Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Mat Pit Bukan Lagi Penjenayah, Tetapi Pesakit?

25-7-2019 10:10 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 9

Umum tahu keburukan najis dadah, akibatnya, penagih menjadi sampah masyarakat. Tapi, kerajaan dengar katanya ingin membenarkan penggunaan dadah secara peribadi. 

Maksudnya, orang yang menagih dadah dalam kualiti kecil tidak lagi akan dianggap sebagai penjenayah, tetapi akan dilayan sebagai orang yang sakit. 

Menurut laporan The Star, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan ingin memansuhkan undang-undang berkaitan pemilikan dadah untuk kegunaan peribadi. 

Ini bermakna, selepas ini penagih tidak lagi akan dihukum, tetapi akan dirawat sebab percaya ketagihan dadah adalah satu penyakit. 


PENAGIHAN DADAH AKAN DIANGGAP PENYAKIT BUKAN JENAYAH KETAGIHAN LAGI
FOTO: SERENITY ACRES

Selama ini, kalau seseorang ditangkap kerana memiliki dadah, dia boleh masuk penjara. Mungkin selepas ini, golongan berkenaan akan dihantar ke hospital sahaja. 

"Penagih akan dilayan sebagai pesakit (bukan lagi penjenayah), dan ketagihan itu adalah penyakit yang kita hendak rawat," kata Dr Dzulkefly. 

Bagaimanapun, pengedaran dan pengeluaran dadah masih akan dianggap sebagai satu jenayah, ya. 

Pendek kata, tidak mengapa kalau ingin menagih, asalkan jangan menjual dadah. 

Apa pendapat anda? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
1
Komen: 9
Komen

Previous : Anda Tahu Apa Yang Burung Helang Terpaksa Lalui Untuk Terus Hidup?

Next       : Caprice Tawar Gaji Sehingga RM5000 Untuk Pemain PUBG Mobile. Korang Tak Nak Ke?

Komen Terbaru

Quote Cpkay 26-7-2019 03:19 PM
setiap manusia harus diberi peluang untuk berubah.

Lain-lain Komen

Quote Kurex 25-7-2019 10:24 AM
Bila nak nak celik akal golongan pee esh ni
Quote manjalara_01 25-7-2019 10:58 AM
Edited by manjalara_01 at 25-7-2019 11:03 AM

Mcm la doktor2 kat hospital xde keje lain...OMFG!..

So kalau org tu hisap dadah then tikam org, tu kira pesakit mental la pulak?...BS!!...

Nampak sgt gov nk rakyat jahanamkan otak masing2...last2 jadi zombie...good job guys!

Quote manjalara_01 25-7-2019 11:10 AM
Quote kualibesi 25-7-2019 02:44 PM
yeke? hermm sbb dadah, habisss merana isteri
Quote Foxey 25-7-2019 11:15 PM
Macamana dia nak implement ni?
Quote VirusDetected 26-7-2019 08:09 AM
jadahnya...
ni sampah masyarakat..bkn pesakit...sbb ko sdiri cr pnyakit...
Quote Betara_Indera 26-7-2019 09:49 AM
kalau 5-6 kali keluar masuk serenti / penjare, bagi ajelah tali gantung kat diorg ni.. tak mendatangkn faedah langsung bile dibantu
Quote intan_smsb 26-7-2019 12:14 PM
jadahnye                              
Quote Cpkay 26-7-2019 03:19 PM
setiap manusia harus diberi peluang untuk berubah.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.075921s Gzip On
    To Top