Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Canggihnya Inovasi! Kentut Kini Boleh Berbau Wangi, Bau Mawar Paling Laris..

9-7-2019 12:47 PM|Oleh: natrahn| Komen: 13


Kentut merupakan sesuatu  yang normal dan menyihatkan kerana ia merupakan proses menyingkirkan gas atau angin dari badan manusia. Kentut berasal dari gas atau udara dalam saluran pencernaan. Namun, kentut yang tidak terkawal dan berbau kurang enak amat memalukan. 

Tetapi, kajian Universiti Exeter di United Kingdom mendapati, bau kentut sebenarnya mempunyai rahsia kesihatan tersendiri yang mampu mencegah penyakit barah, angin ahmar, serangan jantung, dan nyanyuk. Menurut saintis dari Universiti Exeter di United Kingdom, hidrogen sulfida, satu daripada gas berbau yang dihasilkan oleh bakteria semasa memproses makanan di dalam perut dapat membantu melindungi sel-sel dan melawan penyakit jika berada dalam jumlah yang sedikit. Menarik bukan?

Lebih menarik kini kentut boleh berbau wangi atas inovasi oleh Christian Poincheval, 65 seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, mendakwa telah berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng-ubah bau kentut manusia menjadi wangi. Pil tersebut dikatakan dapat memudahkan penghadaman malah mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros seperti yang dilaporkan portal berita mirror.com.


Menurut Poincheval lagi, pil ini sangat sesuai dijadikan hadiah Hari Krismas. Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan tersebut. 

Pil tersebut diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, adas, lithothamne(rumpai laut), propolis (resing tumbuhan) dan blueberry telah mula dijual secara dalam talian sejak tahun 2006 dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan.


Pil tersebut semakin laris jualannya dan jumlah jualan meningkat setiap kali Hari Krismas. Rata-rata pembeli membelinya kerana mempunyai masalah perut kembung dan sebahagiannya membeli pil tersebut sebagai jenaka untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan mereka.

Anda ada masalah kentut berbau? Bolehlah cuba pil kentut wangi ini ya. Nak bau bunga ros ke nak bau coklat? Semoga bermanfaat! - CARI 

sumber : mirror UK

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 13
Komen

Previous : 7 Jenis Fobia Pelik Dalam Dunia, Ada Yang Sangkut Tak?

Next       : Eh Bahaya Sangat, Bubble Tea Lebih Tinggi Gula Dari Air Gas?

Komen Terbaru

Quote ummuibrisim 25-7-2019 11:29 PM
wow...inovasi baru...

Lain-lain Komen

Quote najib888 9-7-2019 01:01 PM
Ini baru la namanya inovasi.. daripada jual pad halang kentut ka apa hari tu..
Quote CiliPadiSedap 9-7-2019 01:17 PM
akak nak pil kentut silent mode ada? sebab nak kentut kt sis vokuru
Quote piep 9-7-2019 02:20 PM
wau laku keras ya,, boleh la bagi kat org yang kentut senyap2 tapi busuknya ya ampun lepas tu x ngaku
Quote RatuDunia94 9-7-2019 02:23 PM
Kentut berbau busuk tu kan mng human nature.. dah ko nak telan segala mala bendasing plak utk ubah anatomy manusia??
Quote ladybugs_12 9-7-2019 02:23 PM
seriously!!!
Quote johan-adx 9-7-2019 02:26 PM
mungkin lepas ni keluar perisa lavender,strawbery dan mawar
Quote natrahn 9-7-2019 03:20 PM
CiliPadiSedap replied at 9-7-2019 01:17 PM
akak nak pil kentut silent mode ada? sebab nak kentut kt sis vokuru

hahahaha...nanti kita majukan cadangan kentut  ni pada pereka france tu..
Quote helicornia 9-7-2019 03:27 PM
buat apa mengabis duit nak beli pil ni?bukan kita nak kentut bebas depan orang utk menikmati baunya.busuk pun kita aje yg hidu
Quote tint2519 9-7-2019 04:59 PM
Wow. Saya nak kentut bau uang. Bisa nggak? {:yameteh
Quote AbukRokok 9-7-2019 07:44 PM
dah xperlu susah2 makan beras wangi siam yang xde faedah
makan ni je...kentut konfirm wangi... makan beras siam wangi kentut tak wangi
Quote puanbintang 22-7-2019 03:54 PM
kreatif sungguhla...hahaha
Quote natrahn 22-7-2019 03:55 PM

setiap masalah ada penyelesaian. setiap penyelesaian mesti ada peluang duit hehehe
Quote ummuibrisim 25-7-2019 11:29 PM
wow...inovasi baru...

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.093735s Gzip On
    To Top