Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Lelaki Tak Boleh Buat 10 Push-Up Berisiko Sakit Jantung

3-7-2019 11:03 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 7

Kebanyakan lelaki, waktu muda remaja atau sekitar 20-an dulu selalunya aktif bersukan dan menjaga kesihatan. Setakat 10 kali tekan tubi, apalah sangat kan?

Tapi, bila dah menginjak usia 30-an, kemudian 40-an dan 50-an, ramai yang mula bermalasan. Yalah, sebab sibuk bekerja, menjaga anak-anak dan isteri serta segala macam lagi benda nak dibuat. Manalah ada masa nak bersenam macam dulu lagi. 

Sebenarnya trend ini bahaya untuk kesihatan sebab macam-macam penyakit boleh datang. Kalau bukan penyakit 'tiga serangkai' atau stroke (angin ahmar) kita sangat berisiko terkena serangan jantung walaupun sebelum ini tidak pernah ada tanda sakit.


MAKAN TAK JAGA, BERSENAM TAK, MEMANG MUDAH KENA SAKIT JANTUNG
FOTO: FORTUNE

Jadi, penyelidik University Harvard menjalankan kajian mengenai cara mudah untuk mengesan risiko sakit jantung yang juga antara penyakit pembunuh utama lelaki. 

Jawapannya mudah, kalau gagal melakukan tekan tubi sekurang-kurangnya 10 kali, maksudnya risiko kena sakit jantung sangatlah tinggi. 

Bagi lelaki yang boleh melakukannya lebih 40 kali, risiko kena serangan jantung turun 97 peratus dalam tempoh 10 tahun. Maksudnya, dalam 10 tahun lagi, 97 peratus kemungkinan anda tidak akan kena sakit jantung kalau boleh buat senaman ini sekarang. Ada berani cuba? 

Penyelidik menggunakan senaman itu untuk mengukur risiko berkenaan sebab senaman jenis ini didapati sangat berkait rapat dengan kekuatan jantung berbanding berlari atau senaman lain. 

Ada logiknya juga sebab kalau sesiapa yang pernah melakukan tekan tubi pasti merasakan kesukarannya. Boleh putus nafas dibuatnya! 


BERSENAM TAK LA NAK JADI FIT MACAM LEE CHONG WEI
FOTO: SPORTS247

Jadi, bolehlah mula buat 'push up' sekarang dan tengok macam mana keadaan tubuh anda. Marilah sama-sama ubah gaya hidup kita. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Previous : Jersi Manchester City Berwajah Baru, Dapat Inspirasi Dari Kelab Malam!

Next       : Rupanya Kajian Ini Buktikan Kenapa Lelaki Tidak Boleh Pakai Emas..

Komen Terbaru

Quote lily_downey 23-8-2019 09:34 PM
Lelaki melesia especially melayu masuk umo 30an ramai yg start boroi.Joging pon malas yamat apalagi push up.malam2 bantai teh tarik gelas besar tambahan roti banjir.

Lain-lain Komen

Quote mdhelmi 3-7-2019 11:12 AM
aku skrg max 60 kali je
tu pon muka dah merah2 menahan keletihan
Quote CiliPadiSedap 3-7-2019 11:27 AM
yg kat atas ni ckp push up 60 kali tu push up lutut je , komando push up guna kaki..  ( maaf terpaksa jujur)
Quote RatuDunia94 3-7-2019 11:41 AM
CiliPadiSedap: yg kat atas ni ckp push up 60 kali tu push up lutut je , komando push up guna kaki..  ( maaf terpaksa jujur)

{:freak

Push up guna lutut tu bukan pompuan punya ke?
Lelaki push guna lutut malu aihhh..
Quote Artemesiaa 3-7-2019 12:34 PM
Sebenarnya lagi meningkat usia lagi banyak badan harus digerakan untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas.  Kalau asyik lemau je mana nak sihat dan bertenaga.
Quote Nham22 3-7-2019 12:40 PM
Umur 30an pon maleh aihhh
Quote kroit92 3-7-2019 04:16 PM
aku takleh push up, tapi teringin

tangan cacat, tak balance nak push up

serious aku jealous tengok orang push up.

aku squat je hari-hari. kaki je sihat. last2 montot aku pulak shape
Quote lily_downey 23-8-2019 09:34 PM
Lelaki melesia especially melayu masuk umo 30an ramai yg start boroi.Joging pon malas yamat apalagi push up.malam2 bantai teh tarik gelas besar tambahan roti banjir.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.070987s Gzip On
    To Top