Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

"Ramai Tak Tahu Taiwan Lebih Terbuka Bab Halal" - Malaysia Bantu Kembangkan Pasaran Halal Di Taiwan

27-6-2019 11:38 AM Komen: 9
Hubungan negara Malaysia dan Taiwan dilihat semakin kukuh, bukan sahaja dalam bidang ekonomi malah industri makanan halal. 

Ini selepas negara negara tersebut menyatakan hasrat untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dalam usaha meluaskan ekonominya ke peringkat global. 

Menurut Pengarah Bahagian Ekonomi Pejabat Ekonomi dan Budaya Taipei Di Malaysia, David Hsu, penyertaan Taiwan ke dalam CPTPP ini bukan sahaja memberi manfaat kepada ekonomi negara tersebut, malah Malaysia turut menerima 'tempias' kebaikannya. 

Kredit foto: carian internet

"Pada masa ini terdapat 1,700 syarikat Taiwan yang melabur di Malaysia dan syarikat-syarikat ini mengeksport bahan mentah dan juga peralatan dari Taiwan ke Malaysia. 

"Jika Taiwan tidak menyertai CPTPP, kebanyakan syarikat ini akan memilih untuk melabur ke negara lain,  terutama negara yang mempunyai perjanjian perdagangan bebas atau negara yang memberi Taiwan lebih banyak pelaburan dengan mudah dan menarik," katanya. 

David Hsu juga percaya hubungan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Taiwan turut semakin berkembang dengan pernyertaan negara itu ke dalam CPTPP. 

David Hsu

Selain itu, antara manfaat lain termasuklah tarif pada komponen elektronik dan mekanikal iaitu eksport utama Taiwan ke Malaysia akan dihapuskan. 

Banyak pekerjaan dapat diwujudkan kerana syarikat-syarikat Taiwan akan menubuhkan kilang di Malaysia.

Paling penting, reputasi tinggi industri halal Malaysia turut mendapat kelebihan dari segi memanfaatkan Taiwan sebagai hab industri halal di negara Asia Timur. 

Ini kerana menurut David lagi, Taiwan merupakan negara di rantau berkenaan yang lebih terkehadapan dalam meneroka industri halal jika dibandingkan negara lain. 

Sememangnya dijangkakan kerjasama ekonomi yang dibawakan oleh Presiden Tsai Ing-wen ini dapat memberi impak dan pembangunan ekonomi di Malaysia. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 28-6-2019 04:50 PM
well di mana ada market share yg tinggi bijaklah menerokai nya especially yg berkaitan halal industri - makanan, barangan pengguna  etc

bijaklah

Lain-lain Komen

Quote ifanonline 27-6-2019 12:09 PM
warga taiwan dan hong kong ni lebih bertamadun berbanding warga mainland china...di mana kebanyakan warga cina di malaysia dtg darinya
Quote Artemesiaa 27-6-2019 12:18 PM
Mereka makin minat dengan industri halal kerana dapat menarik lebih ramai pelancong islam untuk datang.  Dulu susah sikit nak cari halal food di sana sekarang makin mudah.
Quote slavehunter 27-6-2019 12:26 PM
ifanonline replied at 27-6-2019 12:09 PM
warga taiwan dan hong kong ni lebih bertamadun berbanding warga mainland china...di mana kebanyakan  ...

Best la di Taipei dan Kaoh siung...life sana relax jer tak kelam kabut dan orang2 dia pun tak sombong.
Quote CARI-MAMS 27-6-2019 05:31 PM
ramai opismate gi taiwan...
Quote seramado 28-6-2019 12:50 AM
Apa ek mknn menarik situ
Quote gigahertz 28-6-2019 02:48 PM
ifanonline: warga taiwan dan hong kong ni lebih bertamadun berbanding warga mainland china...di mana kebanyakan warga cina di malaysia dtg darinya

jarang kita dengar orang taiwan buat hal kan? kalau ada isu dengan Cina gaduh ke politik ke.mesti dari China
Quote grouper 28-6-2019 02:52 PM
Sebabkan tzuyu dari taiwan sy dah lama minat ngan org2 taiwan ni
Quote Elle_mujigae 28-6-2019 04:46 PM
Orang Taiwan lebih suka dikaitkan dengan Jepun dari China... sbb Jepun pernah jajah mereka dulu.. org2 tua kat sana ramai boleh cakap Jepun..negara mereka bersih, naik train beratur elok walaupun tgh waktu puncak....   kat sana ramai orang Indonesia so  makanan halal pun lebih kepada selera Indonesia la...

Waktu paling best nak melawat Taipei adalah musim sejuk, akhir Disember ke awal Februari ..sbb hujan paling sedikit, suhu sejuk yg nyaman 14C ~ 16C...
Quote mbhcsf 28-6-2019 04:50 PM
well di mana ada market share yg tinggi bijaklah menerokai nya especially yg berkaitan halal industri - makanan, barangan pengguna  etc

bijaklah

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.259490s Gzip On
To Top