Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Sudah Lama Tidak Kelihatan Di TV, Rupanya Mak Jah Hidap Kanser Rahim

24-6-2019 05:59 PM|Oleh: intan| Komen: 41

Jika anda peminat drama Melayu, pasti tidak asing lagi dengan pelakon veteran wanita iaitu Maimunah Ahmad, ataupun lebih dikenali sebagai Mak Jah di kalangan rakan artis. Mak jah yang terkenal dengan gelagat melatah apabila diusik itu sudah jarang kelihatan di kaca television sejak kebelakangan ini. 

Rupa-rupanya ketiadaan Mak Jah adalah kerana beliau kini sedang bertarung dengan kanser rahim dan kini sedang berusaha mendapatkan rawatan.


Mak Jah yang kini berusia 71 tahun dikatakan sedang bergelut dalam usaha penyembuhan sehinggakan terpaksa menggadai barang kemas miliknya gara-gara membayar kos perubatan kanser yang dihidapinya. Kos perubatan yang mahal membuatkannya terpaksa bergolok gadai kerana baginya, kesihatan lebih penting daripada harta benda.


Dilanda kemurungan sehingga 6 bulan..
Mengimbas kembali detik awal ketika mengetahui dirinya dijangkiti penyakit kanser, Mak Jah mengakui dirinya dilanda kemurungan sehingga hampir 6 bulan. Namun, Mak Jah bangkit semula berkat usaha dan doa yang tidak pernah putus dan kini, beliau semakin beransur pulih dan sudah bersedia untuk kembali ke dunia lakonan.


Peminat drama tempatan pasti merindui kemunculan Mak Jah di dunia lakonan. Mari kita doakan yang terbaik untuk beliau dan semoga cepat sembuh! - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
3
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 41
Komen

Previous : "Tak Pernah Dibuat Orang" - Hebat, Azharina Cipta Rekod Buat Sidang Media Di Atas Awan

Next       : Lepas Semakin Sado, Peminat Tawar Ismail Izzani RM500 Untuk Tidur Bersama!

Komen Terbaru

Quote biozipstar 26-6-2019 01:41 PM
moga kuat menghadapi cabaran

Lain-lain Komen

Quote hotskirt 24-6-2019 06:07 PM
Moga Allah memberikan kesembuhan
Patutlah dlm ceta curi curi cinta dia berlakon separuh jer




Quote Orix 24-6-2019 06:12 PM
Suka Mak Jah {:love
Quote SherryZass 24-6-2019 06:27 PM
Moga dilimpahi rezeki melimpah ruah dan kesihatan berpanjangan untuk mak jah
Quote berusjamban 24-6-2019 06:30 PM
Smoking teruk mak jah ni
Quote CikB 24-6-2019 07:06 PM
semoga cpt sembuh mak jah
Quote ikanmasin 24-6-2019 07:09 PM
semoga cpt sembuh mak jah..
Quote giyomi 24-6-2019 07:20 PM
GWS mak jah
Quote unguaurora 24-6-2019 08:29 PM
hotskirt replied at 24-6-2019 06:07 PM
Moga Allah memberikan kesembuhan
Patutlah dlm ceta curi curi cinta dia berlakon separuh jer


Ohhh mak jah ke yg berlakon dlm drama tu? Igtkan Mak Engku
Quote RonnySia 24-6-2019 08:31 PM
Last tengok mak jah masa dia jadi tetamu undangan syuk dalam bintang bersama bintang tu. semoga cepat sembuh
Quote sakinahxpdc 24-6-2019 08:32 PM
selalu dapat watak orang gaji @bidan... semoga cepat sembuh mak jah
Quote WanXX 24-6-2019 11:10 PM
Suka watak dia dlm aku bukan tomboi tu .. Mak jah jd ketua gangster lalu disodoknya berus tandas ke dalam....
Quote cmf_premierleag 24-6-2019 11:19 PM
WanXX replied at 24-6-2019 11:10 PM
Suka watak dia dlm aku bukan tomboi tu .. Mak jah jd ketua gangster lalu disodoknya berus tandas ke  ...

aku pun suke tgk mak jah dlm film tu
siap sheols kemain kg jd gengster kertu pi belasah serina redzuawan dgn salina saibi
pastu g balas dendam dgn sodok diorg dgn batang mop
Quote sehirkedi 24-6-2019 11:54 PM
Semoga mak jah sembuh dari sakitnya. Suka tengok lakonan mak jah yg bersahaja..
Quote LadyCarefree 25-6-2019 12:13 AM
Kesiannyaaaaaa didoakan dia tabah dn dikurangkan kesakitan dn boleh pulih
Quote jepp 25-6-2019 12:19 AM
WanXX replied at 24-6-2019 11:10 PM
Suka watak dia dlm aku bukan tomboi tu .. Mak jah jd ketua gangster lalu disodoknya berus tandas ke  ...

bukan tajuk film tu macam ada word bohsia ka apa. ke betul aku bukan tomboi?
Quote jepp 25-6-2019 12:20 AM
moga cepat sihat ya makjah ...
Quote keds 25-6-2019 02:48 AM
Semoga dipermudahkan urusan
Quote True-X 25-6-2019 05:36 AM
mak jah ni x penah masuk melodi tercalon dalam ABP ke?.. anugerah era ke?
Quote chekacheku 25-6-2019 05:46 AM
Raut wajah makjah ni sayu blh..garang pun blh..

Lihat semua komen(41)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.127658s Gzip On
To Top