Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Sebab Itu Mereka Berjaya, Kita Sendu"- Vivy Berdiri 4 Jam Bergambar, Siti Nurhaliza 'Abaikan' Datuk K

1-7-2019 02:59 PM|Oleh: HakirRahman| Komen: 185

Bila kita tengok kehidupan orang berjaya ni, ada je mulut-mulut makcik bawang yang duk mengata, ramainya cemburu sebenarnya. 

Sedangkan kita tak tahu betapa susahnya mereka untuk berjaya dan mengekalkan kejayaan tersebut. 

Inilah kisah yang dikongsi seorang pengguna Facebook berdasarkan pengalamannya menghadiri rumah terbuka pengasas dUCk, Vivy Yusof. 

BUKAN SENANG NAK JADI VIVY DAN SITI NURHALIZA. FOTO: FACEBOOK

Pengguna itu menceritakan bagaimana komitednya Vivy ni melayan tetamu, sampai tak sempat duduk dan makan sepanjang rumah terbuka anjurannya sebab sibuk bergambar dengan hadirin yang datang. 

"Vivy Yusof yang berdiri 4 jam hanya untuk sesi bergambar walaupun majlis sepatutnya 3 jam sahaja (12.00 tengah hari - 3.00 petang). Vivy keluar sekejap dalam 15 minit, tu pun untuk hantar Dato Siti Nurhaliza yang dah nak balik, lepas tu dia masuk balik terus sambung ambil gambar. Majlis rumah terbuka dia, tapi rasanya secubit ketupat pun dia tak sempat rasa. Betapa komitednya dia dengan brand yang dia bina dan dengan tetamu yang ada," tulisnya. 


Paling mengharukan juga tentang betapa anaknya, Mariam sangat memahami kerja ibunya. Tak meragam langsung walaupun terpaksa bermain dengan pengasuh sepanjang rumah terbuka itu. Budak-budak kecil kan, biasanya tak dilayan ibu sekejap pun, dah menangis meraung dah. Tapi, itulah si Mariam ni agaknya dah terbiasa dengan kesibukan ibunya yang popular itu. 

Pengguna Facebook itu juga menceritakan bagaimana hebatnya kesabaran Datuk K yang menemani Datuk Siti Nurhaliza, sampai "diabaikan" sebab Datuk Siti sibuk melayan peminat. Itulah pengorbanan sebuah kejayaan. 


Pengguna itu mengakhiri catatannya dengan menulis: "Kita selalu tengok the best side seseorang tu. Yang behind the scene macam mana individu tersebut bangunkan semua tu, masa dengan keluarga yang dia terpaksa korbankan, kesayangan ada dekat sebelah pun terpaksa diabaikan, kita tak tengok pulak."


TAK SEMUA SUAMI MACAM DATUK K, KALAU ISTERI BUKAN SITI NURHALIZA. FOTO: FACEBOOK

Dalam catatan sama, pengguna Facebook itu juga menulis yang akhirnya dia faham kenapa ada orang berjaya dan ada orang tak berjaya. Sebabnya mudah: Lagi besar kejayaan, lagi besar cabaran sebenarnya. Bukan semua suami memahami macam Datuk K yang tak kisah isterinya milik rakyat. Bukan juga semua orang macam Vivy Yusof yang sabar je melayan karenah semua orang. 

Kita yang biasa-biasa ni pun kalau disuruh berdiri 4 jam sebab orang nak bergambar boleh mengamuk dah kot? Penat lah nak mantain senyum semua padahal tak semua orang yang bergambar tu kita kenal. 

Begitulah, kisah kejayaan. Agak-agaknya kita ada tak kualiti yang diperlukan untuk berjaya? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 185
Komen

Previous : Warganet Cemburu Dengan Lisa Surihani, Dapat Bergambar Dengan Siwon Super Junior!

Next       : Bella Dally Mengaku Lepas Kahwin Ada 'Baby Bump'

Komen Terbaru

Quote lesprincesse 16-7-2019 03:04 PM
hyie replied at 1-7-2019 04:34 PM
yang iols faham, minah yang post kt fb tu nak cerita the good side of vivy, dan tumpang sekali ctdk. ...

