Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

5 Sebab Mengapa Suami Orang Menjadi Dambaan Gadis Bujang!

2-7-2019 12:06 PM|Oleh: Mat| Komen: 42

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sering kali kita membaca dan mendengar berita membabitkan penceraian dan skandal di dalam rumah tangga, baik selebriti mahupun orang biasa. 

Isu yang sering kita baca adalah suami yang mempunyai skandal ataupun bercerai disebabkan pihak ketiga.



Bagaimana semua ini boleh terjadi? Mengapa jika sesuatu kes yang berlaku kebiasaannya melibatkan suami orang? Ini 5 sebab utama mengapa suami orang sering menjadi pilihan gadis bujang.


1. Lebih berduit dan stabil



Suami orang lebih berduit dan stabil berbanding lelaki bujang yang masih mencari duit dan baru berkerjaya. Lelaki bujang kebiasaannya perlu menyimpan duit untuk berkahwin dan berjimat untuk berbelanja, namun tidak bagi suami orang yang lebih stabil dan mempunyai duit simpanan yang banyak. 

Jadi, wanita bujang tidak perlu pening lagi untuk memikirkan masalah kewangan di masa hadapan kelak. Penat-penat si isteri mengharungi susah senang bersama suami, macam itu saja suaminya dirampas. Jangan buat macam ni okey!


2. Lebih matang dan tenang



Kebiasaannya, lelaki yang sudah berkahwin lebih matang dan tenang dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan kerana mereka sudah mempunyai banyak pengalaman bersama isteri. 

Lelaki bujang pula ada yang cepat melatah dan kurang bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jadi, mungkin sebab inilah wanita bujang lebih selesa bersama suami orang. Lelaki bujang lepas ni kena menjadi lebih matang dan jangan cepat marah.


3. Bermulut manis



Lelaki bujang kebanyakannya lebih pemalu dan sukar untuk meluahkan perasaan berbanding para suami yang lebih bermulut manis dan lebih berpengalaman dalam mengambil hati wanita. Hati-hati, jangan tergoda pula!


4. Lebih mencabar



Bagi sesetengah wanita, bercinta dengan suami orang lebih mencabar jika dibandingkan dengan lelaki bujang. Bagi mereka, cinta yang banyak halangan dan cabaran itulah cinta sejati. Puih!


5. Lebih mudah digoda! 



Inilah realiti dunia sebenar, lelaki yang sudah berkahwin tetapi dayus lebih mudah digoda berbanding lelaki bujang. Lelaki dayus ini kadangkala lebih sanggup untuk 'makan luar' daripada melayani isteri di sisi. Jangan pula korang menjadi mangsa.

Semua ini hanyalah kajian umum berdasarkan isu semasa yang terjadi di Malaysia. Namun, jangan pula kita mencari kebahagiaan di atas penderitaan orang lain. Kumbang bukan seekor okey! - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
2
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 42
Komen

Previous : Jersi Manchester City Berwajah Baru, Dapat Inspirasi Dari Kelab Malam!

Next       : Lelaki Tak Boleh Buat 10 Push-Up Berisiko Sakit Jantung

Komen Terbaru

Quote Foxey 20-8-2019 03:23 PM
No. 1 tu jarang2 kot. Ramai yang biawak hidup je. No. 2 pun tak semestinya betul. Ada je yang tak matang dan tenang. No. 3 ni kemungkinan benar adalah tinggi. No. 4 memang benar tapi gadis2 oiii buat apa la nak menyusahkan diri sendiri. No. 5 ni ada benar ada tak kot. Anyway, what do i know right? Tau je status orang tu, memang fox avoid la. To all the women out there, be smart okay. Jangan la bina kebahagiaan sendiri atas air mata kaum sendiri. So not cool!

Lain-lain Komen

Quote Mina2215 2-7-2019 12:19 PM
laki orang mudah menyerah dalam godaan because they have nothing else to lose. Kalau tak dapat, isokayy. Kalau dapat, it is a BONUS.

