Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Wanita 'Travel' Tanpa Mahram, Apa Hukumnya?

16-7-2019 10:56 AM|Oleh: zakeynt_o| Komen: 7

Pasti kebanyakan daripada kita pernah merasai pengalaman 'travel' seorang diri, ada yang terpaksa dan ada juga yang memang gemar melakukannya.

Ada sesetengah situasi kita tidak akan dapat mengelakkan daripada mengembara seorang diri, contohnya terpaksa menaiki bas pulang ke kampung kerana tiada kenalan yang menuju ke destinasi sama. 

Ada yang belajar di luar negara, suka melancong ke negara orang lain seorang diri atau 'outstation' atas urusan kerja.


sumber: today.line.me

Namun, bolehkah seorang wanita musafir seperti itu? Terdapat perbezaan pendapat Ulama' dalam hal ini:


1. HARAM
Pendapat majoriti Ulama' adalah haram kerana mengkhuatiri keselamatan wanita. Ia berdasarkan sabda Nabi S.A.W: "Seorang wanita tidak boleh bermusafir kecuali bersama mahramnya" (Riwayat al-Bukhari).


2. HARUS
Hukumnya harus apabila perjalanan dirasakan selamat dan jauh daripada fitnah serta mudarat. Ini adalah pendapat sebahagian Ulama Hambali dan Syafie.

Ibn Muflih dalam kitab al-Furu': "bagi syeikh kami (Ibn Taimiyah), setiap wanita yang berasa selamat dalam perjalanan boleh mengerjakan haji tanpa mahram. Ini juga untuk perjalanan yang bertujuan kebaikan".

Sebahagian Ulama' Syafie' pula menyatakan: "hal ini juga boleh dilakukan untuk semua jenis perjalanan seperti ziarah dan perniagaan".

Dalam kitab al-Majmuk karya Imam Nawawi, ada antara Ulama' Syafie' berpendapat: "sekiranya jalan selamat yang tidak dikhuatiri lelaki bersendirian dengannya, maka harus keluar tanpa mahram juga tanpa teman wanita yang dipercayai". Pendapat ini bertepatan dengan pendapat Hassan al-Basri dan Imam Daud al-Zahiri.


sumber: pinterest.com

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya, Dirasah fi Maqasid al-Syariah menyatakan hadis perlu difahami berdasarkan konteks sebab dan situasi.

Sebab dilarang wanita musafir sendirian kerana dikhuatiri keselamatan wanita pada zaman itu apabila bermusafir dengan unta dan keldai di padang pasir yang tidak berpenghuni.

Menurut beliau, sekiranya keadaan telah berubah, yang mana unta dan keldai bertukar kepada kapal terbang yang penumpangnya ramai sehingga tiada ruang bahaya bagi wanita musafir sendirian, maka hukumnya juga turut berubah. Secara syariat, ia dibolehkan bagi wanita dan tidak dianggap bertentangan dengan hadis.

Islam sangat mementingkan keselamatan dan melindungi wanita. Meskipun hukumnya harus, namun perlulah disertai waspada. Travel ke tempat asing dan jauh seperti luar negara lebih baik ditemani mahram atau teman wanita yang boleh menjamin keselamatan. Jika terdesak, tidak mengapa bertawakal kepada Allah. - CARI


sumber: pinterest.com

sumber: majalah GEN-Q

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Previous : Guna Payudara Ampu Bekas Minuman Gaya Swafoto Terbaru

Next       : Gadis Jadi Inspirasi, Turun 35 kg Dalam Masa 6 Bulan

Komen Terbaru

Quote haryatie 17-7-2019 10:22 AM
tengok tempat dn juga urusan la kan
kalau asyik nak berteman ke mana pun x bergerak
kena pulak da mmg single ..nak harapkan siapa

Lain-lain Komen

Quote LadyCarefree 16-7-2019 11:39 AM
Nnty ade la melayooo taksub ckap haram.
Quote Asdan 16-7-2019 02:33 PM

hadis kata haram, ulama kata harus, mana satu betul ?
Quote kaklong32 16-7-2019 02:51 PM
zaman skrg pon bahaya jugak nak ke mana2 sorang kan
mcm2 hal
Quote redwood 16-7-2019 06:44 PM
Asdan: hadis kata haram, ulama kata harus, mana satu betul ?

Haram kalau merbahayakan keselamatan wanita, kalau terjamin keselamatan hukumnya Harus.....Islamkan menjaga serta melindungi wanita
Quote CikB 16-7-2019 08:35 PM
lebih baik berteman dr travel sendirian
Quote naktaugosip 17-7-2019 10:18 AM
untuk elak fitnah ie keselamatan, kesihatan dsbg nya eloklah ada teman,tapi depends jua pada situasi dan keadaan.
Quote haryatie 17-7-2019 10:22 AM
tengok tempat dn juga urusan la kan
kalau asyik nak berteman ke mana pun x bergerak
kena pulak da mmg single ..nak harapkan siapa

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.094796s Gzip On
    To Top