Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

"Pemain Boleh Trauma Dan Sakit Mental" - Hitori Kakurenbo, Main Sorok-Sorok Dengan Hantu!

10-7-2019 02:41 PM|Oleh: The Queen| Komen: 14

Pastinya setiap dari kita pernah bermain sorok-sorok semasa kecil bukan? Permainan 'hide and seek' ini melibatkan 2 orang atau lebih pemain di mana seorang pemain akan menutup matanya dan membuat kiraan dari 1 hingga 10, kemudian pemain-pemain lain akan berpecah mencari tempat persembunyian. 

Apabila kiraan tamat, pemain yang menutup matanya tadi akan mula mencari pemain-pemain lain yang bersembunyi. Jika mereka berjaya dijumpai, mereka dikira kalah dalam permainan.

Kredit foto bbc.com
Di Jepun, ada sebuah permainan seakan sama dengan permainan sorok-sorok ini mula dicipta sekitar tahun 2007 yang diberi nama Hitori Kakurenbo. Permainan ini masih menjadi misteri dan lagenda sehingga ke hari ini kerana permainan ini hanya melibatkan manusia dan hantu! 

Walaupun ia digelar sebagai permainan, namun ia sebenarnya lebih kepada satu ritual yang memanggil semangat atau roh orang yang sudah meninggal dunia (seperti dalam permainan Spirit of the Coin) untuk masuk ke dalam badan anak patung yang disediakan sebagai perantara antara manusia dengan roh dan kemudian memulakan permainan. Ada beberapa ritual dan peraturan yang perlu diikuti sebelum permainan dimulakan.

Kredit foto siakapkeli.my

Kredit foto quotev.com
Terdapat pelbagai variasi kaedah permainan ini dilakukan. Namun walau apa jua kaedahnya, pemain perlu bermain dengan serius dan bersembunyi dengan baik supaya tidak ditemukan oleh si 'hantu' yang telah mengambil alih badan anak patung yang digunakan di dalam ritual tersebut. Anak patung itu akan ditinggalkan di dalam bilik air dan pemain akan berlari mencari tempat persembunyian dalam kiraan 1 hingga 10. 

Sepanjang persembunyian pemain, akan terdapat pelbagai kejadian menyeramkan tetapi pemain sebolehnya berusaha untuk tetap bersembunyi tanpa sebarang bunyi. Jika ditemukan oleh hantu tersebut, pemain akan ditusuk oleh objek tajam yang digunakan di dalam ritual permainan pada awalnya! Ada juga yang mengatakan, setelah tempat persembunyian pemain ditemukan, roh jahat itu akan menguasai tubuh pemain. Gila!

Kredit foto nat-nitnut.blogspot.com
Syarat di dalam permainan ini adalah pemain tidak boleh sesuka hati menamatkan permainan hanya kerana takut dengan pelbagai gangguan. Jika pemain merasakan keadaannya makin terancam dan tempat persembunyiannya hampir diketahui oleh roh jahat tersebut, dia mesti berlari dan mencari semula patung yang ditinggalkan pada awal permainan dan setelah menjumpai patung tersebut, dia mesti menjerit 'Aku Menang!' sebanyak 3 kali. Kemudian patung tersebut akan dibakar untuk menamatkan permainan seram itu. Namun yang menjadi masalah besar adalah dikatakan patung itu yang telah dikuasai roh jahat akan berpindah-pindah tempat dan menyukarkan pemain untuk mencarinya!

Walaupun pemain berjaya menang dalam permainan tersebut, namun banyak yang mencubanya telah mengalami gangguan emosi, depresi, trauma dan pelbagai lagi masalah mental disebabkan pengalaman ngeri yang dilalui ketika bermain Hitori Kakurenbo kerana pemain bukan bermain dengan manusia tetapi Hantu!

Layar perak Indonesia yang sememangnya terkenal dengan terbitan filem-filem seram juga telah menghasilkan sebuah filem seram bertajuk "Hide & Seek Minako" yang diadaptasi dari permainan Hitori Kakurenbo dan telah ditayangkan pada awal tahun 2019 baru-baru ini.