Bagi mereka yang nak berjinak2 dengan laki orang ni, pikir masak2 dulu

Quote Mulotkoyak 2-7-2019 12:36 PM
Laki orang ni ade keyakinan..dan pandai main
Quote Mulotkoyak 2-7-2019 12:37 PM
Laki org ni berkeyakinan tgi dan pandai  main. So xyah susah2 dh nk pk style ape nnt.
Quote weezerfan 2-7-2019 12:41 PM
Laki org kebanyakkan nya boroi. Heran jugak pompuan penyondol ni suka. Berduit pon masa nk upah romen je. Cuba jd bini no 2 dia baru tau sebenarnya dia sengkek. Siap ada yg biawak idup lg
Quote rosasen 2-7-2019 12:43 PM
dah kenapa gambar2 semua bertemakan Marvels Avengers ni...hahahah
Quote yuki812 2-7-2019 12:46 PM
test market kdg..
Quote Kurex 2-7-2019 01:36 PM
Semoga aku dapat dua2 chris tu..arghhhh
Quote kroit92 2-7-2019 01:43 PM
lagi hina dari najis manusia yang kacau rumah tangga orang ni

dah la kes tiap tahun meningkat

jantan betina sama naik miang nya
Quote ikanmasin 2-7-2019 02:00 PM
mudah2an dijauhkan lah dr mereka2 ni..
Quote Beribear 2-7-2019 02:03 PM
Alhamdulillah, setakat ni iolss tak pernah lg minat dekat laki org. Mintak di jauhkan lah. Iolss mcm ada satu perasaan takut kalau dekat dgn laki org ni. Rasa tak selesa. Semoga di jauhkan, insyaAllah
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 02:14 PM
tang mulut manis pandai mengayat tu ye..
tang berduit matang tu tak jugak..
biasa yang dok skandal ni bukan jenis berduit sangat pun..
tapi malas nak kata..
nak skandal nak kawin laki orang tu pilihan sendiri..
dah banyak jumpa yang mengata babi sundal itu ini, ujung-ujung dia pun mendapat
Quote hasniey 2-7-2019 02:49 PM
Yes.ayat manisss...pastu acah caring sokmo.ai selalu jgk trsuka laki org.tp pndai2 la sedar diri.jgn la melayan kalau tau laki org.lantak la dia nak caring ke sweet ke,jgn tunjuk kita suka.lama2 dia pon bosan xjd la skendel
Quote puding_caramel 2-7-2019 02:58 PM
lebih baik berdoa semoga dikurniakan dengan jodoh yang baik2 atau doa semoga bahtera rumahtangga kekal bahagia drpd dok mengata penyondol, babi, sundal, gatal, miang. jgn emo sgt, cuba ambil wudhu, tenangkan jiwa. nasihat je...
Quote dino_tengkuz 2-7-2019 03:14 PM
Inilah realiti dunia sebenar, lelaki yang sudah berkahwin tetapi dayus lebih mudah digoda berbanding lelaki bujang. Lelaki dayus ini kadangkala lebih sanggup untuk 'makan luar' daripada melayani isteri di sisi. Jangan pula korang menjadi mangsa

Macam tak kena perkataan dayus disitu...hmmmm...
Quote msamyrazi 2-7-2019 03:23 PM
i elak bila laki org cuba nak dekat ngan i .  nak share pengalaman buleh dak ? dulu  i nie ada kawan ngan laki org nie , atas urusan jual beli perfume. so mmg akan selalu text lah kan , sebab nak beli perfume. sampai lah ada satu hari tu , i upstatus dan tujukan status to my soulmate . tetiba mamat nie reply siap dengan icon kenyit mata . bukan sekali dua ye , tapi setiap kali i upstatus , setiap kali tu lah dia reply.
i dah panas , i pun block no dia kat whatsapp sebanyak 2 kali .  setiap kali dia mai ofis mesti dia akan stop and staring at for long time. ada ofis mate perasan dan cakap  kat i . but i was lucky because he was one of my followers on ig . so i pun lah upload love quotes ( which is literally for my soulmate) dan mamat nie still lagi suka pandang -pandang i .  2 weeks ago , i upload satu status : kini ku telah menemukan kan mu , cinta yang selamatkan hidupku
. mamat nie terus tak tegur i dah . aman hidup i .
Quote EvieWanKenobi 2-7-2019 05:03 PM
yang laki orang tu pun sedar2  la
sikit bila nak mengorat pompuan..

semua utang credit card dah settle?
utang rumah bulan2 dah bayau?
bayaran kereta ada tertunggak?
ada kirim duit untuk mak kat kampung?
pelajaran sekolah anak2 cemerlang?
anak bini cukup makan, pakai?

Quote Catpaw 2-7-2019 05:06 PM
Tak faham aku reputz cari sekarang ni, siap ada puih dalam dalam penulisan dah kenapa?
Quote ainashiqa 2-7-2019 05:50 PM
Laki org ni mulut manis.. Pandai mengayat
Quote lattehazelnut 3-7-2019 04:51 AM
Sorry la.. nanti ko da bersalin dia carik pompuan lain pulak..

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.075648s Gzip On
    To Top