Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Sering Dihina Ibu Kerana Hodoh, Wanita Ini Tekad Buat Pembedahan Plastik Sehingga Hujung Nyawa

10-7-2019 04:54 PM|Oleh: intan| Komen: 80

Tsubaki Tomomi merupakan seorang model yang berusia 39 tahun di negara matahari terbit, iaitu Jepun. Sering dilihat berwajah cantik, sesuai dengan kariernya sebagai model, Tsubaki rupanya mempunyai kisah sedih di sebalik kejayaan beliau pada hari ini.

Baru-baru ini, Tsubaki telah mendedahkan bahawa dia telah melaburkan lebih daripada 30 juta yen untuk membuat pembedahan plastik dan bersumpah akan melakukan sehingga beliau mati. Ini disebabkan beliau sering dihina sejak kecil oleh ibunya kerana berwajah hodoh. Menurut Tsubaki, ibunya tidak pernah berpuas hati dengan wajah dan penampilannya sejak kecil.


Selepas tamat sekolah menengah, Tsubaki mula menceburkan diri dalam pembedahan plastik sejak umurnya 18 tahun dan masih melakukannya sehingga kini. Antara pembedahan mengubah bentuk tubuh yang pernah dilakukannya adalah membaiki gigi, membentuk mata supaya lebih cantik dan implan payu dara.



Ketika ditemu bual dengan majalah Jepun Caba2, Tsubaki menceritakan pengalaman beliau ketika kecil apabila ibunya sendiri mengeluh tentang penampilan dan mengatakan Tsubaki adalah seorang yang 'tidak sedap dipandang' di hadapan orang lain. Setiap kali tiba musim perayaan, ibunya akan menghina Tsubaki dan walaupun disuruh berhenti melakukan perkara tersebut, ibunya masih memperlekehkan Tsubaki. Kata-kata ibunya itu terus 'melekat' dalam minda dan semenjak itu beliau bercadang untuk melakukan sesuatu terhadap dirinya supaya 'lebih menyenangkan' kepada orang ramai.

Setelah umurnya dikira 'layak' untuk melakukan pembedahan plastik, dia tidak ragu-ragu untuk melakukannya. Dia mula membina semula rahang,mulut dan hidung serta melakukan beratus-ratus prosedur memasukkan filler sejak 21 tahun yang lalu.


Semenjak menjadi cantik, karier Tsubaki semakin meningkat dan berjaya menjadi hos paling popular di Hokaido pada usia 20-an. Menjadi seorang yang popular membolehkannya memperoleh banyak wang, dan Tsubaki mengambil peluang tersebut untuk melabur dalam bidang pembedahan plastik.

Pelaburannya yang terkini diberi nama Intima Laser. Beliau kini merupakan seorang model, blogger dan influencer terkenal di Jepun. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 80
Komen

Previous : Wanita 'Travel' Tanpa Mahram, Apa Hukumnya?

Next       : Ada Yang Sanggup Pakai 'Kacukan' Kasut Tumit Tinggi Dan Kasut Sukan Ini?

Komen Terbaru

Quote ruby76 15-7-2019 08:18 PM
Macamana lah mak nya tergamak cakap anak tak cantik.

Lain-lain Komen

Quote ifanonline 10-7-2019 04:55 PM
knp la sang ibu berbuat begitu kpd tsubaki?
Quote NazRysha 10-7-2019 04:57 PM
tetap buruk muka beliau
Quote bawangkecik 10-7-2019 05:00 PM

aku menantikan komen ini
Quote sitilu 10-7-2019 05:02 PM
sib baik boleh repair

kalau muka babi keturunan babi cam si @dua_chzy tu, buat la apa saja, tetap muka dia level muka anak babi tonyok ikut mak dia si pelahap babi





Quote ainashiqa 10-7-2019 05:12 PM
Xde la cantik mana.. Hihi
Quote Artemesiaa 10-7-2019 05:15 PM
Taklah benar2 cantil tapi ok sikit dari sebelumnya
Quote seri_mawr 10-7-2019 05:19 PM
xde perubahan pun bedah plastik ke tdk...

sama jek aku tgk.....
Quote Boomibulat 10-7-2019 05:22 PM
Mak beliau helok sgt ke spai hina ank sndiri...
Quote grouper 10-7-2019 05:24 PM
Tgk skill mekap org cina main lekat2 selotape kat muka pastu mekap mmg jdi lawa cam dilraba dilmurat..x yah plastic surgery
Quote tri-max 10-7-2019 05:28 PM
apa la punya mak, memusnahkan harapan dan impian anak jer
Quote buragazz 10-7-2019 05:36 PM

Aku pun lihat yang sama.. aku ingat tadi lawo lah bentuk dan riak muka tapi biasa jer.. gigi pun nampak pelik..agak2 klu dia dengau komen aku ni bunuh diri tak...
Quote Beribear 10-7-2019 05:39 PM
Patut dia repair gigi kan? Pakai la braces. Muka dia okay je cuma gigi dia kena pakai besi. Tak payah pon repair2 sakit, buang duit. Iolss ni lagi la.. Mcm2 mak iolss gelarkan iolss tp iolss buat tak tahu je. Ckp la gelaran apa je tak keluar dari mulut mak iolss tu. Kalau org lain mesti dah takde dah kat dunia ni. Well, iolss pon penah attempt suicide but failed cz i've no courage
Quote evlinne 10-7-2019 06:10 PM
Beribear replied at 10-7-2019 05:39 PM
Patut dia repair gigi kan? Pakai la braces. Muka dia okay je cuma gigi dia kena pakai besi. Tak paya ...

Ya ampun kenapa macam tu sekali mak uols hina uols???!!! Anak kandung keluar dari pepet senirik pun dihina macam tu yach
Quote EvieWanKenobi 10-7-2019 06:51 PM
muka ok but the minute dia buka mulut.. hancusss..
Quote Pink_Purple 10-7-2019 07:00 PM
mak jenis apa hina darah daging sendiri...salah dia juga xlahirkan anak cantik..

tapi model ni lps buat pembedahan pun xlawa juga..
Quote CiliPadiSedap 10-7-2019 07:17 PM
kt malaysia mak xhina tapi sibuk tukar jantina, dasar jantan brengset
Quote barfi 10-7-2019 07:38 PM
Still jongos kan.. dan takde beza sangat except for kulit cantik dan boobs jelahh
Quote putericahaya999 10-7-2019 07:40 PM
Cantik tapi tak secantik erra Fazira
Quote kaoru44 10-7-2019 07:51 PM
Pelik btul mak nya..ke mak nya lawa sgt..tu xleh trima hakikat anak xlawa?or mak dia marah2 mnda lain tp lepas ke ank..
Apapun keadaan anak..tu darah daging kte..stiap ank ada klebihan tsendiri..

Lihat semua komen(80)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.078540s Gzip On
    To Top