Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

'Bukan Cinta Aku' Bukan Saja Klise, Tapi Endingnya Tergantung - Erma Fatima Minta Maaf

4-7-2019 12:30 PM|Oleh: Shimmer Shine| Komen: 294



Wah! Ramai yang marah nampaknya dengan kesudahan drama “Bukan Cinta Aku” lakonan Syafiq Kyle, Janna Nick dan bintang handalan Indonesia, Baim Wong.

Cerita yang memaparkan kisah cinta tiga segi memang klise dengan drama Melayu namun apabila penamat ceritanya tergantung, antara kabur dengan jelas membuatkan penonton menyuarakan rasa tidak puas hati di media sosial.

Bukan sahaja penamat, pemilihan pelakon Janna Nick turut dipertikaikan kerana didakwa tidak sesuai membawa watak ayu dan sedih memandangkan sikap ‘tomboy’nya itu.

Malahan banyak lagi yang dibangkitkan seperti kisah suami yang dayus kerana membenarkan isteri berjumpa bekas kekasih, penampilan watak yang lari konti, cerita bisnes berbilion dan staf 250,000 dan lain-lain lagi.

Persoalannya mengapa cerita terbitan Erma Fatima ini ‘buruk’ sangat di mata penonton?

Kredit foto: Twitter

"Qisya tak dapat Isma, Isma tak dapat Riana, Riana tak dapat Arjuna.
Sepatutnya drama ni tajuk dia Bukan Cinta Semua"
Bagi penonton cerita Klise drama Melayu adalah biasa, namun apabila penamatnya watak dimatikan, manakala yang hidup pun diceraikan, jadi kenapa semua tidak berkesudahan? Malahan antara sedih dan gembira ia bercampur baur menyebabkan emosi penonton juga berubah-ubah dan rasanya tidak kena.


Apatah lagi, watak Tengku Isma yang membenarkan perlakuan isterinya, Riana berterusan bertemu bekas kekasihnya Arjuna adalah cerita yang tidak bermoral.

Tidak hanya itu, penampilan karektor juga turut dipersoalkan. Dalam satu adegan, Arjuna turun ke laut dengan rambut kusut masai kerinting tetapi apabila naik ke darat, rambutnya sudah siap bergel!

Syafiq Kyle yang melakonkan watak Isma juga begitu kerana gaya rambutnya berubah dari sikat tepi kepada sikap penuh pada satu adegan yang sama. Pelik dan tidak logik!

Lebih berat apabila lokasi rumah sakit yang dikatakan dilakonkan di Indonesia sebenarnya adalah di Terengganu. Ini terbongkar apabila ternampak poster di belakang Tengku Isma.
Tajam betul mata penonton

Bagaimanapun tidak semua yang mengecam drama ini. Ada yang menyatakan ianya memaparkan realiti yang sebenarnya berbanding drama Melayu yang selalu 'happy ending'. Ini kerana kehidupan sebenar tidaklah seindah yang disangka. Apatah lagi fenomena isteri atau suami bermain cinta dengan bekas kekasih semakin banyak di luar sana. Jadi, apa salahnya jika drama ini berbeza dari yang lain?

Disebabkan penamat yang sedih, ramai juga membuat jenaka terhadap drama ini.

Twitter
Menyedari dramanya mendapat banyak rungutan, Erma Fatima menerusi Instagram mengambil tanggung jawab dan menerimanya dengan hati terbuka. Erma turut menyatakan 'drama sampah' miliknya bukan untuk dlihat dengan mata kasar sahaja. Akan sampai waktunya, mereka yang mengkritik drama ini akan memahami mesej tersirat Bukan Cinta Aku.


Jadi, bagaimana? Anda nilaikan sendiri. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 294
Komen

Previous : Norman Throwback Kisah Sambut Marissa Dania Dalam Kereta Sempena Hari Lahir..

Next       : "Ingatkan Perompak" - Pemuda Bisu & Pekak Datang Minta Kerja Dekat Aliff Syukri

Komen Terbaru

Quote seri_mawr 10-7-2019 09:22 AM
hijau88 replied at 9-7-2019 03:01 PM
Kesimpulannya, JN mmg tak best pun.

hahhahaa....

betul..betul..betul....