Tapi ingat! Jangan sesekali mencuba permainan ini kerana ia bukan sahaja syirik dan berdosa besar, tetapi ia juga boleh membunuh dan memudaratkan anda!

Apa kata anda tentang permainan misteri dan seram dari Jepun ini? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 14
Komen

Previous : Katak Cantik, Tapi Bisanya Boleh Bawa Maut!

Next       : Ramai Keliru, Betul Ke Kelkatu Sebenarnya Anai-Anai?

Komen Terbaru

Quote natrahn 12-7-2019 01:28 AM
Sazida replied at 11-7-2019 10:20 PM
Sekali pandang muka suzanna ni mcm lydia kandou. Mak si bwg putih tu

maklumlah..satu negara

Lain-lain Komen

Quote Kurex 10-7-2019 02:56 PM
Ohhh begitu...
Quote hatikudus 10-7-2019 03:12 PM
Dah kenapa nak main semunyik2 dgn antu
Quote RatuDunia94 10-7-2019 03:39 PM
Filem Indon ke tu?
Quote Hearty_Winter 10-7-2019 04:36 PM

tengok gaya bahasa indon le tu...
tapi tak lawan cite hantu indon dulu2 kan... sundel bolong la ape laa...
yg tebaru skrg agak merapu meraban je
Quote palmolive 10-7-2019 04:50 PM
banyak betul masa lapang dia
Quote kroit92 10-7-2019 05:17 PM
teringat aku masa kecik, umo 11 tahun, main sorok2 dengan adik2 kecik aku
kami main bertiga je. diorang sorok, aku cari
tapi masa nak cari tu, sumpah, lebih. dalam rumah ada 4-5 budak menyorok
memang ada yang join sekaki main
Quote natrahn 11-7-2019 12:14 AM
Hearty_Winter: tengok gaya bahasa indon le tu...tapi tak lawan cite hantu indon dulu2 kan... sundel bolong la ape laa... yg tebaru skrg agak merapu meraban je


pelakon yg jadi hantu sundel bolong tu khabarnya mengamalkan ilmu hitam. Dah mati pun suami dia boleh nampak dia balik rumah
Quote fifie_olin 11-7-2019 12:10 PM
jgn  main nyorok nk dkt2 mghrib
nti ada yg jmpa2 plk
Quote fifie_olin 11-7-2019 12:11 PM
natrahn replied at 11-7-2019 12:14 AM
pelakon yg jadi hantu sundel bolong tu khabarnya mengamalkan ilmu hitam. Dah mati pun suami dia  ...

suzana tu ke

Quote natrahn 11-7-2019 12:44 PM

aah.. ni ha kisah dia

http://lillysuryanimisterius.blogspot.com/2013/10/kisah-kematian-suzanna.html
Quote amisery 11-7-2019 06:44 PM
iyo lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Quote joy_ah 11-7-2019 09:55 PM
natrahn replied at 11-7-2019 12:14 AM
pelakon yg jadi hantu sundel bolong tu khabarnya mengamalkan ilmu hitam. Dah mati pun suami dia  ...

Ratu filem horor sister

Tapi lakonan sheols dalam ratu sakti calon arang tu masa dia menuntut ilmu dewi durga tu macam biasa buat jeh
Quote Sazida 11-7-2019 10:20 PM
natrahn replied at 11-7-2019 12:44 PM
aah.. ni ha kisah dia

http://lillysuryanimisterius.blogspot.com/2013/10/kisah-kematian-suzanna ...

Sekali pandang muka suzanna ni mcm lydia kandou. Mak si bwg putih tu
Quote natrahn 12-7-2019 01:28 AM
Sazida replied at 11-7-2019 10:20 PM
Sekali pandang muka suzanna ni mcm lydia kandou. Mak si bwg putih tu

maklumlah..satu negara

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.072391s Gzip On
    To Top