Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Mangsa Kemalangan Terkejut Agong Yang Datang Beri Bantuan

26-6-2019 06:48 PM Komen: 7
Berita mengenai Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah membantu mangsa kemalangan terus diperkatakan sepanjang hari ini. 

Menariknya, mangsa turut terkejut apabila yang datang memberi bantuan kepadanya merupakan baginda sultan sendiri. 

"Saya ingatkan polis datang nak tengok keadaan (kemalangan). Apabila saya tengok payung kuning dan nampak ada yang memakai songkok dengan lilitan putih, saya tahulah kehadiran (Yang di-Pertuan) Agong di situ, kata Jasliza Jamil, 38.

Memetik laporan Harian Metro, baginda tiba di lokasi kira-kira 10 minit selepas kemalangan tersebut berlaku.

Kredit foto: Harian Metro

"Saya trauma ketika itu dan masih duduk di dalam kereta serta tidak bergerak. Ketika itu, kawan sepejabat juga sudah sampai ke tempat kejadian.

Baginda bertanyakan adakah saya cedera dan menitahkan supaya dibawa ke hospital jika cedera. Baginda berada di tempat kejadian lebih kurang lima minit sebelum meneruskan perjalanan, kata Jasliza lagi. 

Dalam pada itu, wanita itu berkata dia turut membuat laporan polis susulan insiden kemalangan itu dan juga mendapatkan rawatan di klinik. 

Alhamdulillah, semua dipermudahkan malah, pegawai istana pun ada yang bertanyakan saya susulan kejadian itu... apa bantuan diperlukan semua. Kiranya, tidak habis di tempat kejadian, ujarnya. - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 27-6-2019 10:48 AM
tp personal opinion , update sahaja dlm thread yg sama..sebab jenis mcm i...i akan sntiasa follow thread yg sama....lagi bagus if u can pun "update @ post" kat title tuh...jd org tau ada update and start bc dr post sekian2....bila buka bnyk2..lebih pening nk tgk....pas tuh kupasan lebih kurang sama.....

Lain-lain Komen

Quote msdummy.2018 26-6-2019 07:51 PM
Serius xfhm apa motip reporter nk buka thread sama bnyk2...kejar tacang ker kpi???
Quote Lengkong 26-6-2019 08:24 PM
Lajunya YDPA jalan

Quote natrahn 27-6-2019 09:29 AM

YDPA nak gi meeting
Quote natrahn 27-6-2019 09:30 AM
msdummy.2018 replied at 26-6-2019 07:51 PM
Serius xfhm apa motip reporter nk buka thread sama bnyk2...kejar tacang ker kpi???

hihiiihih... berita susulan
Quote CARI-MAMS 27-6-2019 09:45 AM
berita susulan zizz
Quote CARI-MAMS 27-6-2019 09:45 AM
mcm portal lain jua...kalau ada susulan..dia x update dlm artikel yg sama..mesti buka artikel baru...gitu
Quote msdummy.2018 27-6-2019 10:48 AM
tp personal opinion , update sahaja dlm thread yg sama..sebab jenis mcm i...i akan sntiasa follow thread yg sama....lagi bagus if u can pun "update @ post" kat title tuh...jd org tau ada update and start bc dr post sekian2....bila buka bnyk2..lebih pening nk tgk....pas tuh kupasan lebih kurang sama.....

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.251325s Gzip On
To Top