For me its part of her job (vivy & ctdk)  to have to layan peminat dan followers. To be able to sell their product well they need to be in limelight. So happenss they are the selling factor. Its just a job sama jugak macam org jual karipap. Kalau selling factor tu karipap yg sedap maka kenalah promote karipap dan ambik gambar karipap, kalau selling factor sales assistance lawa2 maka SA lawa2 itulah yg kena berkorban bergambar dan involve promosi. Its no difference which is why pada pandangan I juga nothing worth to salute pun juga.  

Lain-lain Komen

Quote sleepandream 1-7-2019 03:12 PM
kalau mak iti bawak aafiyah mesti acik2 tu nak dokong nak pegang2 tangan cubit pipi bagai... lagi pulak dah pandai jalan kedek2
Quote caprut 1-7-2019 03:13 PM
so?? cternye apa
Quote momopoko 1-7-2019 03:15 PM
Kerja F&B hari-hari berdiri berejam
Quote azwanaliori 1-7-2019 03:19 PM
Oh another penjilat org kaya

Kau nk puja org kaya puja je la tak payah banding kan dgn org lain assholes
Quote aemon 1-7-2019 03:22 PM
nape tak bawak piyah pipi oren sekali?buat teman datuk k..kesian menengoknya.
Quote mieymiey 1-7-2019 03:23 PM
Gitu melambung-lambung pujian, siap bandingkan pula dengan acik yang nobody.
Quote fazamania 1-7-2019 03:24 PM
Standard lah retis top.
Even sajat berloceng tu pon ramai org serbu nak berganbar
Quote chicozinn 1-7-2019 03:24 PM
keje kilang hari2 berdiri sampai biras meollss umo baru 27 tapi da sakit lutut..sheollss hanya boleh wat keje duduk bila da bukak buku pink (buku peknen).

nampak sgt TT ni hidup dalam alam kayangan orka smpaikn benda2 yg marhaen slalu hadap xperasan..#donesetajahmode
Quote Boomibulat 1-7-2019 03:27 PM
momopoko replied at 1-7-2019 03:15 PM
Kerja F&B hari-hari berdiri berejam

Kje kilang bdiri 8 jam
Quote Kakak_cun 1-7-2019 03:29 PM
Edited by Kakak_cun at 1-7-2019 03:31 PM

Dahtu yg sanggup beratur panjang2 berjam2 semata2 nak amk gamba dgn biby tu dapat apa?tak kaya2?tetap digelar sendu?
Quote hzln 1-7-2019 03:29 PM
"tred penjilat org kaya"

Tatau nak nangis ke nak gelak
Quote Themilo 1-7-2019 03:35 PM
kerja jaga / cashier kat supermarket pun berdiri 8 jam dek non.. gaji pun sekadar berapa sen jaa.. dasar hidup di kayangan betul la penjilat vivy neh..
Quote lyza2474 1-7-2019 03:38 PM
motif buka tanah ni ??
Quote jijioaynna 1-7-2019 03:38 PM
Kuenss..jilat uols jgn xjilat..nmpk sgt si penulis mengidolakan vv n dct.
Quote Kurex 1-7-2019 03:42 PM
Jadi apa kesimpulannya?
Quote sarah82 1-7-2019 03:50 PM
Kurex replied at 1-7-2019 03:42 PM
Jadi apa kesimpulannya?

Kesimpulannya... Kena jilat org kaya.. Org biasa mcm kita ni tak berjaya pada pandangan penjilat org kaya.

Bila tegur dianggap sebagai dengki pada golongan org kaya ni.

Kejayaan seseorg diukur pada status kekayaan seseorg, jenama handbag yg dia pakai..kereta yg dia bawa.

Kekayaan pulak diukur pada rumah yg besar mana dia duduk.. Kemewahan yg update kat ig.

Tapi semua penjilat ni lupa.. Kekayaan sebenarnya adalah hati yg gembira.
Quote Noraniza_Iblis 1-7-2019 03:57 PM
lepastu nyahh????
ko nak kite buat ape...
tambah bawang lg seguni??
Quote rospinki 1-7-2019 04:00 PM
Euu..igt smua org penjilat cm dia ke
Quote nh1129 1-7-2019 04:08 PM
Kakak jual ayam kat pasar malam tu pun berdiri berjam2. Anak duduk tepi atas tikar tunggu maknya kerja. So what kalau vivy berdiri nak selfie selama 4 jam? Ada aircon kan?

Lihat semua komen(185)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.118910s Gzip On
To Top