Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

"Vivy Yusof Bukan Usahawan Tapi Bangsawan"- PNB Labur Tapi Fashion Valet Rugi RM10 Juta?

Oleh: HakirRahman|2-7-2019 11:16 AM Komen: 45
Berniaga memang susah, apatah lagi kalau kita ni bukan orang keturunan senang kaya yang boleh laburkan berjuta-juta macam tu je sebagai modal. Ada je orang biasa yang boleh kaya berniaga, tetapi itu pun berapa kali lah jatuh bangun muflis merempat bagai kan.

Berlainan pula dengan orang yang memang keturunan kaya yang berniaga, susah-susah mereka pun kabel dan network kuat. 

Begitulah pandangan seorang pengguna Facebook yang mempertikaikan sanjungan terlalu tinggi terhadap pengasas dUCk dan Fashion Valet, Vivy Yusof. 


DAH KAYA BOLEHLAH BERNIAGA DAN HIDUP MEWAH. FOTO: FACEBOOK

Sebab nak tahu betul ke hebat sangat, dia pun buatlah kajian sikit. Cara paling senang masuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan minta maklumat syarikat. 

Dan dia terkejut la bila dapat tahu yang Fashion Valet ni dapat pelaburan daripada PNB, tapi yang dia tak puas hati adalah Fashion Valet ni walaupun nampak gah sebenarnya rugi RM10 juta! 



BUKTI SSM PNB MELABUR DI FASHION VALET. FOTO: FACEBOOK

Marahlah dia sebab PNB kan syarikat berkaitan kerajaan yang uruskan ASB, ASN dan segala macam amanah saham yang rakyat Malaysia duk simpan melabur tu. 

Pendek kata, PNB beri duit rakyat untuk pelaburan dalam Fashion Valet, tapi syarikat ni rugi. 

Mungkinlah RM10 juta tu tak banyak mana untuk orang kaya, tapi untuk orang biasa RM10 juta tu boleh buat makan tujuh keturunan. 


BUKTI FASHION VALET RUGI. FOTO: FACEBOOK


"Dalam bisnes, biasanya rugi ini ada 2. Pertama RUGI BETUL, kedua BUAT-BUAT RUGI.


"Disebabkan beliau dikatakan seorang usahawan yang hebat, aku lebih cenderung kepada pandangan dia buat-buat rugi. Atau bahasa Bisnesman Umno zaman dulu, CASH OUT!


"Cash out ini boleh dilakukan melalui gaji yang tinggi dan menjadikan diri sendiri supplier kepada syarikat sendiri. Walaupun syarikat utama rugi, tetapi owner kaya raya disebabkan gaji dan bayaran balik sebagai supplier," kata pengguna Facebook itu. 


Ada betul jugak kan? 


Menurutnya lagi, kerugian ini mungkin disebabkan "overhead yang terlalu tinggi, lavish expenses untuk melakukan branding, dan cashflow management yang gagal."


Akhirnya, dia berpesan yang kita kena selalu check semua info yang kita dapat. Tak semua benda dalam internet ni boleh percaya. 


Sama ada betul atau tak, kita tunggu jerlah macam mana kan. - CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 45
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote ctredzuan 28-8-2019 12:57 AM
kucingitam replied at 2-7-2019 11:26 AM
takde langsung rasa nak kagum dgn dia..tambah2 bila tau pak mertua dia scammer..

siapa mertua diaia?

Lain-lain Komen

Quote Kurex 2-7-2019 11:23 AM
Kaya sangat ke dia ni?
Quote kucingitam 2-7-2019 11:26 AM
takde langsung rasa nak kagum dgn dia..tambah2 bila tau pak mertua dia scammer..
Quote Zazashar 2-7-2019 11:38 AM
Tak pernah nak kagum dgn dia ni..
Quote Boomibulat 2-7-2019 11:54 AM
Patutla dividen asik turun je..
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 11:55 AM
anak-anak itik dia je dok vivy vivy vivy..
sampai ikat perut nak beli duck..
orang tu makin kaya hang dok jual preloved nak pakai duit urgent
Quote Girl-N-Roses 2-7-2019 12:02 PM
senang je puak2 ni dapat dana
org yg meniaga susah payah..naik turun bank nak cari  modal
Quote Minami2013 2-7-2019 12:04 PM
Wow... walaupun dah pernah dgr pasal fv rugi juta2.. artikel ni siap tunjuk bukti
Quote nisako 2-7-2019 12:15 PM
wow bagus ade bukti.............. x minat pun dia ni and tudung duck tu...
Quote RatuDunia94 2-7-2019 12:18 PM
Mohon dedahkan bisnes Lopa, Alip Syukri, Vida etc sekali!!!
Quote Cookingholic 2-7-2019 12:31 PM
Mcm mana boleh dpt detailed info company tu? Mmg org awam boleh check jer dgn ssm ke?
Quote elaisyah 2-7-2019 12:32 PM
Vivy mmg bangsawan pun, kita je yg kais pagi makan pagi ni yg sebok duck duck duck. Ehh iolss xbeli duck scarf ye, beli pasar malam je iolss miskin
Quote ladybugs_12 2-7-2019 12:36 PM
duck only tak cukup utk FV...
Quote sarah82 2-7-2019 12:41 PM
Wow.. Siap dgn bukti..
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 12:43 PM
Cookingholic replied at 2-7-2019 12:31 PM
Mcm mana boleh dpt detailed info company tu? Mmg org awam boleh check jer dgn ssm ke?

boleh je dapat info tapi ada la bayaran..
bukan free..
Quote Cookingholic 2-7-2019 12:52 PM
prettyuglybabe replied at 2-7-2019 11:55 AM
anak-anak itik dia je dok vivy vivy vivy..
sampai ikat perut nak beli duck..
orang tu makin kaya h ...

Anak itik dakies berabis. Lisa surihani baru announce nak pakai tudung terus dpt free sedozen dari tinvy
Quote Cookingholic 2-7-2019 12:53 PM
prettyuglybabe replied at 2-7-2019 12:43 PM
boleh je dapat info tapi ada la bayaran..
bukan free..

Oo gitu.. bayaran tuh legal ke under table? Sori uols byk pulak soalan i hehe
Quote prettyuglybabe 2-7-2019 01:05 PM
Cookingholic replied at 2-7-2019 12:53 PM
Oo gitu.. bayaran tuh legal ke under table? Sori uols byk pulak soalan i hehe

bayaran legal.. rm15 tak salah untuk search ssm..

Quote prettyuglybabe 2-7-2019 01:07 PM
Cookingholic replied at 2-7-2019 12:52 PM
Anak itik dakies berabis. Lisa surihani baru announce nak pakai tudung terus dpt free sedozen dari ...

khen.. geng have-have dia relax je dapat tudung free..
anak-anak itik dia punya la ikat perut membeli
Quote fushimi 2-7-2019 01:17 PM
ini bukan lugi

ni saje saje buat lugi

tak nak bayar tax letewwwwwww

baik buat rugi

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.221353s Gzip On
To Top