Lain-lain Komen

Quote shernazz 4-7-2019 12:48 PM
Aku pung xtau bilaa cite ni habis
Quote Lorra2411 4-7-2019 12:52 PM
gaya Mokcun ni tulis, mcm cerita ni ada banyak nilai-nilai moral. lol sangat
Quote momomikomiki 4-7-2019 12:56 PM
writer block agaknye...
Quote Kurex 4-7-2019 12:58 PM
Cerita ni pasal apa sebenarnya
Quote Buritan 4-7-2019 01:01 PM
Kurex replied at 4-7-2019 12:58 PM
Cerita ni pasal apa sebenarnya

Aku bukak aku nmpk ckp ckp.. aku bukak sbb nak dekat berita tv3.. esok pun csm tuu.. yg aku tau ade org ckp ckp je..
Quote MentariSenja 4-7-2019 01:01 PM
I tak boleh nak komen lebih2 sebab I tak tengok drama erma ni...ada la tengok sikit2 mula2 dulu...but tak cukup utk komen. Tapi bagi I, ok apa ending macam tu...lain lah sikit dari kebiasaan. Ke orang kita nak happy ending jer? Irl pun mana ada semuanya berakhir dgn baik. Dan bab2  kawin paksa ni macam tak relevant dah. Btw nak ot skit...yg tengah trending now drama 'cetera hati diya' tv3 samarinda. Lakonan hebat azar azmi dan fattah amin. Memang menjadi gandingan mereka. Cerita pun tak meleret. Good job raja mukhriz (director) walaupun bagi dia erma fatima tu level guru dan dia masih anak murid. And siapa yg masih nak mengkayukan Fattah, dah boleh pas gelaran tu kat orang lain kot.....
Quote prettyuglybabe 4-7-2019 01:03 PM
apa jadi lastnya?
Quote jijioaynna 4-7-2019 01:04 PM
Tgk teaser pn dh tau betapa haukkknya cerita nih..waktu magrib lak tu..mmg takkk le teman nk tgk.hmmmm..
Quote SherryZass 4-7-2019 01:07 PM
Eh dah habis dah. So, lepas ni drama apa pulak?
Quote FY08 4-7-2019 01:09 PM
Tunggu bukan cinta aku raya.. klu nk tahu ksudahan
Quote ihy 4-7-2019 01:10 PM
Nasib baik lar layan gitu2 jer cita ni
Quote puteribaya 4-7-2019 01:12 PM
MentariSenja replied at 4-7-2019 01:01 PM
I tak boleh nak komen lebih2 sebab I tak tengok drama erma ni...ada la tengok sikit2 mula2 dulu...bu ...

oo ye ke citer ni Ceritera utk Diya best..sejak SHMP..I x suka Fatah..(sebelum SHMP..I x kenal pun Fatah ni)..tapi Aza ni I suka...lakunan x kaku..

Quote kaseh80 4-7-2019 01:14 PM
Cerita ni takde quality dgn plot cerita pelakon scenery and message zero
So conclusion totally waste of time
Quote puteribaya 4-7-2019 01:14 PM
Lorra2411 replied at 4-7-2019 12:52 PM
gaya Mokcun ni tulis, mcm cerita ni ada banyak nilai-nilai moral. lol sangat

Pasal BCA ni I ok je..sbb ending dia x klise..mcm citer sebenar ..real world..jarang real world hepi ending...yg hepi ending citer Walt Disney je
Quote RumiMenari 4-7-2019 01:19 PM
puteribaya replied at 4-7-2019 01:12 PM
oo ye ke citer ni Ceritera utk Diya best..sejak SHMP..I x suka Fatah..(sebelum SHMP..I x kenal pun ...

Kalau u tgk cetera hati diya... u akan suka fattah n akan menyampah dgn azar punya lakonan..

Dengan beraninya i bet..hahaha
Quote putu 4-7-2019 01:19 PM
Serius cerita ni langsung xbest
Quote MentariSenja 4-7-2019 01:21 PM
Edited by MentariSenja at 4-7-2019 01:33 PM
puteribaya replied at 4-7-2019 01:12 PM
oo ye ke citer ni Ceritera utk Diya best..sejak SHMP..I x suka Fatah..(sebelum SHMP..I x kenal pun ...


Memang best tapi watak azar lebih kurang cam janna gak...lakonan fattah menjadi betul dlm drama ni. U should watch. Can watch kat utube tv3 channel juga...u baca komen, ramai yg puji drama chd lagi best dari drama bca nih...as FA's supporter, I'm very proud of him....sorry tt...ot plak
Quote RumiMenari 4-7-2019 01:21 PM
MentariSenja replied at 4-7-2019 01:01 PM
I tak boleh nak komen lebih2 sebab I tak tengok drama erma ni...ada la tengok sikit2 mula2 dulu...bu ...

Wowwww smpi sini u buat marketing
Quote pilot 4-7-2019 01:24 PM
lagi satu perlu ke ada plot belum kawin dah tido sekali...pregnant anak luar nikah..

pastu at the same time solat doa kat masjid...stop la caca marbakan pasal akhlak orang islam...

Lihat semua komen(294)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.105224s Gzip On
To Top