Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Apa Perasaan Pekerja KFC Bila Yang di-Pertuan Agong Beratur Pesan Makanan?

Oleh:Tukang Tulis|22-6-2019 02:01 PM Komen: 30
Kredit foto: Instagram

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memang terkenal dengan sikap merendah diri dan peramah dengan rakyat jelata.

Malah, Seri Paduka tidak keberatan mencemar duli beratur untuk memesan makanan di restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) di Temerloh, Pahang pada 21 Jun lalu.

Gelagat Yang di-Pertuan Agong itu sudah tentunya mencuri tumpuan para netizen selepas gambar-gambar Seri Paduka di restoran makanan segera tersebut dikongsikan melalui laman Instagram Istana Negara.

Menurut keterangan gambar, Seri Paduka berangkat ke restoran berkenaan untuk menikmati santapan tengah hari selepas menunaikan solat Jumaat.

Seri Paduka diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak.

Seri Paduka diiringi Datuk Seri Dr. Salehuddin Ishak. Kredit foto: Instagram

Sementara itu, KFC Malaysia dalam ruangan komen laman Instagram Istana Negara menyatakan mereka menjunjung kasih kepada Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana berkenan mencemar duli berangkat ke cawangan mereka di Temerloh.

Kredit foto: Instagram

Netizen turut menyifatkan kunjungan Yang di-Pertuan Agong itu menepati titah ayahanda Seri Paduka, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah iaitu "Raja dan rakyat berpisah tiada".

Beberapa netizen turut membayangkan apakah perasaan yang dialami oleh pengurus dan pekerja di restoran makanan segera tersebut sebaik sahaja melihat Yang di-Pertuan Agong berdiri di hadapan mereka.

Kredit foto: Instagram

Sikap merendah diri Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah walaupun selepas dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong menambah lagi perasaan kasih dan hormat rakyat jelata terhadap Seri Paduka.

Memang benarlah maksud pepatah 'ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya'. Daulat Tuanku! - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
4
Bosan
1
Komen: 30
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:03 AM
Mau tak gelabah kalau jadi kat i

Lain-lain Komen

Quote azwanaliori 22-6-2019 02:11 PM
Mesti staff kfc tu bg ayam besar besar kan..  Cer kalau marhaen mintak ayam besar sket terus kene jeling maut
Quote Ivysaur 22-6-2019 02:27 PM
Patik pun tak tahan Tuanku, rasa malam ni buka posa nak makan kepci
Quote kroit92 22-6-2019 03:24 PM
ni cara teguran halus dek kes viral mungkin?

sorang makcik yang masuk chicken rice shop tak beratur lepas tu mengamuk tu kot

datin ka, apa ka, beratur diam-diam

ni YDP Agong pun beratur dan beli, order sama seperti rakyat lain

agaknye laa
Quote Lengkong 22-6-2019 03:27 PM
azwanaliori replied at 22-6-2019 02:11 PM
Mesti staff kfc tu bg ayam besar besar kan..  Cer kalau marhaen mintak ayam besar sket terus kene je ...

Hahah..mestilah pilih yg elok2
Quote hussaini4675 22-6-2019 03:28 PM
kroit92: ni cara teguran halus dek kes viral mungkin?sorang makcik yang masuk chicken rice shop tak beratur lepas tu mengamuk tu kotdatin ka, apa ka, beratur d ...


Ada kemungkinan
Quote prettyuglybabe 22-6-2019 03:32 PM
so orang have have tu tak yah nak eksyen konon tak makan fastfood
Quote gideoncross 22-6-2019 04:21 PM
prettyuglybabe replied at 22-6-2019 03:32 PM
so orang have have tu tak yah nak eksyen konon tak makan fastfood

Org have2 konfem ada mkn fastfood tpi xnak tnjuk dpan2 lh kot, minta org gaji or driver yg belikan. Haha.
Quote RatuDunia94 22-6-2019 04:34 PM
Dialognya :

Pekerja : Ampun Tuanku. Terima Kasih kerana sudi berkenan mencemar duli datang bertandang ke premis kami. Patik minta izin menjalankan tugas Tuanku.
Tuanku mahu bersantap di premis kami atau merenggut bawa pulang ke Istana?

YDPA : Makan sini. Bagi saya ayam snack plate 1.

Pekerja : Ampun Tuanku. Patik menerima arahan dan menurut perintah. Tuanku mahu ayam asli atau ayam bahang?

YDPA : Bahang?

Pekerja : Ampuan Tuanku. Maksud patik pedas atau Spicy.

YDPA : bagi saya yang tak pedas.

Pekerja : Ampun Tuanku. Patik menurut perintah.

YDPA : Oh.. saya nak tukar air milo yer.

Pekerja : Ampun Tuanku. Patik yang menurut perintah. Jika Tuanku mahu tukar air milo. Tuanku diminta perkenan membayar RM1.

YDPA. : ok. Berapa semua sekali?

Pekerja : Ampun Tuanku. Semua sekali RM15.30.
Terima Kasih Tuanku. Selamat bersantap. Patik mewakili pihak KFC memohon ampun dan maaf jika ada yang terkurang dan tercemar di mata Tuanku. Ampun Tuanku. Daulat Tuanku.
Quote syadq 22-6-2019 04:47 PM
Raja permaisuri pergi cop tempat
Quote CikB 22-6-2019 07:10 PM
terbaik YDPA
Quote CikB 22-6-2019 07:11 PM
terbaik YDPA
Quote CiliPadiSedap 22-6-2019 07:13 PM
RatuDunia94: Dialognya ekerja : Ampun Tuanku. Terima Kasih kerana sudi berkenan mencemar duli datang bertandang ke premis kami. Patik minta izin menjalankan tuga ...

Kalau akak jaga kaunter tu mahu pura2 pengsan..hahaha
Quote azahan 22-6-2019 08:12 PM
RatuDunia94: Dialognya ekerja : Ampun Tuanku. Terima Kasih kerana sudi berkenan mencemar duli datang bertandang ke premis kami. Patik minta izin menjalankan tuga ...



Ni lawak. Yg bahang tu baca 2 kali baru paham
Quote ikanmasin 22-6-2019 08:50 PM
mcm 1 sindiran pd macik yg sibuk2 kecoh nak viralkan tu kan..
apa ada pd pangkat nak mkn beratur jg
Quote NoraAnne 22-6-2019 11:24 PM
Humble nya agong kita, terbaik, daulat tuanku
Quote Ali_x 23-6-2019 07:09 AM
{:good{:good
Quote LadyCarefree 23-6-2019 08:09 AM
NoraAnne replied at 22-6-2019 11:24 PM
Humble nya agong kita, terbaik, daulat tuanku

Kahkahkah ye la mmang ade orng mcam kau
Quote salmon-suki 23-6-2019 09:14 AM
Kalau "datin" berlagak tu x reti beratur,faham2 jelaa..
Quote chinta89 23-6-2019 09:30 AM
kroit92 replied at 22-6-2019 03:24 PM
ni cara teguran halus dek kes viral mungkin?

sorang makcik yang masuk chicken rice shop tak berat ...

Bahahahaha kerlas kau komen mcm ni

Lihat semua komen(30)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.122073s Gzip On
To Top