan, seterusnya menyebabkan jangkitan kuman berlaku.



Ihsan: Google
 
Jadi, masalah mata merah, sakit mata atau konjunktivitis tidaklah merebak dengan cara memandang mata pesakit. Kuman tersebut tidak akan sampai ke mata orang lain dengan hanya merenungnya. Sebaliknya, pesakit yang mengalami sakit mata sangat mudah menjangkiti orang lain melalui cara yang telah diterangkan tadi.
 


Oleh itu, pesakit dinasihatkan untuk pergi berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Semoga info ini bermanfaat. - CARI
 
Sumber : Dr Latif Saad

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 9
Komen

Previous : Canggihnya Inovasi! Kentut Kini Boleh Berbau Wangi, Bau Mawar Paling Laris..

Next       : Sangka Sakit Urat Selepas Ke Pantai, Rupanya Cacing 'Berzumba' Dalam Tapak Kaki

Komen Terbaru

Quote natrahn 22-7-2019 03:54 PM
puanbintang replied at 22-7-2019 03:53 PM
memang benci betul kalau ada member2 sakit mata tapi datang office, sebab nanti i mesti terjangkit.. ...

alahai... kadang-kadang doktor payah nak bagi MC..sian puan bintang...kena pakai extra shield hehe

Lain-lain Komen

Quote ainashiqa 15-7-2019 10:58 AM
Hahaha! Dulu2 aku percaya dgn benda ni.
Quote Artemesiaa 15-7-2019 12:46 PM
Orang sakit mata suka mengosokkan matanya kerana rasa gatal, jadi tangan lepas mengosokan matanya itulah memudahkan jankitan berlaku pada orang bila dia memegang atau mengunakan barang2 yang dikongsi bersama
Quote chinta89 15-7-2019 12:51 PM
tp kebetulan mmg ada terjadi..

org opis aku sakit mata, dia dtg hntr mc. dok psl2 esoknya org lain terkena plk. sblm tu org tu sihat je. si polan dtg mc je takde lah sentuh tuala ke, share brg ke ape ke. dia x masuk pun lagi bilik opis.

Quote Asdan 15-7-2019 02:24 PM

mungkin boleh, sebab tiap sesuatu pancar gelombang,
Quote RatuDunia94 15-7-2019 08:28 PM
Sbb tu kalau dh tau sakit mata jgn gatal dtg kerja atau pergi sekolah..
Quote LadyCarefree 16-7-2019 11:47 AM
Laaaaa xkn xtau. Same gak la klau pandang konek, nnty bunting!
Quote natrahn 16-7-2019 11:58 AM
LadyCarefree replied at 16-7-2019 11:47 AM
Laaaaa xkn xtau. Same gak la klau pandang konek, nnty bunting!

adoi kah kah kah kah padu
Quote puanbintang 22-7-2019 03:53 PM
memang benci betul kalau ada member2 sakit mata tapi datang office, sebab nanti i mesti terjangkit...hahahaha, sensitif sungguhla
Quote natrahn 22-7-2019 03:54 PM
puanbintang replied at 22-7-2019 03:53 PM
memang benci betul kalau ada member2 sakit mata tapi datang office, sebab nanti i mesti terjangkit.. ...

alahai... kadang-kadang doktor payah nak bagi MC..sian puan bintang...kena pakai extra shield hehe

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.079153s Gzip On
    To Top